BAB 14

Romance Completed 15453

Petang itu setelah balik kerja Daniel tak terus balik ke rumah tapi ringan hati berhenti beli makanan di pasar malam. Dulu sebelum kahwin aku ada ajak dia datang sini tapi langsung dia tak turun sekarang nak jalan2 pulak. Aku hanya menurutnya dari belakang sambil mencari apa yang kena pada selera hari ini.

"Nak beli apa?" Soal Daniel bila tengok aku bersungguh di gerai popia basah.

"Popia basah" aku cakap padanya. Nampak sedap sangat.

"5 ringgit kak" Daniel terus membayarnya. Aku hanya mampu berkedip di sebelahnya. Tangan aku digenggam dan kami berjalan beriringan. Tak hilang la orang tua macam aku ni.

"Kalau nak beli. Pandang je mana nak kenyang" sempat lagi perli aku. Karang aku beli semua yang ada kat sini kempis beg duit dia. Aku masih lagi nak tahu pasal semalam tapi aku takut nak tanya.

Akhirnya kami balik dengan makanan yang banyak gila. Aku tak tahu la kalau orang rumah nanti boleh habiskan atau tak. Sekali pandang jumlahnya macam mustahil tapi kita tengok je la macam mana nanti.

Malamnya kami berparti sakan la. Makan sampai tak larat nak gerak lagi dah dan yang paling dahsyat Danny la. Tak berhenti lagi makan. Memang dahsyat kuasa makan dia ni. Katanya kat luar negara tak merasa semua ni jadi silakanlah raja makan. Dah tengah malam pun Danny boleh lagi makan. Aku, Dania,Mama dan papa serta Daniel dah lama pencen. Mama dan papa dah masuk tidur pun. Jam pun dah pukul 11 malam. Esok cuti. Yay!

Aku yang tengah tengok tv terganggu bila Daniel mencuit bahu aku dan menarik tangan aku. Nak ke mana pulak ni tengah syok layan movie cina dengan adik ipar ni. Dah nak habis pun.

"Come..." dengan malas aku mengikutnya. Mulut ni duk membebel sejak tadi.

"Saya nak tengok movie la..." aku mengeluh sikit. Dahi dah berkerut menahan geram, suka betul mengatur hidup orqng dia ni. Kalau ada anak entah macam mana nasib mereka.

"Apa? Saya nak tngok cerita tu. Dah nak habis pun" aku merajuk karang baru tahu. Aku menarik muka dan cuba untuk melepaskan genggamannya tapi dia sentuh pipi aku dan kemudian bibir aku dikucup lama. Sampai aku tak tahu nak respon macam mana. Dah jadi tunggul kat sini.

"Saya cintakan awak" ujar Daniel. Dah terjawab soalan aku. Tapi, disebabkan terkejut sangat aku diam je.

"Dah lama saya simpan perasaan ni. Saya betul2 cintakan awak. Tolonglah percaya cakap saya. Saya tak tahu bukti apa lgi yang perlu saya tunjuk...." puas Daniel membebel aku memeluknya erat. Aku pun dah lama suka dia tapi dalam diam je la. Entah knapa boleh jatuh sayang sedangkan asyik kena marah je.

"Saya pun... dah lama cintakan awak."

"Terima kasih." Aku tergelak sebab pelik. Dapat ucapan terima kasih la pulak. Dia marahkan aku kerana gelak dan aku melarikan diri mengelak daripada digeletek. Akhirnya kami berdua jatuh di atas karpet di lantai. Sakit jugak pinggang aku dibuatnya. Mata kami bertaut dan aku rasa debarannya.

"Sorry" pinta Danny yang membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Untung aku tak buka tudung lgi.

"Nak CD." Danny berkata pada aku. Aku yang dah rasa nak terjun kolam sebab malu menunjukkan CD di atas meja. Daniel mengambilnya dan menghulurnya pada Danny yang sedang tersengih.

"Lain kali ketuk dulu!" Pesan Daniel tegas.

"Sorry. Teruskan." Danny ketawa jahat dihujungnya. Aku bertambah la malu ni.

"Pergilah. Kalau angah tak kacau tadi kut2 bulan depan dah dapat anak buah" mata aku terbuntang. Biar betul Daniel ni mengarut betul. Danny dan Daniel dah gelak sakan. Aku segera bangun dari karpet dan masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai gosok gigi semua aku keluar. Terkejut aku bila Daniel sedang bersandar pada pintu bilik air. Dia masuk ke dalam bilik air dan 5 min lepas tu dia keluar terus ke katil dan baring di sebelah aku yang diam macam tunggul. Tangannya dah mula melilit pinggang aku. Aku dah keras terus ni. Aku biarkan je tubuh aku dipeluk erat. Lawak bodoh dia tadi buat aku seram sejuk.

"I love you" itulah perkataan terakhir yang aku dengar malam itu.

Dah berbulan lamanya. Kami pun dah jadi betul2 pasangan suami isteri yang bahagia dan pasangan yang bercinta.

"Sayang, apa yang sayang suka sangat pasal bie?" Soalan dah entah kali berapa dia tanya.

"Hari2 tanya. Dah bosan nak jawab"

"Bagi la jawapn lain pulak"

"Sayang paling suka bie cakap melayu. Dengar macam lelaki melayu terakhir. "

"Iya? I think Im good when I speak english"

"I love your malay. Ok?"

"Ok. Lepas ni bie cakap melayu je" dia ketawa senang. Aku hanya senyum je.

"Tapi, Sayang suka dengar bie cakap. I love you daripda saya cintakan awak. Dengar sweet sangat"

"Pulak. Macam2 la sayang ni" aku hanya tersenyum kemudian dia bisik di telinga aku. Perkataan yang aku tak pernah rasa jemu bila dengar.

"I love you sayang...."

then aku membalas pelukannya lalu mencium pipinya. Dah lama aku nak buat benda ni sampai Daniel pun dah kaku sebab terkejut. Tahu pun kuasa dapat surprise kiss tu macam mana. Aku bisikkan sesuatu ditelinganya..

"Saya sayg gila kat boss saya yang garang gila ni" aku tergelak bila Daniel geram. Marah benar bila aku ungkit zaman diktator dia dulu.

"Stop it!"

"Boss.....sya.....garang......." belum sempat perkataan gila keluar dari mulut aku Daniel dah hukum mulut aku ni dengan ciumannya. Asyik terkena balik je aku ni. Malu la wei!

"I love you...."

aku gigit bibir sebab geram. Tapi aku senyum jugak akhirnya....dari garang gila jadi sweet gila.... hahaha... alhamdulilah... I love you too. Boss!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience