BAB 2

Romance Completed 15453

"Boss, ni short listed secretary baru" Aisya menghulurkan sepuluh resume kepada Daniel Arash. Memang boss yang paling garang dan menakutkan di alam semesta hanya senyum bila dapat kontrak dan depan klien. Yang lain memang muka ada aura pembunuh sikit. Terketar jugak Aisya tapi Daniel boleh dikatakan agak menghormatinya kerana dah lama berkhidmat dan lebih tua darinya.

"Make it three" jawabnya tegas dan serius. Aisya hanya mengangguk dan melihat bossnya berlalu pergi ke biliknya. Boleh dikatakan 10 orang pekerja tetap je yang mampu bertahan lama di ruangan itu dan tak bernafas bila Daniel ada. Di ruangan lain agak kecoh sikit tapi aras boss besar memang sunyi sepi dan serius, macam takde orang pun boleh jadi. Semuanya takut bila Daniel mengamuk. Tahun ni sahaja dah 4 orang secretarynya lari sebab tak tahan.

Semua mata pandang Aisya. Mereka menggelengkan kepala dan hanya mampu mengeluh tapi cuba juga untuk senyum dan bertahan. Itu periuk nasi mereka jadi kenalah bersabar.

"Nak Qis tolong?" Soal Qistina accountant pejabat. Memang mereka dah macam keluarga kecil dan di tahan di bawah naungan naga api yang garang gila. Bila Daniel outstation memang holiday untuk mereka. Hari raya pun boleh! Walaupun Daniel garang tapi kerjanya mantap dan bonus langsung tak jadi masalah. Tak kedekut la orang kata.

"Aqiff pun free ni" Aqiff ni pengurus pemasaran.

"Baiknya... jom!" Pilih punya pilih akhirnya tiga terbaik dah dipilih. Bila Daniel keluar dari biliknya semua kembali kepada ais. Tiga terbaik dihulurkan dan tanpa membukanya resume berwarna hijau dipilih. Memang terkejut tapi mereka setuju aje. Nak mampus kalau cari pasal.

"Call and tell this person tomorrow is the first day, dont be late." begitulah. Tak perlu tanya just tunggu je arahan dari diktator ni. Setelah itu panggilan segera dibuat.

'Pilih je mana2 pun sama je. Kena gertak sikit lari' rungut Daniel dalam hati. Dia tahu yang dia garang tapi dah memang sikapnya sebegitu jadi dia tak ambil port.

Dulu papanya yang pegang syarikat ni tapi sekarang dah ganti tempat arwah datuknya. Dia sebenarnya tak suka kerja dengan keluarganya tapi diturutkan juga. Ikutkan hati dia nak menetap di UK dan tak kembali ke Malaysia lagi. Desakan keluarga buat dia tinggalkan semuanya di UK.

Gila tak happy, satu rumah aku menari sebab gembira sangat. Alhamdulilah aku dah dapat kerja tu! Ya allah, terima kasih. Aku mendapatkan kawan2 aku dan mereka tumpang gembira untuk aku. Memang tak naya pinggang aku bertahan masa tu. Tak tahu nak cakap apa sekarang yang aku tahu aku terlalu gembira. Semua baju di dalam almari aku keluarkan untuk mencubanya. Happy sangat sampai rasa nak terjun bangunan. Erh! Memang kerja gila! Aku keluar rumah dan memberitahu kepada jiran aku. Memang mereka tumpang gembira tapi aku rasa mereka dah cop aku ni kurang waras kut. Terpaksalah tukar shift kerja malam pulak kat kedai buku tu. Kena kerja dua kerja sebab nak sara aku.

Sekurangnya tiga bulan yang pertama sebab syarikat akan bayar gaji bila bulan keempat. Gaji bulan satu hingga tiga dibayar sekali. Kalau betul la macam tu tercapai hajat aku nak upah haji untuk mak ayah aku. In sha Allah. Ya Allah engkau permudahkanlah.

Hari pertama memang boleh dikatakan cuak gila. Boss besar tak jumpa lagi tapi katanya lelaki. Bujang dan muda lagi baru je 29. Aku baru je 25. Hahaha. Jangan nak berangan macam dalam novel sangat! Semua pekerja kat sini ramah. Semua pangkat besar kat level ni sebab satu aras dengan boss besar tapi risau pulak bila semua orang asyik duk wish good luck je. Takut banana fruit two times. Hehehe.

"Comel la Nia ni. Lagi lawa dari dalam gambar" puji beberapa pekerja. Hadi dan Kak Aisya. Aku senyum je. Mesra betul dorang ni.

"Mana ada. Hamba Allah jugak" mereka tergelak kecil. Aku harap hari pertama ni berjalan dengan lancar Ya Allah, mudahan. Bila aku kembali dari tandas boss besar dah masuk jadi tak sempat lagi nak jumpa empat mata tapi bila kak Aisya cakap dia nak jumpa aku semua orang dah buat muka simpati sambil pandang aku. Kenapa ni?.

"please be strong" Abg Naim sempat memberi semangat. Semangat jenis pelik dan menakutkan pulak tu. Tapi aku gagahkan diri untuk masuk ke dalam. Lepas tiga kali ketuk baru dapat sahutan dan aku masuk sambil tersenyum manis tapi dia langsung tak pandang aku. Bila tengok macam tu memang hensem doh! Tak tengok full face lagi.

"Awak ni makan gaji buta ke? What kind of report is this? I pay you not for this stupid work!" Tersentak aku. Patutlah good luck bagai. Tapi aku mana ada buat apa pun lagi. Aku senyum bila dia pandang aku dan sumpah muka dia menakutkan walaupun hensem.

"I dont need your smile!" File jatuh atas lantai dan aku kutipnya. Ketar satu badan kena tengking macam tu. Aku beranikan hati untuk pertahankan diri.

"Hari ni first day saya. Saya tak tahu apa2 pasal report tu" aku berkata jujur dan sumpah aku takut gila.

' tak pernah orang menjawab aku selama ni' Daniel merungut dalam hati.

Matannya diangkat dan memandang tepat dalam anak mata aku. Memang menakutkan tapi aku kuatkan untuk bekerja di sini.

"New secretary?" Soalnya kali ini, lebih rendah suaranya.

"Yes"

"Take this! Fix it! Now!" gila memang diktator versi jepun wei! Aku mengangguk dan keluar bersama file yang dipeluk kemas. Takut gila. Bila aku keluar semua mata pandang aku dengan jelas dan tengok air muka aku yang dah keruh gila tapi aku kuatkan langkah ke meja Kak Aisya. Kalau ikutkan hati memang aku nak menangis tapi memikirkan masa depan aku kena kuat!

"Please dont cry" pujuk Kak Aisya. Aku senyum dan memandang orang lain. Kena marah je pun tak luak mana pun.

"Its ok. Teach me this." Aku menghulurkan file yang entah report apa boleh buat boss bengang. Lupa terus yang aku ni pekerja baru. Langsung takde warm welcoming, hot welcoming ada la.

"Be strong" ada yang menyentuh bahu aku memberi semangat.

Jom semangat baru! Bertahan! Kena hantar sebelum pukul dua. Macam2 file aku kena rujuk lunch pun tak keluar dan aku berhenti untuk solat seketika.

Daniel melihat Nia yang baru sahaja keluar dari surau. Terus ke meja dan menaip sesuatu. Ralit jugak dia tengok gadis itu begitu bersungguh. Setelah solat dia hanya memerhati Nia. Dari biliknya dia mampu melihat ke luar dengan jelas tapi orang luar tak nampak dalam biliknya. Dia meneruskan kerjanya semula. Memang workaholic betul dia ni. Benda yg dia buat kena sempurna baru la dia akan berhenti dan berpuas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience