Chapter 3

Action Series 3553

Badan kecil itu tidak dapat berdiam diri menantikan kepulangan Puan Emily.Selepas mendapat arahan daripada lelaki tersebut yang ingin berbincang dengan Puan Emily, dirinya dihantar pulang sebelum lelaki itu membawa Puan Emily pergi bersamanya menaiki kereta kuda yang dikawal oleh pengawal.

Sejak tadi lagi dia memikirkan apakah hal yang mereka bincangkan.Dia tidak akan tenteram selagi tidak mendapat jawapan.

Seketika kemudian, kedengaran tapak kaki kuda berjalan dengan laju menuju ke arah rumahnya.Dia tergopoh-gapah menuju ke arah pintu ingin menyambut kepulangan Puan Emily.Kelihatan Puan Emily menuruni kenderaan tersebut dibantu oleh seorang pengawal.

Puan Emily menuju ke arah Rosalie sebelum menoleh semula ke arah kereta kuda itu untuk mengucapkan selamat tinggal.Rosalie dapat melihat kelibat lelaki tersebut berada di dalam dan jejaka itu tidak kelihatan seperti tidak ingin mengucapkan selamat tinggal.

"Berlagaknya lelaki ni.Sudahlsh langgar aku, lepas itu tak pandai nak minta maaf ka apa ka.Ini pun dia tak mahu turun ucap selamat tinggal." Bisik hati kecil Rosalie

Sudahnya kereta tersebut laju meninggalkan perkarangan rumah Puan Emily.Rosalie masih berdiri disitu.Hatinya berdongkol geram mengingatkan sikap lelaki tersebut.

"Aku harap kau buasir selama sebulan.Heh!" Kata Rosalie menyumpah lelaki itu sebelum dia berlalu pergi untuk masuk kedalam rumah.

                  *************

Dalam perjalanan pulang,Killian tersenyum puas hati apabila teringatkan muka gadis itu berkerut menahan geram.Sengaja dia tidak turun kerana dia mahu melihat apakah reaksi gadis itu Senyuman itu tidak bertahan lama sebelum dia dikejutkan dengan panggilan kesatria lain apabila dia sampai dia hadapan Istana Kerajaan Drofuidor.

"Tuan Killian, Maharaja ingin berjumpa dengan tuan" Kesatria itu menyampaikan pesanan kepada dia.

Dia berjalan memasuki kedalam istana,semua orang menunduk menandakan dia juga adalah orang yang tinggi kedudukannya di dalam istana itu.Sesampai sahaja di hadapan pintu bilik kerja Maharaja,dia mengetuk sebelum dibenarkan masuk.

Sebaik menghadap Maharaja.Dia menyapa.

"Tuanku" Panggilnya

"Killian,adakah kamu sudah berjumpa dengannya?" Maharaja bertanya sambil menongkat kedua-dua belah tangannya di atas meja.

"Ya Tuanku.Tetapi dia masih memberikan jawapan yang sama seperti sebelum ini."

Maharaja tersebut mengeluh dengan panjang sebelum dia mengarah Killian untuk pergi

"Baiklah,kamu boleh beredar dari sini."

Killian menunduk tanda hormat sebelum dia berlalu pergi.Sepanjang dia berkhidmat di istana itu,tidak pernah sekalipun dia melihat Maharaja Drofuidor itu tersenyum.Arahan dari Maharaja tersebut membuatkan dia tertanya-tanya, siapakah Puan Emily sebenarnya.

Setelah keluar dari istana,dia menaiki kereta kuda yang masih berada di situ sebelum dia mengarah pemandu itu untuk membawanya pergi ke suatu tempat.

Kemungkinan nk tunggu saya update satu chapter macam tunggu bulan jatuh keriba:-) sbb apa sya mungkin saya jarang update ialah sbb saya malas..^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience