BAB 8

Romance Completed 15453

Sekali lagi. Akibat mulut badan aku binasa. Tanpa niat aku cakap yang aku tak suka bila boss aku ajak pergi event macam dinner kena paksa pulak dengan boss aku hari ni. Sakitnya hati. Tak cukup dera fizikal aku nak dera mental aku pulak.

"Saya boleh bayar sendiri" dress muslimah yang berkenan di hati aku ingin byar tapi bila boss keluarkan kadnya aku tak boleh buat apa. Selamat duit aku 250. Mahal jugak kut pada aku la, tapi boss aku bayar selamba je. Malas nak buat hal sampai kena marah aku ikutkan je.

"Saya ambil awak malam nanti. Leave me your adress"

Dia menghulurkan telefon nya dan aku menaip alamat rumah aku. Dah lenguh tawaf mall ni jadi aku nak balik.

Berat badan aku turun mendadak sampai doktor suruh aku bercuti dan ambil vitamin tau.

Aku malas nak berlawa. Sekadar solekan nipis aku melihat diri yang dah kurus banyak di depan cermin. Aku senyum seketika menggayakan baju yabg di beli boss aku kali ini. Memang baju ni lawa gila kut. Kalau tahu dia nak belanja aku pilih yang paling mahal dah. Hahaha.

Shina dan Arisha sibuk ajak aku selfie. Hahaha. Pengaruh selfie memang kuat gila. Aku tergelak mengenangkan kawan2 aku ni.

"Lawa gila kau weh! Aku tak faham kenapa boss kau sanggup buli kau yg lawa ni"

"Boss dia tu aku rasa buta"

"Mengata je kau tahu. Lantaklah. Ok tak ni?" Aku berpusing ala2 princess gitu. Memang badan kurus dah sikit tapi aku ckup makan kut. Walaupun badan penat aku tetap akan rehat dengan cukup.

"Gila tak ok. Lawa gila weh" pujian mereka aku balas dengan senyum je. Aku tunggu di luar rumah. bersama housemates aku la. Beria nak tengok boss garang gila aku tu. Malu pulak bila jiran duk tegur yang aku nampak lawa malam ni. Bukannya aku nak riak tapi segan la jadi tontonan orang.

Sebaik kereta boss aku sampai aku dah tak rasa nak senyum. Lenguh kut jadi tunggul kat luar ni. Cakap pukul 9 tapi pukul 9.20 baru sampai. Kereta dia sendiri ni. Tak pernah aku naik kereta dia yang ni. Selalunya naik kereta pejabat je dengan dia. Ke kereta baru? Biarlah, orang berkemampuan kut.

Segak gila dia malam ni. Dah la gentle semacam bila tolong bukakan pintu bagai. Aku masuk ke dalam kereta dan kawan aku ni dah macam kena sampuk. Tahulah boss aku ni hensem tapi takkan sampai ternganga.

Sepanjang perjalanan senyap je tapi apa yg aku tahu boss aku ni suka Westlife. Penuh CD aku tengok. Memang dia lain macam je hensem malam ni. Kenapa ek? Sebab warna kuning ni sesuai dengan dia ke?

Sebaik tiba aku tak tahu nak buat apa, memang dinner mewah gila weh. Rasa malu pulak nak masuk memang orang kaya punya tempat ni. Aku mengikut boss dari belakang dan aku diperkenalkan kepada beberapa orang dan kawan baiknya. Zain. Aku rasa pelik bila dia tengok aku semacam lepas tu boleh senyum pulak. Tak sangka jugak aku boleh berkenalan dengan keluarga boss. Rasa janggal gila tapi aku tetap tersenyum. Rasa nak lari balik pun ada.

Dato yg aku kata gatal pun ada sama.

Majlis yg telah lama bermula buat aku haus. Aku yang keseorangan pergi mencari air tapi aku terkejut bila dato itu tiba2 ada di belakang aku. Aku cuba melarikan tapi dihalang dengan cepat.

"Kalau you nak hidup senang I boleh buat you senang. Tapi you kena buat I senang dulu" aku telan liur. Gila punya org tua.

"Apa maksud dato ni?" Aku tanya dengan nada serius.

"I boleh jaga you" tangan tuanya cuba memegang tangan aku. Aku mengelak sehingga gelas terlepas dari tangan.

"Dato, tolong hormat saya" aku meninggikan suara sedikit. Tapi orang tua ni macam tak faham bahasa melayu.

"Jadi perempuan simpanan I dan you akan bahagia" bagai dihempap batu aku rasa. Maruah aku dipijak begitu sahaja. Mata aku mula bergenang begitu murahkah maruah seorang perempuan di mata lelaki yang berduit?

"Saya lebih rela merempat!"

aku beredar dari situ dan menghantar sms kpd boss. Memang bukan tmpat aku di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience