BAB 14

Romance Completed 15453

Daniel ni dah hampir sebulan kami kahwin sampai hari ni dia macam lain sikit kat rumah. Bila dengan aku boleh borak sakan siap usik aku lagi. Dah jadi hobi dah tapi bila kumpul ramai2 kat rumah dia banyak dengar je. Rasa macam bukan diri dia sendiri. Bila mama tanya aku pasal dia aku tak thu nak jwab apa dan bila mama tanya dia marahkan mama ke baru aku terfikir. Mungkin jugak kan.

"Fikir apa?" Soal Daniel sebaik tersedar dari tidurnya. Aku dengan berani duduk bersila di atas katil di sebelahnya.

"Takdelah. Mama tanya, awak marahkan mama ke?" Daniel mengeluh lalu merebahkan badan aku pada katil. Dia memeluk aku erat. Ish, dia ni memang suka cari pasal betul la. Orang serius dia nak peluk orang pulak. Aku dapat rasa hangat nafas dia di belakang aku.

"Atas sebab apa saya nak mrah?"

"Mana la saya tahu sayang oi. Kut2 awak ada terasa dengan mama. Mama yang cakap tau"

"Awak sayang saya?"

"Orang serius ni!" Aku melepaskan geram.

"Tadi awak sebut sayang"

"Daniel..."

"Mana ada marah. Saya cuma tak sangka yang mama tak percaya cakap saya. I think she knows me better" ha. Dah serius suara dia. Ni yang aku takut ni. Kena sejukkan naga ni. Aku berpaling menghadapnya. Pipinya aku pegang.

"Bersyukur tau awak masih ada family. Tak elok marahkan orang yang dah berkorban banyak untuk kita. Mama bukannya tak percaya tapi dia nak awak bertanggungjawab. Memang bukan salah awak tapi andai kata orang lain yang nampak mama tetap akan lakukan hal yang sama. Percaya cakap sqya, because she knows you better she did it"

"I dont get your point"

"Because she knows u better, she did it!"

"She should know that how much I respect women."

"Yes. But she also know what is in your heart. Maybe her way didnt right but she knows that shes right"

"About what?"

"Ask urself" Daniel diam. Aku pun turut sama diam.

Ruang tamu senyap saja pada malam itu. Aku pun rasa pelik macam ada benda yang nak jadi. Dah la semua orang ada kat sini. Tengok tv tapi... entahlah...

"Danny rasa dah msanya masalah family kita selesai. Takde guna kalau nak bermasam muka" tiba2 je Danny ni. Entah masalah apa yang dicakapnya.

"Danny yang buat abang dan akak terkunci dalam bilik file tu. Dan itu rancangan Danny untuk satukan abang dan kakak. " berpisat kepala Daniel memandang Danny. Dia bangun dan mencengkam kolar baju Danny. Hampir sahaja Danny makan penumbuk Daniel tapi dihalang oleh papa. Rupanya mereka semua dah berpakat tapi kenapa? Semuanya diterangkan satu persatu dan aku faham ceritanya dengan baik tapi apa sebabnya aku sendiri tak tahu kenapa.

"Mama buat semua ni sebab mama kenal anak mama. Daniel sayangkan Nia tapi tak nak mengaku. Mama nampak Daniel boleh bahagia dengan Nia tapi Daniel takkan cakap apa2. Kalau mama minta cara halus sekalipun Daniel tak akan buat. Mama yakin anak mama akan bhagia kalau kahwin dengan Nia. Dan dengan cara itu shaja Daniel akan terima. Nia perempuan yangg sangat baik. Banyak yang dah berubah. Daniel dah berubah banyak sangat bila kenal Nia. Bila Nia pertahankan maruah Daniel hari tu azam mama kuat nak bermenantukan Nia. Mama tahu cara mama salah tapi, itu je yg mama mampu buat. Maafkan...."

Aku dah menangis. Mama dan Dania pun sama. Belum sempat ayat mama habis Daniel memeluknya erat.

"Dont be sorry please.... you are right. Kalau bukan sebab ni. I will always lie my own heart" aku terdiam. Jadi dia sayangkan aku selama ini? Peliknya.... sebab aku bukannya ada goda dia ke apa dah la asyik kena marah je.

"Kau ni angah. Evil plan ha?" Bahu Danny ditumbuk kuat.

"Smart plan ok? Tapi, salah abg jugak jatuh atas kakak. Itu menguatkan lagi bukti" Danny tersenyum nakal. Akhirnya kami semua tersenyum. Memang masalah dah selesai.

Aku dan Daniel masuk ke dalam bilik. Suasana senyap je. Kalau ikutkan hati aku nak tanya betul ke apa yang mama cakap tadi tapi bila tengok dia yang langsung tak berminat nak bercakap aku simpan je la soalan tu.

Aku menyikat rambut dan mengenakan lotion seperti biasa sebelum tidur. Setelah itu aku terus baring di sebelahnya dengan senyap dan diam. Akhirnya, sekali lagi aku tidur dengan penuh tanda tanya.

Pagi itu sepertinya lebih meriah daripada biasa. Hari ini aku akan masuk kerja balik tu pun lepas puas Daniel pujuk aku kerja balik. Bukan aku tak suka kerja tu tapi aku lebih suka teman mama kat rumah. Mama pun bukannya sihat sangat sekarang. Tapi Daniel cakap susah nak cari SU baru dalam keadaan sibuk macam ni jadi terpaksalah aku turun padang sama.

Suasana di pejabat dah meriah sangat sekarang. Memang Daniel dah jadi lebih ramah walaupun tegas. Rindu aku pada mereka terubat jugak akhirnya dan kali ini lebih ceria sebab dah takde lgi naga api. Macam2 dorang tanya jampi apa yang aku guna kat Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience