BAB 5

Romance Completed 15453

"Why are you crying?" Soalnya sambil membuntuti aku tapi aku buat bodoh je. Bila sampai ke ruang utama semua mata memandang kami berdua, memang terkejut sebab dah macam gaya couple gaduh dan aksi pujuk memujuk. Tapi, bila aku bekukan diri dimeja dan mengambil tisu untuk mengesat muka aku ingatkan boss dah blah tapi rupanya terpacak depan meja aku lagi. Suasana tak payah cakap la sunyi macam ta ada orang pun tapi semua tengah pandang kami. Ish. Nanti jadi salah faham pulak masalah betul ni.

Hari ni semua balik pukul tiga. Ada lima minit je lagi. Punch card then balik.

"In my office. Now!" Asyik nak memaksa orang je. Aku menggelengkan kepala, tu kira dah berani tahap dewa menentang boss. Bila dia tepuk meja dan berkata serius aku terpaksa mengangguk.

Bila dia masuk ke ofisnya aku sengaja melengahkan masa sedikit dan tepat jam tiga aku kemas semua barang dan punch card lalu turun segera ke parking lot. Memang cari nahas sebenarnya tapi terpaksa kut. Aku tak nak menjawab dengan dia nanti. Entah apa jenis soalan keluar pmr ke spm ke stpm ke and so on la....

Memang cari nahas bila blah mcm tu je tapi aku memang tak nak bersemuka dengan boss. Haru nanti. Aku malas nak fikir, pandai la aku goreng esok hari mcm mana, kena tengking pun aku rela sebab aku ni bukan jenis yang takut bila kena marah. Bak kata pepatah berani kerana benar. Poyo la sangat padahal ketar lutut ni mcm orang umur 100 tahun.

Pagi ni memang aku cuak gila, boss

tak masuk lagi tapi aku boleh rasa yang aku akan kena marah kaw2 kopi kapal api punya. Semalam punya kes pun aku tak cerita kat sesiapa, malas nak cakap.

Dah mai dah.... tapi dia lalu je depan meja aku dan memang aku tak tahu nak respon macam mana. Selamat pagi pun tak sempat aku nak ucap. Semua orang saling berpandangan dan mengangkat bahu, semuanya macam tak ada apa yg jadi semalam. Ke memang aku je yang berangan semalam? Ei. Seram pulak aku rasa macam misteri gitu. Aku ke pantry untuk membancuh minuman seperti biasa. Kopi la apa lagi kan? Selama ni dia marah tapi dia minum jugak.

"Termenung apa?" Soal Abg Aqiff mengejutkan aku. Aku angkat muka dan tersenyum manis.

"Jangan senyum macam tu Nia, cair abg" tawa meledak juga. Memang Abg Aqiff ni boleh join Abg Hadi semua org disakatnya.

"Eleh, poyo la abang. Nia keluar dulu" aku tersenyum dan meninggalkan lelaki yang masih lagi tersenyum itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience