BAB 4

Romance Completed 15453

Malas dah aku nak berhias dan berlawa segala pagi ni. Dah sebulan kerja asyik kena tengking dan marah je. Ada je kerja yg aku buat tak kena pada dia. Aku buat air untuk dia pun dikatanya aku ni nak membodek. Aku buat ikhlas kut sebab nampak macam dia penat sangat. Semua orang dah bagi simpati dorang kat aku. Aku kena bertahan jugak biar sampai ke titisan darah terakhir. Fuyoo!! Dah gaya orang pergi perang.

Hari ni kena marah lagi. Macam biasa sebab aku lambat masuk bila dia suruh. Bukannya aku sengaja nak berlengah tapi aku buat persediaan mental dan fizikal.

"Masuk!" Nak gugur rambut dengar suaranya. Memang macam masuk kandang harimau rasa takutnya dengan masuk bilik ni. Takde beza pun.

"Boss panggil saya?" Soalan bodoh aku tanya. Memang nak kena fire sampai hangus ni kalau macam ni. Aku telan liur tapi senyuman plastik tetap aku tayangkan.

"What kind of question are you asking?". Erk. Kan dah kata soalan bodoh.

"Stupid question. Maybe?" Soal aku takut tapi. What a miracle?. He is smiling a bit. Aku mimpi ke ni? Dah rasa macam terkejut beruk je. Dengan aku sekali dah nak jadi mat saleh macam dia. Hahaha.

"Glad you know that" what???? Nak mati je rasa aku hari ni. Kalau bunuh dia penjara tempatnya, rasa macam nak bunuh diri je. This time, he is smiling again and this one look hensem. Quiet long ha.

"Anything boss?" Soal aku malas. Dia ni macam sengaja je nak cari pasal dengan aku.

"Come here!" Aku mendekati mejanya dan bila dia keluarkan kertas kerja aku pandang je la. Aku sebenarnya tak tahu apa motif dia tapi aku layan kan aje karang kena fire.

"What do you think about this?" Aik. Aku pandang dia pelik. Mana la aku tahu pasal benda ni semua ingat aku ambil bisnes ke apa. Aku pandang la jugak paper work dia dalam laptop dia tu tapi tak nampak pun sebenarnya.

"Come. Sit here" aku terkejut lagi. Sit there? On his chair? Dia dah bangkit dan menyuruh aku ke sana dengan mata aje. Aku risau sebenarnya tapi takut kena marah aku ikutkan jugak.

"Saya berdiri je"

"I said sit!" Serius dia mengarah dan aku terpaksa mengikut. Dia menunjukkan kertas kerjanya dan aku mula membaca satu persatu ayat. Langsung tak faham apa2 dah la dia duk sebelah aku. Berdiri agak rapat pulak tu. Dah kena sampuk ke apa boss aku ni. Atau ni sebenarnya kembar dia yg berlainan watak?. Ok, otak kartun lagi.

"Boss. Typo" aku tunjuk perkataan yang tersilap taip dan dengan segera dia menyuruh aku membaikinya. Heh. Dia pun ada buat typo jugak, selalunya nak marah aku je.

Dia menegakkan badan dan berpeluk tubuh entah apa yang dia fikirkan aku sendiri tak pasti.

"I think there is something that do not complete with this paper. But I dont know where" aku dengar aje dia ckap apa. Baik dia tanya orang yang berpengalaman kat luar tu dripada tanya aku buat sia2 je.

"This paper is not strong enough to get the millions contract!"

"Damn!" Meja dipukul sekali. Aww. Aku rasa sakit tu tapi muka dia selamba badak je. Aku malas nak tegur karang ada orang keluar yg jadi orang minyak sebab terbakar. Aku baca detail sepenuhnya rupanya lebih kurang macam ekonomi yang aku belajar dulu.

"Boss. Here" aku menunjukkan sesuatu pada skrin laptopnya dan dia bergerak ke arah aku. Dengan satu tangan di kerusi dan satu tangan di meja buat aku tak keruan. Aku dapat kut bau dia punya perfume. Wangi pulak tu. Tie dia pun menjuntai menyentuh lengan aku terus freeze aku kat situ. Aku menjauhkan diri sedikit.

"Whats wrong?" Soalnya tak faham maksud aku.

"This statement. It is not strong enough because we just list what we can do. We should compare this with our surrounding. Thats gonna makes them sure"

"Thats mean, tell them what we have and others dont?" Soalnya melihat tepat ke anak mata aku. Berdebar gila siot! Memang hensem sangat dia ni hari ni.

"Ya. How?" Soal aku lambat.

"Accepted. Thanks a lot" wei!!! First time dpat thanks dari dia boleh bawak masuk diari harian aku ni. Aku bangun dari kerusinya dan bergerak menjauhinya senyumannya yang kepuasan itu nampak ikhlas walaupun bukan untuk aku.

"Boleh saya keluar sekarang?" Soal aku lagi. Dia mengangguk dan siap tolong bukakan pintu untuk aku lagi. Aku rasa kepala dia terhantuk dengan pintu kereta la pagi tadi sebab tu boleh berubah mcm ni. Semua org pun pelik kut bila dia bukakan pintu. Aku buat muka seposen dan terus ke meja aku. Entah apa yang aku rasa sekarang ni. Hairan kut.

Berpusu family office aku datang tanya apa yg jadi. Terpaksalah aku cerita dari awal sampai akhir. Dorang pun macam tak percaya apa yang aku cakap tapi apakan daya aku tak bohong. Hahaha. Kiranya aku ni dahsyat la boleh buat dia impress walaupun selalu kena marah selama ni.

"I want you to go with me" arahnya tegas. Muka yang pagi tadi baik sikit tu dah hilang. Dah jadi naga api balik. Dan aku rasa watak tu lagi bagus sebab takde la aku tak keruan nanti.

"Mana?" Soal aku pelik. tak pernah aku keluar dari ofis dengan dia. Walaupun atas urusan kerja. Katanya menyemak je aku ikut sama macam secretary lain.

"Come!" Ajaknya tegas. Memaksa org je kerjanya dan aku terpaksa ikut. Dah la kena kejar kaki panjang dia tu. Berlari aku dibuatnya. Ingatkan nak pergi mana tapi cafe bawah je, jumpa client rupanya.

"My secretary, Nia Aqasha" aku tersenyum dan terkejut pada masa yang sama. Rupanya dia tahu nama penuh aku. Selama ni panggil aku you je.

"Oh. She is pretty" puji dato itu dan aku tersenyum macam tertelan pasir. Sebenarnya masih trauma dengan orang berumur yang nampak macam gatal ni. Boss dah pandang aku semacam, aku tak buat apa pun. Nanti ada yang makan api.

"Lets focus on our discussion?" Soal boss lalu membuka laptopnya. Dan aku boleh salute cara boss present malah idea aku pun dia guna. Rasa macam bangga je. Bila siap semua dan contract dah dapat kami bertiga lunch. Aku rasa macam malas nak join tapi dah duduk sini. Tak selesa bila dato asyik pandang aku je nak makan pun takde selera.

"Tak sangka you ada secretary" ujar dato itu pada boss dan boss hanya buat muka selamba.

"She is my secretary not my personal assistant." Faham sangat maksud tu. Maknanya tak perlu ikut dia ke hulu ke hilir. Ikhlas aku cakap aku lebih suka dia cakap melayu sebab rasa macam lelaki melayu terakhir je.

"What makes you bring her today?" Soalan bijak. Aku pun nak tahu kenapa. Ha. Jawablah.

"Sebab dia dah tolong I dalam paper work ni. Because of big of help from her" pujinya ikhlas. Ikhlas aku cakap terharu sangat. Padahal jasa aku sikit je.

"Bukan je cantik malah bijak. What a luck?" Dato itu ketawa senang. Aku yg tak senang hati sebenarnya. Boss pandang muka aku yang langsung tak ceria dengan pujian sebegitu, sepertinya tak ikhlas dan lebih kepada menyampah. Makanan aku pun tak terusik sangat memang mati selera tengok muka orang tua gatal depan aku ni.

"Thank you dato. I think we should leave first." Dengan hormat aku senyum dan beredar beriringan dengan boss. Memang hilang terus senyuman aku bila teringat balik. Kaki dato tadi ada menyentuh kaki aku tapi cepat aku elak. Rasa macam nak menangis bila orang baya ayah aku layan orang muda macam ni. Sepatutnya sayang pemudi ni tak, macam nak merosakkan pun ada. Tak semena air mata aku mengalir.

Tika itu hanya aku dan boss sahaja tapi boss tak perasan sebab aku pandang sebelah dinding lif. Hanya air mata mengalir sunyi. Tiba2 rindu pada ayah dan mak membuak buak. Air mata yang mengalir aku seka dengan tangan dan kenapa rasa mcm lif ni lama sangat. selama ni tak lama macam ni. Setelah air mata berhenti mengalir dan lif juga dah sampai destinasi, bila aku nak keluar lif tak sangka pulak yang boss memandang aku.

Jelas riaknya terkejut mungkin terkejut sebab mata dan hidung aku dah merah kut. Aku ni bila nangis je memang jadi macam ni tapi belum sempat boss tanya apa2 aku dah berlalu dari situ. Tak nak sampai perlu jawab soalan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience