Setibanya di banglo tiga tingkat milik Seungwoo, mereka bertujuh berjalan memasuki banglo. Sepanjang mereka berjalan, Hyeongjun, Dongpyo dan Dohyon tidak henti-henti menunjukkan rasa kagum mereka kerana perkarangan banglo tersebut yang sangat cantik dengan tema futuristik dan moden.
"Wow besar gila rumah ni! Seungwoo hyung kerja apa?" Hyeongjun tertanya-tanya. Seungwoo yang baru sahaja 3 tahun meninggalkan sekolah, sudah mempunyai rumah sebesar ini. Setahu mereka, Seungwoo seorang anak yatim juga dan hanya daripada keluarga yang sederhana.
"Eh korang tak tahu ke? Seungwoo hyung kan pemenang nobel sebab dia temukan teori elemental tahap ke 3. Dia dapat 1 bilion xon!" jelas Hangyul. Seungwoo hanya tersenyum bangga.
"1 BILION XON?!" tiga beradik terlopong mendengar nilai duit yang dimenangi oleh Seungwoo.
(1 xon = RM1000)
"Wow 1 Bilion xon tu boleh beli berjuta jenis makanan!" Dohyon memegang perutnya sambil membayangkan pelbagai jenis makanan yang digemarinya. Seungyoun tersengih melihat mereka bertiga.
"Korang lapar ke? Takpe hari ni aku masak." Kata Seungyoun. Mereka bertiga berterima kasih dengan Seungyoun dengan girangnya namun tidak bagi Wooseok dan Hangyul.
"Amboi kau, selama ni kitorang ada kat rumah, tak pernah-pernah pun kau nak tolong masak." Wooseok menjeling Seungyoun dengan tajam. Hangyul berpeluk tubuh.
"Nampaknya Seungyoun hyung dah beralih kasih, lupa yang kita ni adik-beradik sebenar dia." Hangyul mencebik bibirnya, tanda protes. Seungyoun mengetuk kepala Hangyul dengan batang wandnya.
"Sejak bila kau adik aku setan? Dah masuk cepat sebelum aku tak jadi nak masak." kata Seungyoun. Wooseok berjalan perlahan kerana tenaganya yang semakin kurang. Hyeongjun yang perasan dan mula risau memperlahankan langkahnya dan berjalan di belakang Wooseok tanpa Wooseok sedar. Dia ingin mengambil langkah hati-hati sekiranya Wooseok akan jatuh pengsan atau pitam secara tiba-tiba, namun selepas beberapa langkah, dia tidak akan menyangka sesuatu yang pelik keluar daripada tubuh Wooseok.
Wooseok berbau harum, sungguh harum dan sedap seperti bau serigala omega ketika memerlukan 'intimasi', membuatkan Hyeongjun berasa ingin menerkam Wooseok ketika itu juga namun dia mengingatkan dirinya supaya mengawal diri. Bayangan ekor putih yang tebal samar-samar meliang-liuk keluar daripada belakang Wooseok, ia sekejap muncul sekejap hilang. Hyeongjun mengerdipkan matanya supaya penglihatannya lebih jelas, namun ekor tu hilang sekali lagi.
"Mungkin aku dah gila agaknya." kata Hyeongjun dengan perlahan namun cukup kuat untuk Wooseok menangkap kata-katanya. Wooseok berpaling secara tiba-tiba dan menyebabkan tubuhnya berlanggaran dengan Hyeongjun. Mereka jatuh terbaring dan bertindih atas satu sama lain. Bau yang harum tadi menusuk ke hidung Hyeongjun dan semakin kuat, membuatkan taring serigala Hyeongjun perlahan-lahan tumbuh.
"Hyu-hyung, maafkan saya." Hyeongjun menekup mulut dan hidungnya dan terus berlari masuk ke dalam banglo. Wooseok memandang ke arah ekor putih yang terkeluar daripada badan belakangnya dan merengus geram.
'Mesti dia dah nampak. Ugh!' Wooseok perlahan-lahan bangun, menggunakan tenaga terakhirnya untuk berubah menjadi cheetah dan terus berlari masuk ke bilik.
"Mana Wooseok? Dah pitam ke?" tanya Seungyoun kepada mereka yang sedang sibuk makan di meja dapur. Dohyon seperti tidak pernah makan bertahun .Habis dia lahap semua yang ada di atas meja.
"Wow sedap betul hyung masak! Saya bagi 5 bintang!!" Dohyon menjilat tulang kambing ditangannya. Kemudian dia gapai ayam goreng pula. Hyeongjun tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat Dohyon, walhal dia pun dua kali lima sahaja. Dia telah menambah nasi sebanyak 5 kali dan 8 ayam dihabiskannya licin.
"Banyak kau makan hari ini Hyeongjun? Selalunya kau sibuk diet." Dongpyo menegur Hyeongjun yang ingin menambah nasinya buat kali ke - 6. Hyeongjun hanya tersengih, namun sebab sebenar dia menjadi sangat lapar adalah kerana bau Wooseok tadi telah membangunkan anima serigalanya yang lapar.
"Urmm hyung, Wooseok hyung punya anima sebenarnya apa? Cheetah ke harimau ke singa?" tanya Hyeongjun. Hangyul meneguk air sebelum menjawab pertanyaan tersebut.
"Wooseok hyung punya anima sebenar dia memang cheetah, cuma dia boleh berubah ke dalam bentuk yang lain macam singa dan harimau. Aku tak ingat sangat banyak mana yang dia boleh berubah sebab aku selalu nampak dia jadi tiga jenis tu je. Sekali je aku pernah nampak dia jadi musang artik, comel! " Hangyul tersenyum lebar menerangkan pada mereka. Walaupun dia dan Wooseok seperti anjing dan kucing, sejujurnya Wooseok adalah idolanya ketika dia mula masuk ke sekolah tinggi lagi.
"Ohhh..." Hyeongjun perlahan-lahan menyambung suapan nasi ke dalam mulutnya. Dia mengunyah perlahan-lahan sambil memproses keterangan Hangyul.
'Ekor putih tadi mungkin ekor musang artik dia agaknya.' Hyeongjun mengangguk kepalanya dan terus menyambung makan.
"Kenapa tanya, Hyeongjun?" Seungwoo yang fokus dengan surat khabar dan jeruknya sejak dari tadi tertarik dengan perbualan mereka.
"Oh tak ada, tadi saya nampak ekor musang artik Wooseok hyung terkeluar, sebab tu saya tanya." jawab Hyeongjun dengan makanan penuh di dalam mulutnya. Seungyoun menghulurkan air kepada Hyeongjun yang seperti tercekik selepas bercakap dengan mulut penuh. Dohyon dan Dongpyo hanya mentertawakan Hyeongjun.
"Ohh.. Biasalah tu. Bila kau ada kebolehan mengubah formasi anima, perubahan formasi menjadi tak terkawal apabila kau ditakat tenaga paling rendah. Maksudnya, apabila tenaga kau tersangat sikit, formasi animasi kau akan berubah-ubah dan paling malang sekali apabila kau pitam dalam formasi anima,bukan manusia." jelas Seungwoo. Dohyon, Dongpyo dan Hyeongjun mengangguk faham.
"Kalau saya macam mana hyung? Saya belum boleh ubah bentuk formasi anima tapi saya boleh jelmakan banyak anima saya." Hyeongjun tertarik dengan ilmu baru yang diperolehnya. Ilmu daripada pengalaman memang selalu menarik dan unik.
"Kalau anima yang boleh dijelma dalam bilangan yang banyak macam serigala lambda, kebiasannya apabila tenaga kau nak habis, anima kau sendiri yang akan menjelmakan klon yang tersangat banyak untuk menjaga pemilik anima sebelum kau pitam, sebab selalunya anima yang boleh jelma banyak klon ni anima haiwan-haiwan koloni perang dan serangga, macam Hangyul. Masa anima kau tengah jelmakan klon, mereka akan bawa kau ke tempat yang lebih selamat dengan cepat sebab bila kau pitam je semua klon akan hilang. Berbeza dengan anima yang tak boleh jelmakan klon, anima mereka tak boleh kawal pemilik dalam apa jenis keadaan." jelas Seungwoo dengan panjang lebar. Hyeongjun melopong seketika mendengar keterangan Seungwoo.
"Tapi Wooseok punya kes lain sikit. Macam yang kau tahu, cheetah tak boleh buat klon tapi seperti yang kau nampak dan dah tunggang pun tadi, Wooseok mampu menjelmakan banyak Cheetah dia. Tapi sebenarnya yang kau orang naik tadi bukannya semuanya cheetah, ada yang naik singa, ada yang naik harimau, ada yang naik harimau bintang dan lain-lain. Wooseok berpotensi menjelmakan kucing-kucing besar dalam satu masa yang sama. Tetapi macam aku kata, dia tak boleh klonkan kucing-kucing dia. Namun, dengan bantuan mantera Seungyoun, Wooseok mampu mengubah rupa kucing-kucing yang lain mengikut kucing yang dia nak. Tadi kau nampak kau tunggang cheetah,kan? Itu cumalah bayangan kau. Sebab tu kalau kau perasan tadi, Wooseok paling laju, dia je yang cheetah tadi." terang Seungwoo dengan lebih panjang lebar.
"Kenapa kena tukar rupa? Kenapa tak biarkan je?" tanya Dongpyo. Seungwoo menghirup teh sebelum sambung menjawab.
"Sebab kalau dia keluarkan formasi banyak, takut nanti 'mereka' akan tahu tentang dia." balas Seungwoo
"Jadi selalunya pemilik anima yang pitam ambil masa berapa lama untuk bangun?" tanya Dohyon pula. Dia juga mendengar dengan tekun kata-kata Seungwoo.
"Oh kebiasannya pemilik anima akan bangun dalam 5 jam macam tu. Kalau pemilik anima cedera sebelum pitam, mungkin lebih lama la dia nak bangun." balas Seungyoun, yang sejak tadi mendiamkan diri.
"Eh mana Hangyul hyung?" soalan Dongpyo tadi membuatkan semua memandangkan ke tempat duduk terakhir Hangyul sebelum menghilang.
"Dia pergi tengok Wooseok agaknya." respon Seungyoun dengan tenang.
"Okey la, aku nak masuk tidur dulu. Korang jangan tidur lambat. Subuh esok aku nak semua bangun." Seungwoo melipat surat khabar yang dibacanya tadi dengan kemas. Seungyoun pula menggunakan magisnya untuk membasuh pinggan mangkuk. Dongpyo dan Dohyon berterima kasih dengan Seungyoun lalu berlalu pergi meninggalkan dapur untuk ke bilik masing-masing. Hyeongjun pula masih duduk termenung di meja makan.
"Kenapa tak masuk tidur lagi?" Seungyoun mengeringkan tangannya dan mengambil tempat duduk di hadapan Hyeongjun. Hyeongjun menyandar ke kerusi dan mengeluh.
"Saya risau tentang kawan saya tu." jawab Hyeongjun. Dia tertanya-tanya, selamat ke Minhee? Dah makan ke belum? Mana dia hilang? Dia kena buli ke dulu? Dia amnesia ke? Ke dia kena brainwash? Semuanya tak terjawab dan merimaskan kepalanya.
"Kawan kau tu daerah X,kan? Pernah tak dia cerita pada kau pasal kuasa dia ke?" Seungyoun membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa.
"Tak, tiada talian yang sambung dengan daerah X. Jadi kami memang terputus hubungan selama 5 tahun." keluh Hyeongjun. Seungyoun memejamkan matanya. Kemudian dibuka semula apabila Hyeongjun mendekatinya.
"Saya nak tanya sikit, boleh ke?" Hyeongjun berbisik . Seungyoun memandangnya hairan sebelum mengangguk.
"Apa jadi dengan kawan hyung yang hilang tu?" tanya Hyeongjun. Dia sudah lama juga menyimpan soalan itu.
"Panjang ceritanya." kini giliran Seungyoun pula mengeluh.
"Pendekkan," entah dari mana, Dohyon dan Dongpyo muncul dan sertai mereka semula di meja makan. Seungyoun mengurut-urut dadanya kerana terkejut.
"Ish korang ni, kesian Seungyoun hyung. Nasib baik tak mati." Hyeongjun membetulkan posisi duduknya apabila Dohyon dan Dongpyo duduk di sebelahnya.
"Baiklah, aku cerita sekali je tau. Aku malas nak ulang-ulang. Janji ngan aku korang jangan menjerit atau terkejut melebih. Seungwoo hyung pantang orang ganggu tidur dia." kata Seungyoun sambil menyandarkan diri pada kerusi. Mereka bertiga mengangguk dan mula memasang telinga.
"Nama kawan kitorang tu Yohan. Pada asalnya dia kawan Hangyul saja sebab diorang sebaya. Aku dan Wooseok kenal mereka berdua sebab kami satu kelab sukan yang sama. Kalau Seungwoo hyung pulak, kami kenal sebab Seungwoo pemenang pertandingan inovasi sains yang Wooseok masuk. Jadi kami mula berkawan rapat. Aku rasa korang pun kenal Seungwoo hyung, dia pelajar legenda. Dia satu-satunya pelajar yang dapat menguasai kuasa elemental tahap 2 dengan sempurna. Pandai pulak tu. Badan kepimpinan pelajar selama lima tahun berturut-turut. Jadi kitorang pun terikut sama la nak jadi hebat. Waktu hari graduasi Seungwoo hyung, kitorang tawar diri untuk jadi helper hari graduasi. Waktu hari tulah, Yohan hilang." Seungyoun mengetap giginya dan diam buat seketika sebelum menyambung ceritanya.
"Kami syak mereka sebenarnya nak culik Seungwoo hyung, tapi sebab waktu Yohan diculik tu, Yohan tengah pakai baju graduasi Seungwoo hyung. Mereka yang aku sebut-sebut daripada pagi tadi tu, adalah organisasi rahsia. Aku tak pasti apa tujuan diorang, tapi kitorang berpendapat yang mereka ada organisasi rahsia yang ingin mendapatkan kuasa omnipoten." Seungyoun mengambil nafas perlahan-lahan.
"Kuasa omnipoten?" Dohyon menggaru kepalanya. Dia seakan pernah dengar perkataan tersebut.
"Kuasa omnipoten ni sebenarnya adalah terma untuk sesuatu tahap pencapaian kuasa yang maha tinggi. Sesiapa yang mempunyai kuasa tahap omnipoten adalah orang yang paling kuat sekali dan memiliki segalanya yang ada dan wujud di planet ni. Sebagai contoh, Dongpyo ada kuasa magis, namun apabila dia berkebolehan mencapai tahap omnipoten, dia boleh mengadakan kuasa minda dalam dirinya. Macam, apa yang kau nak, kau boleh dapatlah." sambung Seungyoun. Mereka bertiga melopong mendengar penjelasan tersebut.
"Tapi apa kena mengena dengan menculik Seungwoo hyung? Maksud saya, Yohan hyung?" tanya Dongpyo pula.
"Aku tak pasti, tapi teori aku mengatakan, mereka nak culik Seungwoo hyung sebab nak ambil semua kuasa Seungwoo hyung. Mereka ni tamak kuasa." jelas Seungyoun lagi.
"Tapi kami masih tak boleh jejak dekat mana mereka. Setiap tahun pasti ada budak hilang. Mesti kerja mereka punyalah. Sebab itu kitorang datang ke majlis graduasi korang. Kitorang tak ada member minda. Yohan tu pun dari daerah A." Seungyoun memejamkan matanya buat seketika.
"Oh ya, aku ingat! Untuk menjadikan/mengadakan kumpulan yang hebat dan kuat mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli dari setiap daerah. Jadinya, sebab itulah abang-abang semua cari budak daerah D tadi?" sampuk Dongpyo. Seungyoun mengangguk. Mereka bertiga turut sama mengangguk setelah memahami cerita.
"The Oxa tak tahu ke pasal organisasi tu?" tanya Hyeongjun. Seungyoun mengeluh berat.
"Mereka tahu, dah lama tahu. Mereka pun masih menyiasat di mana lokasi markas organisasi rahsia tu. Cumanya, Seungwoo hyung tak kasi kami beritahu pasal kehilangan Yohan." keluh Seungyoun.
Share this novel