Chapter 5

Action Series 3553

Dia terpisat-pisat membuka mata apabila kedengaran unggun api marak menyala.Keadaannya yang masih mamai membuatkan dia tidak dapat mengenal pasti di manakah dia berada sekarang.Kelihatan Killian sedang membakar ikan di atas unggun api yang marak itu,baru dia tersedar dengan situasi sekarang.Mereka sekarang berada di dalam hutan!

Rosa tangkas bangun dan menyilang kedua-dua tangannya ke atas dada.Takut-takut dia memandang Killian dengan renungan yang tajam.Killian hanya tenang memandang Rosa.

Dia seperti tahu apa yang bermain di dalam minda gadis itu.Jangan dia tuduh aku rogol dia sudah.Huhh...dia melepas keluhan berat.Dia perlu jelaskan sesuatu sebelum dirinya dituduh.

"A-awak.Apa yang awak buat dekat saya huh!" Tidak sempat Killian ingin menjelaskan sesuatu,Rosa dengan kasarnya terus bertanya.

"Kau boleh tak bagi aku explain dulu?" Killian dengan malasnya bertanya sambil mata tertutup kerana kegeraman.

Rosa kembali tenang apabila Killian memujuknya supaya bertenang dan dengar apa yang ingin dijelaskan olehnya.

*********************************

Killian menunggang kuda menuju ke rumah Puan Emily.Entah mengapa dia mahu ke sana.Dia mengambil keputusan tersebut kerana kebosanan berada di istana keluarganya.Haih..memang tiada gaya sebagai Putera Mahkota betul Killian Atlas ini.

Sesampai sahaja dia di sana, kelihatan Puan Emily menyiram tumbuhan-tumbuhan yang ditanamnya.Bunyi derapan kaki menyedarkan Puan Emily yang khusyuk itu.

"Apa yang kamu mahu?" Puan Emily bertanya sambil tangan masih menyiram tumbuhannya.

Killian mengusap belakang tekuknya.Urmm..tidak malukah dia jika bertanya di manakah anak dara Puan Emily itu.Sejak bila pula Killian Atlas seorang yang pemalu orangnya.

Puan Emily melihat tindak tanduknya yang kekok itu.Dahinya berkerut memikirkan apa yang pemuda itu mahu.Sudah kenapa dengan kesatria kacak itu,tergaru sana tergaru sini.

"Urmm dimana Rosalie Puan?" Akhirnya terluah juga keinginannya untuk menanyakan keberadaan Rosalie.

"Oh,dia pergi meredah hutan.Katanya ingin memburu.Mengapa kamu cari dia?"

"Tak ada apa-apa Puan.Saya saja bertanya memandangkan rumah ini sunyi tidak seperti selalu,bising dengan suara dia yang kuat mengomel" Dia memandang rumah Puan Emily dengan senyuman tipis.

Tidak menunggu apa-apa soalan,Killian meminta diri ingin berlalu pergi.Dia tidak terus pulang,malah dia dia membelok menuju ke arah hutan yang tebal itu.

Dia memperlahankan langkah kudanya apa bila dia sudah menjumpai seseorang yang dia tercari-cari.Rosalie kelihatan cuba menangkap seekor arnab.Rosalie cuba menangkap arnab tersebut dengan meletakkan makanan sebagai umpan sebelum dia melompat kearah arnab itu.Tetapi cubaannya itu terus gagal.

Rosalie tidak berputus asa.Malah dia mencuba lagi,kali ini dia betul-betul akan menangkap arnab tersebut.Belum dia keluar,tiba-tiba seseorang keluar mengejutkan haiwan tersebut sebelum dia laju melompat pergi menyelamatkan diri.

Rosalie jelas tergamam dengan perbuatan lelaki tersebut.Dia tidak dapat menahan geram,dia terus keluar dari tempat persembunyian dan menampar belakang badan Killian.

Pap!

"Aduh.Tangan kau ni tangan besi ka apa huh?" Killian mengaduh kesakitan sambil tangan terkial-kial mengusap belakang badannya.

"Padan muka,siapa suruh awak buat macam itu!" Rosa memandang geram.

"Apa pula aku.Kau tu yang lambat.Hendak tangkap arnab pon lambat" Killian berkata dengan sinis.

Eeee jantan ni.Berani dia pandang aku sebelah mata.

Rosa berlalu pergi tanpa menghiraukan Killian di belakangnya.Dia masih geram dengan lelaki itu.Muka ja elok tapi perangai macam apa lagi.Tidak dapat menahan geram mendengar bebelan Killian,Rosa berpusing menghadapnya dengan menghunus sebilah pisau ke arah tekak lelaki tersebut.

Killian membulatkan mata,jelas terkedu dengan perbuatan perempuan tersebut.Fuh..ini kalau tak sempat berhenti,mesti sudah jadi mayat gamaknya.

Killian tesenyum senget sebelum tangannya pantas memegang tangan Rosa dan memusingkan tubuh itu.Tangan Rosa sekarang berada di belakang.Tangan kanan Killian memegang tangan Rosa manakala tangan kirinya berada dia leher Rosa membuatkan posisi mereka sangat rapat.

Belakang badan Rosa bersentuhan dengan dada tegap Killian.Jika di salah tafsir, mereka dikatan sedang berpelukan.Deruan nafas Killian dia leher Rosa membuat mata gadis itu terpejam.Nafasnya seakan sesak.

Tiba-tiba suara Killian berbisik rapat ditelinganya.

"Kau nak bunuh aku ka huh"

Suara itu tersangat rapat dan deruan lelaki itu membuatkan dia tidak keruan.Mak cik,Rosa nak mak cik.Ada lelaki nk goda Rosa mak cik!

Mata Rosalie terbuka apabila terasa badannya dilepaskan.Huh..selamat.Dia mengurut dadanya apabila dirinya dilepaskan.

"Jangan berani cuba nak bunuh aku Rosa" Dia berkata dengan tenang.

"Awak yang buat saya rasa nak bunuh awak!Siapa suruh awak buatkan arnab yang saya hendak tangkap lari huh!" Ini tidak adil.Dia sudahlah buat arnab aku terlepas.Lepastu dia ambil kesempatan nak goda aku.

Eh...macam itu goda ka?Siapa suruh aku hunus pisau tu dekat dia.Dia meraup muka dengan kasar.

Dia buntu.Dia rasa emosi apabila seekor haiwan pon dia tidak dapat tangkap.Sedangkan hari semakin gelap.

Killian yang melihat berasa bersalah.Dia hanya berniat ingin bergurau.Tetapi tidak dia sangka yang emosi perempuan itu akan jadi sebegini.Haih.

"Jom aku tolong kau buru"

Dengar sahaja ayat tersebut,Rosa sudah lompat seperti katak kerana orang yang beku seperti kesatria itu besar hati ingin membantunya.

Tidak sampai berapa minit,Killian memberi arahan suapaya berhenti.Apabila Rosa ingin bercakap,laju sahaja dia menutup mulht perempuan itu.

Dia seakan-akan berjaga.Tetapi dari siapa.Rosa mengerut dahi apabila terdengar sesuatu dari sebalik semak samun.Tidak sempat dia ingin memeriksa,tiba-tiba tangannya ditarik oleh Killian.

"Don't go anywhere without me" Keras amarannya terhadap aku.Matanya seakan ingin memberitahu sesuatu yang bahaya akan berlaku.

Sedang kami ralit bertatapan,dengan lajunya seekor Loch Nech datang kearah kami.Killian memeluk Rosa sebelum jatuh kerana mengelak dari terkena serangan Loch Nech tersebut.Kepala Killian berdarah apabila terhantuk di atas batu.Darah mula keluar dengan laju.

Mereka berdua bangun dan terkejut apabila mendapati sekumpulan Loch Nech sudah mengepung mereka untuk dilahap.Rosa di sebelah Killian sudah ketakutan.Dia berharap sekarang dia berada di rumah menemani Puan Emily dan menyediakan makanan.Huarghhhh!Mak cik!!!


~~~~~~~~~~~~

Maaf lambat update.Saya x ada idea???
lagi satu masa Killian gi cari Rosa tu flashback tau..mcm mna diorang leh ada kat dlm hutan..aku bukan apa..aku takut korang confuse la

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience