Chapter 6

Action Series 3558

Killian dan Rosa menjadi buntu apabila mereka dikepung oleh sekumpulan Loch Nech.Rosa yang berada di sebelah ditarik Killian supaya berada di belakangnya.Semakin Loch Nech itu mendekati,semakin mereka berundur ke belakang.

"Bila aku cakap lari,kau lari" Killian berbisik memberi arahan kepada Rosa.

"T-tak nak.Saya takut"

"It's okay,aku cuba halang diorang" Killian masih cuba memujuk Rosa untuk bertenang.

"O-okay"

"You have a knife right?" Rosa mengangguk mengiyakan.

"Good.Aku nak kau guna pisau tu untuk pertahankan diri kau" Killian berkata sambil mengeluarkan pedangnya sebagai senjata.

Killian cuba mencari waktu yang tepat untuk memberi arahan kepada Rosa supaya lari menyelamatkan diri.Tidak lama kemudian seekor daripada Loch Nech tersebut datang menghampiri dan menyebabkan Killian menjerit meminta Rosa untuk lari.HUHU RUN FOR YOUR LIFE!!!

Rosa berlari menuju ke arah belakang.Terkejut dengan suara jeritan Killian,Loch Nech tersebut mula ingin mengejar Rosa.Killian dengan pantas cuba menghalang mereka daripada mengejar Rosa.

Dia menghunus pedang ke arah leher menyebabkan ia tumbang dengan sekali serangan.Kemudian dia berpusing dan menikam perut Loch Nech yang lain.

Killian berlari ke arah kudanya dan mengambil busur dan anak panah yang disangkut tepi kuda.Dia cekap memanah mereka tepat ke arah kepala.Tiba-tiba dia terdengar suara jeritan Rosa meminta tolong.

Killian merengus sebelum melepas anak panah ke arah Loch Nech tersebut sebelum bergegas menunggang kudanya menuju ke arah Rosa.Dia sempat mengambil pedangnya yang tinggalkan ketika menikam Loch Nech.

Sedang Rosa lari untuk menyelamatkan diri, tiba-tiba seekor Loch Nech terlepas dari Killian dan mengajarnya.Killian yang sedang bertarung nyawa tidak perasan akan Loch Nech yang lain.

Rosa cuba berlari sedaya upaya yang boleh.Dia memegang elok pisau untuk memburu binatang kecil itu.Secara tidak sengaja,Rosa jatuh tersadung kerana tersepak batu.

Haduh...waktu macam ni lah aku nak jatuh bagai.

Rosa sudah berasa takut apabila Loch Nech yang mengejarnya itu sudah berada di hadapannya.Rosa mengesot ke belakang apabila Loch Nech itu menghampirinya.Pisau yang dipegang dihunus-hunus ke udara untuk menakutkannya.

"Huarghh awak tolong!!!!" Dia menjerit dengan begitu kuat berharap Killian akan datang menyelamatkannya.

Pergerakan Rosa terhenti apabila dibelakangnya terdapat sebatang pokok.Pada saat ini dia hanya mampu memejam mata dan hanya menunggu masa sahaja untuk dilahap.Tiba-tiba dia terdengar bunyi anak panah.

Rosa membuka mata dan mendapati Loch Nech di hadapannya sudah tumbang dipanah oleh Killian.Killian datang menghampiri dengan menaiki kuda dan menghulurkan tangan supaya menaiki bersama untuk melarikan diri.

Rosa duduk di depan dengan posisi kepala menghadap belakang.Dapat dilihat hanya 5 ekor sahaja lagi Loch Nech mengejar mereka.Sebelah tangan Killian memeluk erat pinggang Rosa dari terjatuh.

Mereka meneruskan larian untuk menyelamatkan diri.Lima ekor Loch Nech itu masih berusaha ingin memintas kelajuan kuda.Dua ekor Loch Nech sudah berada di kedua-dua belah kiri dan kanan mereka.

"Kau pandai memanah?!" Killian bertanya kepada Rosa.

"Tak!" Rosa menggeleng.

"Aku nak kau ambil busur ni dan panah Loch Nech tu!" Dia berkata atau lebih tepat memberi arahan.

"Huh?Awak saya tak pandai lah!"

"You need to!Kau nak kita mati dekat sini ka?!"

Rosa sudah mati kata.Tidak,dia tidak mahu mati dibaham.Tetapi dia tidak pandai memanah.Huhu.Hanya dua anak panah sahaja lagi yang tinggal.Dia mesti menggunakan dengan penuh hemah.

Rosa mengambil satu anak panah dan meletakkannya dia atas busur.Dia menarik anak panah tersebut dan menghala ke arah sasaran.Sebelah mata dipejam dan dia menarik nafas.Apabila yakin dengan sasarannya,dia menghela nafas serentak anak panahnya dilepaskan.

Rosa menjerit keriangan apabila anak panahnya tepat terkena sasaran.Dia juga cuba memanah Loch Nech di sebelah kanan pula.Kali ini nasibnya tidak begitu baik apabila sasarannya tidak kena.Loch Nech itu menghampiri dan menerkam kuda mereka.

Killian mahupun Rosa jatuh ketanah.Mereka cuba bangun walaupun sakit.Mereka berlari sehingga tiba di hujung cenuram di mana terdapat sebuah tasik di bawahnya.Mereka berhenti dan menoleh ke arah empat ekor Loch Nech tersebut.Seketika kemudian, pandangan Killian dan Rosa bertemu.

"Kita kena terjun" Killian berkata dengan dengan tenang sambil memandang Rosa.

"Wait what!" Rosa memandag Killian dengan riak terkejut.

Gila ka apa mamat ni!

"Your choice.Kau nak mati kena baham or terjun."  Selamba dia berkata.

"T-tapi saya tak pandai berenang"

"Don't worry aku ada" Killian merenung Rosa dengan pandangan yang dia ada untuk selamatkan gadis tersebut.

Rosa mengangguk setuju.Tangan mereka bertaut sebelum Killian mengira untuk mereka terjun.Di kiraan tiga sekumpulan Loch Nech tersebut datang ingin membaham mereka,tetapi tidak sempat memandangkan mereka sudah terjun.

Tubuh Rosa dipeluk erat oleh Killian sebelum mereka tenggelam dalam air.Killian dengan cepat berenang ke permukaan membawa Rosa yang tidak sedarkan diri.Killian tidak menunggu lama dan segera memberi bantuan pernafasan buat Rosa.

Selepas beberapa minit,Rosa batuk mengeluarkan air.Dia terjaga sebelum pengsan semula.Situasi tadi membuatkan dia terkejut.

Killian menepuk dahinya sebelum mengeluh lemah.Sudah lah dia kepenatan.Nak kena angkat gadis ini pula.Kalau ringan senang.Ini berat mengalah lembu.Nasib badan la.

Killian mencari tempat untuk berteduh memandangkan sebentar lagi malam akan menjelma.Hendak mencari jalan pulang memang mustahil jikalau hari sudah malam.Jadi dia mengambil keputusan untuk mencari jalan pada hari esok.

Rosa di dalam dukungan Killian tampak begitu nyenyak.Killian tersenyum buat seketika sebelum dia terjumpa sebuah gua yang kecil.Muat-muat untuk mereka berdua berteduh.

Killian meletakkan Rosa di atas tanah.Dia membuka bajunya untuk dijadikan sebagai pelapik untuk Rosa.Dia mengangkat Rosa untuk baring dia atas bajunya.Dia meninggalkan Rosa untuk mencari kayu api untuk di jadikan unggun.

Killian membawa pedang yang masih bersamanya.Selepas 20 minit dia kembali dengan membawa balik kayu api di kedua-dua belah tangannya.Kayu api itu di dirikan menjadi bentuk bulatan.Dengan menggunakan dua biji batu,Killian dapat menghasilkan api berkat tunjuk ajar Ayahandanya ketika mereka berada di hutan sebelum ini.

Killian kembali bangun untuk mencari sumber makanan.Mereka perlu makan sesuatu untuk terus hidup.Hari semakin gelap membuatkan dia bergegas.Sungai merupakan tempat yang dituju memandang sungai berada berdekatan mereka sahaja.

Killian menangkap beberapa ekor ikan dengan menggunakan pedangnya.Apabila berasa sudah mencukupi,dia segera pulang kerana risau akan keadaan Rosalie.Dia menyucuk ikan pada lidi yang dihasilkan olehnya.Kemudian dia membakar ikan tersebut di atas unggun.

Kelihatan Rosa menggeliat seperti ingin bangun.Dia tersenyum melihat muka gadis itu yang baru bangun.Finally,bangun jugak kau.Sedap-sedap ja kau tidur sedangkan aku susah payah cari itu ini.

Tetapi ekspresi muka Killian cepat berubah apabila melihat Rosa yang gelabah tidak tentu pasal.Ha sudah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hola..urmm saya nak cakap something ni

Saya minta maaf kalau storyline x sama dengan sinopsis.Sorry bru nk minta maaf..sbb dlm saya dh inform..just dekat sini ja belum.So saya nk minta maaf sangat² ye

Dh baca story ni buat x tau ja dengan sinopsis..buat macam dia x wujud...huhu
kalau ada masa saya ubah la ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience