"Betul, kawan kami hilang. Nama dia Minhee. Kami tak terserempak dengan dia langsung hari ni." jawab Hyeongjun. Hatinya kembali risau tentang Minhee. Entah ke mana menghilangnya Minhee.
Seungwoo memandang kawan-kawannya. Dia berfikir sejenak. Kemudian memandang semula ketiga-tiga budak tadi.
"Kalau betul apa yang kau cakap, aku setuju diorang join grup kita." Seungwoo akhirnya membuat keputusan. Dia akan ikut keputusan Seungyoun kali ini. Wooseok memandangnya dan Seungyoun silih berganti.
"Seriously?! Aku tak nak marah lagi. Cukuplah. Aku dah banyak guna tenaga kuasa aku hari ni. So please, explain to me sebelum aku betul-betul hilang akal." Wooseok menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya sendiri. Hangyul diam sejak tadi, seperti sudah berputus asa.
"Wooseok, kawan diorang hilang. Diorang baru je graduasi. Kita yang senior ni pun tak mampu nak cari Yohan, apatah lagi diorang. Aku yakin, mereka tengah buru mangsa yang lain. Kawan mereka mungkin salah seorang daripada target mereka. Seungwoo hyung hampir kena culik masa hari graduasi sekolah tinggi, tapi Yohan jadi mangsa sebab Yohan ada di tempat kejadian. Aku tak la sebaik Seungwoo hyung, nak tolong diorang ni, cumanya, aku rasa diorang boleh tolong kita juga. Contohnya macam Dongpyo, dia curi-curi belajar teknik daripada Master Jaesung yang tiada langsung dalam silibus pembelajaran,sedangkan Master Jaesung hanya melawat setiap daerah sebulan sekali je, itupun berapa kali je Master Jaesung tunjukkan.. Hyeongjun, serigala dia bukan alpha, tetapi serigala lambda. Kau tahu tak lambda tu kumpulan apa?" Seungyoun memandang Hyeongjun. Hyeongjun segera menggelengkan kepala.
"Serigala lambda adalah kumpulan serigala pemburu dan puak perang yang kebiasaannya diketuai oleh general perang serigala jenis Zeta. Walaupun seekor serigala alfa adalah serigala terkuat dan menduduki carta tertinggi dalam puak, tetapi dalam setiap satu puak paling banyak pun ada 3 je alpha. Sebab itulah orang yang miliki anima serigala alpha tak boleh menjelmakan lagi satu serigala alpha. Serigala lambda memburu lebih daripada Alpha. Hyeongjun mungkin rasa animanya serigala alpha sebab serigala dia kuat, cuma dia tak yakin mungkin sebab dia pernah terjelmakan berpuluh atau mungkin beratus serigala lambda tanpa sengaja. Sedangkan dia tahu, serigala alpha tidak boleh dijelmakan lebih dari satu. Betul tak Hyeongjun?" sekali lagi Seungyoun bertanya kepada Hyeongjun. Hyeongjun ternganga kerana tidak percaya yang Seungyoun boleh menebak dirinya.
"Y-ya. Betul. Masa di tahun tiga. Ada orang nak buli saya, tetapi diorang lari sebab nampak banyak serigala di belakang mereka." jelas Hyeongjun. Dohyon dan Dongpyo disebelahnya berasa kagum dengan info yang baru itu.
"Kau tahu tak betapa bergunanya serigala lambda ni? Bukan saja mereka boleh muncul dalam bilangan ramai, kekuatan mereka hampir menyamai kekuatan Beta. Serigala Lambda hidup untuk memburu. Mereka adalah sejenis serigala yang paling setia,bergerak dengan senyap dan yang paling tangkas berbanding serigala yang lain." sambung Seungyoun.
"Saya pula?" Dohyon tertanya-tanya tentang kuasanya. Seungyoun terdiam. Dia memandang Dohyon lama.
"Entah." jawab Seungyoun ringkas. Dohyon memuncungkan bibirnya, terasa hati dengan jawapan Seungyoun.
"Jadi point hyung?" Hangyul masih kurang jelas dengan keterangan panjang lebar Seungyoun, begitu juga mereka yang lain.
"Point aku, kalau kita semua bekerjasama, kita dapat cari kawan-kawan kita yang hilang. Kalau kita cari Yohan, diorang pula cari Minhee, tak bekerjasama, kita semua tak akan menang nak lawan mereka, faham? Kita tak tahu betapa ramainya mereka, tapi yang aku pasti mereka lebih berkuasa daripada kita. Tengoklah, The Oxa pun cuba sedaya upaya rahsiakan benda ni." Seungyoun memandang setiap muka di situ. Mereka perlahan-lahan cuba menghadamkan apa yang diperkatakan oleh Seungyoun.
"Saya tak faham sangat. Siapa 'mereka' yang senior asyik sebut-sebut ni?" tanya Hyeongjun.
"Kejap, sebelum sesiapa terangkan dekat mereka. Korang ni, ibu bapa korang tak datang graduasi ke? Macam mana kalau diorang risau dan fikir yang korang dah kena culik? Mati kita." Wooseok menyedarkan mereka. Seungwoo menepuk dahinya kuat. Macam mana dia boleh lupa hal tu. Riak mukanya terus berubah risau.
"Eh tunggu senior. Senior tak payah risau, kami semua ni anak yatim." Hyeongjun cuba menenangkan senior-senior mereka.
"Oh, maaf." Wooseok meminta maaf.
"Jadi korang sepatutnya pergi ke mana lepas majlis graduasi habis?" tanya Hangyul. Hyeongjun menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dohyon pula jelas tidak tahu nak jawab apa.
"Sebenarnya, kami pun tak tahu nak ke mana. Kami dah besar, dah tak boleh duduk rumah anak yatim tu." jawab Dongpyo diikuti dengan anggukan Hyeongjun dan Dohyon.
"Kalau macam tu, korang boleh duduk rumah aku. " Seungwoo mula tersenyum, namun senyuman itu bukan senyuman mesra yang selalu ditunjukkannya. Seungyoun, Wooseok dan Hangyul tahu itu jenis senyuman apa. Pastinya Seungwoo memerlukan sesuatu sebagai balasan atas bantuannya.
" Wah betul ke senior?! " Dohyon berteriak gembira. Begitu juga Dongpyo. Namun tidak bagi Hyeongjun. Hyeongjun berasa was-was.
"Tapi dengan satu syarat." sambung Seungwoo. Seperti yang mereka agak, setiap senyuman Seungwoo sentiasa ada makna disebaliknya.
"Korang kena tolong kami cari dua budak paling hebat dari daerah D dan pujuk mereka untuk masuk grup kita." senyuman Seungwoo makin melebar, sudah serupa orang psiko.
"Tapi kami-"
"Tapi apa lagi? Aku sediakan rumah, makanan pakaian semua aku tanggung dan kami akan sama-sama cari kawan kau. Masih nak bertapi ke?" Seungwoo mula memanipulasi perbualan. Seungwoo yang sentiasa tenang telah menunjukkan bahagian peribadinya yang lain, yang lebih menyeramkan. Wooseok yang panas baran pun tidak berani melawan apabila Seungwoo sudah mula menunjukkan dirinya yang berbeza itu.
"Baiklah. Kami akan cari. Kan, Hyeongjun? Dohyon?" Dongpyo segera bersetuju. Senyuman menakutkan Seungwoo itu seolah-olah membakar mukanya.
"Baguslah! Sekarang jom kita gerak balik ke HOFWAY dan cari budak berdua tu. Hyeongjun, keluarkan serigala kau." Seungwoo mengubah intonasinya menjadi mesra, sama seperti ketika pertama kali mereka berjumpa. Hyeongjun teragak-agak. Dia tidak tahu akan caranya. Kejadian yang dia hampir dibuli itupun bukan disengajakan.
"Kenapa tak tunggang cheetah macam tadi?" tanya Dohyon. Wooseok mencekak pinggang.
"Banyak cantik muka kau. Kau nak aku demam seminggu ke sebab terlebih guna tenaga? Kau dah la paling berat tadi. Semput cheetah aku." Wooseok sempat mengutuk Dohyon.
"Tapi, serigala mana boleh tampung berat kita, paling-paling pun boleh bawa Dongpyo, Hyeongjun dengan Wooseok je." Seungwoo mencelah. Wooseok menjeling sambil bercekak pinggang.
"Hyung nak cakap aku kecil la ni? Sebab aku pendek?" Wooseok meluahkan rasa tidak puas hatinya, pantang betul bila orang menyebut tentang ketinggian dan bentuk fizikal badannya. Seungwoo hanya tersengih.
"Kau keluarkan je la harimau, boleh kan?" Hangyul memberi cadangan. Kini giliran Hangyul pula yang mendapat jelingan maut Wooseok.
"Aku tak boleh nak keluarkan harimau banyak-banyak la." jelas Wooseok sambil berpeluk tubuh.
"Tadi senior Seungwoo boleh apungkan kami, kan? Boleh ke kalau senior apungkan kami semula dan bawa kami semua ke sana?" tanya Dongpyo. Mereka semua mengalihkan pandangan ke Seungwoo.
"Ish kenapa kau sebut?! Baru je aku nak mengelak." Seungwoo mengeluh, namun tangannya tetap mula bergerak. Angin yang kuat dapat dirasakan di keliling mereka. Perlahan-lahan seorang demi seorang diapungkan oleh Seungwoo ke udara dengan tinggi. Dia memastikan mereka dalam keadaan yang selesa di udara sebelum dia pula yang naik terbang ke udara.
"Okay sedia semua? Aku nak guna kelajuan maksimum ni, jangan banyak bergerak kalau tak korang akan jatuh." Seungwoo memberi amaran. Mereka semua mengangguk setelah bersedia. Seungwoo terus memecut laju membawa mereka bersamanya menuju ke HOFWAY.
Share this novel