Chapter 7

Action Series 3558

Selepas dirinya dituduh cuba merogol perempuan itu,Killian dengan tenang cuba menjelaskan segala peristiwa yang telah berlaku.Dia memandang tepat ke arah Rosa yang sangat berselera menghabiskan 3 ekor ikan yang telah dibakar olehnya itu.Wanita itu dengan rasa tidak bersalah menghabiskan semua ikannya.Killian lebih selesa mendiamkan diri.

Seakan baru sedar dengan situasi sekarang,Rosa meminta maaf kerana telah menghabiskan ikan lelaki itu.

"S-sorry.Mesti awak lapar sebab saya sudah habiskan ikan awak" Dengan riak wajah yang bersalah,Rosa meminta maaf.

"It's okay,aku tak lapar"

Keadaan kembali sunyi apabila kedua-dua mereka lebih selesa mendiamkan diri.Killian bersandar pada dinding gua sambil memerhati keadaan di luar.Rosa duduk di atas baju milik Killian yang dijadikan sebagai pelapik berhadapan dengan unggun api.

Dengan keadaan seperti ini,Rosa cuba mencuri lihat raut dan tubuh badan Killian.Dari rambut yang basah terurai jatuh ke dahi,kening yang lebat terbentuk sempurna,bebola mata berwarna biru laut dapat memikat mana-mana hati wanita di luar sana,bibir yang sentiasa lembab menarik perhatian,rahang tajam dapat menghiris mana-mana jari yang menyentuhnya.

Rosa meneguk liur,dada bidang lelaki itu berombak halus.Otot abdomen yang kekar menandakan Killian selalu berlatih.Rosa segera berpaling apabila terasa pipinya mula berbahang kerana ralit memerhati lelaki itu.

Rosa berdehem sebelum bertanya kepada Killian.

"Apa yang awak buat dalam hutan petang tadi?"

Killian berpaling melihat seraut wajah Rosa sebelum menunduk.

"Saja.Nak ambik udara segar.And then aku ternampak kau.Tiba-tiba rasa nak ganggu kau.Tak tau pulak keadaan nak jadi macam ini.Kalau aku tau dari awal,memang aku tak ganggu kau.Tak sanggup aku nk duduk berdua dengan kau macam ni"

Rosa memandang jengkel ke arah Killian.Eleh dia ingat aku nak sangat duduk dengan dia.Aku lagi sanggup duduk sorang.

"Eleh,awak ingat saya nak sangat ke ha duduk dengan awak.Saya lagi sanggup duduk dengan Loch Nech berbanding awak"

Killian mengangkat wajah dan menjegil matanya ke arah Rosa.

"Kau ni memang suka cakap main lepas eh.Tak sayang mulut betul.Kita dekat dalam hutan ni, mulut tu jaga sikit.Apa,nak sangat ka kena kejar dengar Loch Nech lagi.Aku sudah tak larat nak tolong kau.Pandai-pandai la kau selamatkan diri"

Sedar akan kekhilafan dirinya,Rosa dengan pantas menutup mulut dengan kedua-dua belah tangan.Killian menggeleng kepala sebelum kembali melihat ke arah luar.Tangan Rosa perlahan-lahan jatuh dari mulutnya.

Keadaan kembali menjadi hening.Wajah Killian kembali menjadi santapan Rosa.Apa yang menarik perhatiannya ialah,luka dan calar pada wajah itu yang langsung tidak menjejaskan kekacakannya.Rosa turut bersimpati terhadap Killian,kerananya lelaki itu turut terluka.

"Awak" Rosa memanggil Killian.

"Hmmm" Killian menyahut.

"Dahi awak,tak sakit ka?" Muka Rosa berkerut apabila teringat Killian mendapat luka itu kerana bergelut dengan Loch Nech.

Kepala Killian mesti benjol sebab terhantuk batu kan.Nasib baik tak biul.Kalau tidak naya aja.Handsome tapi biul.Sempat lagi dia mengutuk.

Tangan Killian secara automatik terangkat dan memegang tempat luka itu apabila ditegur oleh Rosalie.Dia berdecit kesakitan.Walaupun luka itu tidak teruk,ia tetap sakit apabila disentuh.

Rosalie bersimpati.Dia bangun dan duduk bersebelahan dengan Killian.Lelaki itu memandang kehairanan ke arah Rosalie.Dia memandang Killian di sebelah dengan muka penuh simpati.Tangannya cuba menyentuh dahi Killian,tetapi lelaki itu cepat menepis.

"It's okay,bukannya sakit sampai nak mati pun" Dia berkta sambil memandang ke hadapan.

'PAK!'

"Aduh!Apa kau ni.Ganas betul la,tak macam perempuan langsung.Kenapa pukul aku!" Killian mengaduh sakit sambil mengusap lengannya.

"Siapa suruh cakap macam tu!Nak sangat ka mati.Kena tampar sikit pun dah mengaduh sakit,ini kata nak mati heh" Rosalie memandang tajam ke arah Killian.

"Mari saya tengok luka awak.Bila orang nak tengok tu bagi aja la.Bukan saya nak buat apa pun" Rosalie menyelak rambut Killian sambil membebel.

Dia meniup luka di dahi Killian.Rosalie masih tidak sedar jarak yang sangat dekat di antara dia dan Killian.Tiba-tiba tiupan Rosalie terhenti.Dia berundur perlahan menyebabkan Killian turut berpaling ke arah Rosalie.

Kedua-dua mereka terkejut.Dengan posisi muka yang begitu dekat sehingga dapat merasakan hembusan nafas masing-masing.Mereka seakan ralit melihat keindahan wajah antara satu sama lain.

Dari mata,Killian melihat bibir Rosa.Seperti dirasuk,Killian semakin mendekat.Bibir Killian hampir menyentuh bibir Rosa.Tidak tahu apa yang perlu dibuat, Rosa hanya menutup matanya.Selepas beberapa saat berlalu tanpa berlaku apa-apa,mata Rosa terbuka apabila Killian bersuara.

"P-pergi tidur.Esok kita kena gerak"

"B-baik.S-selamat malam awak" Rosa bergegas bangun menuju ke arah tempat duduknya kembali.

Selepas memastikan Rosalie sudah pergi,Killian menutup mulut dengan tangan.Mukanya berbahang menahan malu.

Apa yang aku nak buat tadi hah!Erghhh kenapa la aku tak boleh kawal diri.Nasib baik sempat sedar,kalau tidak haih.

Killian keluar ingin menyedarkan diri dengan mencuci muka.Kemudian dia segera masuk.Dia tersenyum apabila melihat Rosalie sudah nyenyak dibuai mimpi.

"Goodnight Cutiepie Rosy.Sweet dream.Dream about me" Killian tersengih sendirian

       . .·:*¨? ?¨*:·..·:*¨? ?¨*:·.

Keesokannya,mereka mulakan perjalanan mencari jalan keluar.Mereka mencari jalan keluar dengan berhati-hati.Takut jikalau diserang Loch Nech atau binatang buas yang lain.Killian melindungi Rosalie dengan berbekalkan pedang yang masih ada.

Ada kalanya mereka berhenti dia tepi sungai untuk berehat.Walaupun berada di dalam hutan,ada sahaja topik untuk mereka berdua bergaduh.

"Semua ini salah awak.Kalau awak tak ganggu saya,semua ni tak akan terjadi heh"

"Aik,kenapa aku pulak yang kena" Killian menggeleng kepala.Penat hendak bergaduh.

"Ya la.Kalau awak tak ganggu saya,mungkin kita tak akan ada di sini.Sebab awak ganggu saya nak tangkap arnab la kita dekat sini sekarang" Rosalie memandang Killian tajam

"Iya aku salah.Sorry" Killian mengalah

"Sudah.Jom gerak.Nanti lambat"

Selepas 2 jam berjalan,mereka ternampak beberapa buah rumah.Rumah itu berada di tepi jalan.Mereka menuju ke arah tersebut.Akhirnya mereka berjaya keluar dari hutan yang dipenuhi oleh Loch Nech dan bintang buas.

Akibat rasa kepenatan, mereka memutuskan untuk menggunakan horse carriage sebagai pengangkutan.Killian menghantar Rosalie sebelum dia berangkat pulang ke istananya.

'PAK!'

Pintu yang ditolak kuat menghasilkan bunyi menyebabkan Puan Emily yang kekusutan terkejut.

"Mak cik!!!HUARGHHH!!Rosa rindu mak cik!!!!!" Rosalie menjerit kuat lalu lari memeluk tubuh itu

Puan Emily yang masih tidak dapat mencerna bertanya.

"I-ini Rosa ka!?" Dalam dakapannya,Puan Emily dapat rasa Rosa mengangguk.

"Kamu kemana Rosa.Puas mak cik mencari kamu" Puan Emily menangis memeluk Rosa erat.

Dia tidak mahu kehilangan anak itu.Rosalie bagaikan nyawanya.Kehilangan Rosalie umpama nyawanya turut diambil.Hidupnya tidak akan sempurna lagi tanpa Rosalie.Dia lebih rela nyawanya diambil daripada mencederakan tubuh gadis itu.

Rosalie turut menangis dalam dakapan.Mereka bagaikan melepas rindu.Sehingga Puan Emily mengarahkan Rosalie supaya membersihkan diri dan berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience