Chapter 1

Action Series 3558

Derapan kaki yang kian melaju dipercepatkan tatkala seekor Loch Nech,seekor musang raksasa kepercayaan rakyat Drofuidor mengejarnya untuk dijadikan santapan.Dia tiada pilihan lain selain mengeluarkan pisau yang disimpan disebalik baju itu untuk menewaskan raksasa tersebut.

Tatkala hampir melanggar sebatang pokok,Rosa berpaut pada batang pokok tersebut dan membuat pusingan.Dengan peluang yang ada,dia terus menikam belakang badan raksasa itu.Hanya dengan sekali cubaan, raksasa itu rebah dan mengeluarkan darah yang hanyir.

Dia tidak menunggu lama dan membuat keputusan untuk terus pulang dari meneruskan pencarian herba untuk makan malam.

"Rosa sudah balik?" Puan Emily menegur sebaik dia melangkah masuk.

"Ya mak cik"
"Urmm,Rosa minta maaf mak cik.Rosa hanya dapat cari cendawan dan arnab sahaja" jelas riak bersalah di wajahnya

"Eh tak apa lah.Itu pun sudah memadai untuk kita berdua Rosa" katanya sambil tersenyum

Puan Emily sangat pemurah dengan senyuman yang manis itu.

Sejak kecil lagi,dia dijaga oleh Puan Emily.Dia dijumpai di dalam hutan dengan hanya berselimutkan sehelai shawl.

Dia sangat bersyukur dipertemukan dengan orang sebaik Puan Emily ini.Dia dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Kasih Puan Emily kepadanya sangat tidak ternilai.

"Kamu pergilah mandi.Bau kamu pun sudah busuk dengan bau peluh" Kata Puan Emily dengan nada gurauan.

"Hehe.Baik mak cik"

"Lepas sudah mandi,kamu datang ke dapur ya.Kita makan sama-sama"

"Baik mak cik!" Laung Rosa setelah berada di dalam bilik air.

Setelah selain mandi,Rosa terus menuju ke dapur.Perutnya yang mengaum itu tidak henti-henti minta untuk diisi.

"Sabar la wahai perut.Aku tau engkau lapar.Kejap lagi kita melahap sama-sama" Rosa berkata sambil mengusap-usap perutnya itu.

Malam itu,meja makan itu dipenuhi dengan gelak ketawa Rosa dan Puan Emily.Rosa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan manusia sebaik Puan Emily.Dia pasti akan membalas jasa wanita tersebut.

Terima kasih untuk siapa yang support.Maaf kalau ada kekurangan.Saya pon tulis sebab suka² ja.Kalau ada kekurangan tu anda digalakkan tegur la saya.Anyway plis enjoy reading this book yg x seberapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience