BAB 12

Romance Completed 15453

Kami bersarapan di cafe. Tak ada apa yang kami borak hanya sudu dan garfu yang kedengaran. Aku perasan yang mata Boss asyik pandang aku je tapi kenapa? Tak ckup ke makanan yang dia order banyak gila ni. Siapa la yang nak makan semua ni kalau tak habis membazir pulak.

"Kita nak buat apa lepas ni boss?" Soal aku lemah. Bosan kut kalau lepak dalam bilik je or aku enjoy this holiday alone.

"Stop calling me boss" suara tegas itu aku tak tahu nak jawab macam mana. Dia pun dah smpai tahap bosan nak suruh aku berhenti panggil dia boss.

"Err. Sorry. Awak nak buat apa?" Soal aku lagi. Harapnya dia tak marah lgi.

"Better" mendatar je suaranya. Dah tu nak aku panggil dia apa? Abang? Geli anak tekak wei.

"Awak nak saya panggil apa?" Soal aku berani.

"Dont call me anything" aku terkejut bila dia bangun dari kerusi dan buat aku tertanya tanya. Apa punya perangai pulak ni. Aku tanya tu pun dah kira beruntung tau. Makanan atas meja ni siapa pulak yang nak makan?. Aku panggil pelayan dan menyuruhnya membungkus makanan tadi dan aku mencari kelibat Daniel. Mana pulak hilang dia ni. Aku berjalan di pantai dan melihat Daniel sedang bermain di gigi air. Pagi2 mcm ni tak sejuk ke?. Lantaklah. Dia makan sikit je tadi dah kenyang ke? Aku meletakkan makanan dan mendekatinya. Langsung dia tak hiraukan aku. Dengan berani aku menyentuh lengannya, suami aku kan? Aku sepatutnya hias hubungan kami bukannya melarikan diri dari hakikat. Dia suami aku tak kisah apa yang jadi sekalipun, aku mesti jaga hubungan ni. Tak kan nak biar macam tu je. Kalau dia tak nak try apa kata aku yang try test tengok. Setakat kena marah aku dah lali. Mungkin dia betul2 jodohku.

"Awak cakap je nak saya panggil apa. Saya akan panggil" aku meyakinkan dia dan dia memandang anak mata aku yang bersungguh. Dengan lembut aku ditarik ke dalam pelukannya aku dah kaku lagi. Apa yang dia nak sebenarnya ni?

"Sya cuma nak rasa yang awak terima saya, saya rasa bersalah sebab libatkan awak dalam masalah keluarga saya. Awak mangsa keadaan"

"Saya tak pernah rasa macam tu. Saya terima awak seikhlas hati"

"Not because you are afraid?" Soalnya pula. Aku menggelengkan kepala. Bukan sebab takut tapi sebab aku yakin walaupun dia garang dia seorang yang baik.

"Tak lah."

"Forgive me. Drag you with this prob."

"Our marriage. Its not a prob for me. Its a fate. Please .. let me be yours" aku pelik bila dua2 diam. Aku angkat muka memandangnya pelik. Kenapa dia pandang macam tu. Aku ada salah kata ke tadi.

"Be Mine?" Soalnya pula. Aku gigit bibir. Aku cakap yours ke tadi? Ayat novel tu. Tu la banyak sngat berangan sekarang dah malu.

"Maksud saya... jadi isteri awak la" aku dah malu ni. Macam dah lafaz cinta je. Nanti bocor la rahsia aku syok kat dia dalam diam.

"No, your sentence. Its like...."

"Dah la. Jom makan. Saya bungkus tadi" aku meninggalkan dia yang masih lagi sedang berfikir. Tapi tangannya menarik tangan aku sehingga aku terdorong ke dalam pelukannya. Aku cuba berkeras.

"Really?"

"Yup. Sayaa bungkus makanan" aku sengaja mengelat. Dia buat muka bengang tapi aku tak hirau dah asal rahsia aku tak bocor.

Malamnya kami hanya makan pizza. Tak rasa nak keluar ke mana2 lagipun hujan pulak malam ni.

"Saya suka awak" tiba2 terlafaz ayat itu dari mulut aku bila merenung wajahnya yang sedang gembira melihat cerita lucu. Sebaik ayat itu menutur keluar dia memandang aku dengan riak terkejut. Aku menutup mulut dan pandang tempat lain. Memang kuasa mengelamun ni gila kut sampai aq x sedar.

"What?" Soalnya ceria. Aku buat tak dengar tapi bila dia memaksa aku tak tahu macam mana nak mengelak.

"Saya suka dengar awak cakap melayu" aku berkata lain.

"No. You said, you like me" tadi tanya apa?. Saja je la dia ni.

"Excuse me. Jangan nak perasan sangat" aku terus naik katil dan masuk ke dalam selimut. Muka pun aku tutup sekali , malunya. Aku mendiamkan diri dan berpura pura tidur. Malas nak melayan rasa malu ni. Bodoh betul aku tadi . Tu la pandang lagi orang sampai nak tembus lepas tu berangan macam cerita bollywood. Mulalah nak merapu sakan lepas tu.

Aku dapat rasakan yang katil bergerak. Confirm dia pun dah naik katil. Tv pun dah senyap je. Aku malas nak tngok apa2 baik aku tak sedar terus senang sikit.

"Apa boleh buat. Saya pun rasa saya suka awk" aku terkejut beruk. Betul ke apa yang aku dengar ni. Tolonglah jangan buat aku macam berangan. Nanti buat malu je syok sendiri.

Akhirnya aku tertidur jugak. Sedar je pagi keadaan macam biasa balik. Sekarang ni aku confuse kalau aku mimpi or realiti semalam. Rasa macam betul tapi bila bangun pagi ni rasa macam mimpi je. Aku malas nak fikir banyak dan buat macam biasa. Tapi kali ini kami lebih mesra dan tak kekok sangat dah. At least, cuti ni best la jugak daripada tengok tv je.

Balik dari Langkawi aku tak berani nak berdepan dengan keluarga Daniel, entah mereka boleh terima kami atau tak. Daniel suruh aku rehat kat rumah tapi dia pergi kerja. Tinggal aku sorang kat tempat asing ni. Macam mana kalau mertua aku tak suka aku. Takut nak keluar bilik tapi nanti apa pulak yang mereka akan kata. Aku menyarung tudung dan turun ke ruang tamu. Dania dan Danny yang tengah gaduh main catur pandang aku. Rasa berat je nak senyum tapi aku gagahkan jugak.

"Akak pandai main chess?" Soal Dania pada aku.

"Sikit"

"Tolong DD kalahkan angah" Dania menarik aku ke sofa. Mereka dah lupa ke apa yang jadi sebenarnya. Pelik betul.

"Meh sini semua. Lawan angah ni." Danny dengan berlagaknya mengajak aku.

"Akak ni, macam org luar pulak. Kita kan one family" Danny membuatkan aku tersenyum. Macam aku ni menantu pilihan keluarga pulak. Aku join mereka main. Banyak gaduh je sebenarnya dan aku juga boleh tumpang gelak dengan dorang. Mereka layan aku dengan sangat baik. Aku gembira sangat.

"Kalah la angah. Terelnya akak ni" Danny tarik muka. Hahaha. Muka macam Daniel jugak cuma baby face gitu.

"Akak ke dapur jap. Nak tolong mama masak"

"Angkut sekali pemalas terhormat ni" ujar Danny.

"Tak nak. DD nak keluar"

Malas nak melayan, aku ke dapur dan aku tersenyum manis. Mama turut sama tersenyum. Aku memasak bersamanya dan berkongsi cerita. Pengalaman yang aku tak pernah dapat dengan mak aku sendiri. Tak sangka yang mama sangat mesra dan tak garang macam di hospital dulu.

"Maafkan Nia sebab masuk dalam keluarga ni dengan cara macam tu"

"Nia cakap apa ni?. Nia menantu sulung keluarga ni. Nia dah macam anak mama. Jangan bahas lgai benda dah jadi"

"Terima kasih ma" mengalir air mata aku. Mama memeluk aku dengan erat. Semakin beria aku menangis sampai bengkak mata semua.

Aku masih lgi menangis bila berada di kawasan kolam renang. Sengaja aku lari dari dapur sebab terlalu sebak dan gembira.

"Nia" Daniel dah balik. Segera aku lap air mata tapi sempat Daniel nampak semuanya.

"Whats happenned?" Soalnya tegas. Aku menggelengkan kepala. Mungkin dia ingat aku kena buli kut.

"Tell me!" Suara dia dah tegang.

"Kalau macam ni. Kita keluar dari rumah ni. Apa nak jadi pun jadi la" Daniel dah salah faham. Aku menahanya dan memeluknya erat.

"Mama anggap saya macam anak dia sendiri. Saya gembira sangat" aku terus menangis tapi aku dapat dengar yang Daniel mengeluh. Tapi, dia ambil berat jugak pasal aku kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience