Chapter 4

Action Series 3553

"Raja ingin berjumpa dengan Puan" Ujarnya sebaik mereka melabuhkan punggung di atas kerusi.

Mereka sekarang berada di sebuah kedai yang agak terpencil daripada pekan yang ramai orang.Dia memilih tempat itu supaya hajatnya menjemput Puan Emily tidak didengari orang ramai.

"Maaf,saya tidak mahu berjumpa dengan tuanku" Wajah Puan Emily menunduk bagai perlawaan tersebut tidak langsung menarik minatnya.

Sudah beberapa kali lelaki ini berjumpa dengannya untuk mengajaknya menghadap Maharaja Drofuidor itu.Dan beberapa kali jugak dia menolak tetapi lelaki itu langsung tidak berputus asa.

"Sampai bila Puan nak menolak permintaan Tuanku?"

"Setiap kali saya datang,setiap kali itu jugak Puan akan menolak" Killian mengeluh sambil mengurut pelipisnya.

Dia sudah tidak betah mahu berjumpa dengan Puan Emily lagi.Apakan daya,dia hanya menurut perintah, walaupun dia tahu apakah jawapan yang dia akan dapat jikalau berjumpa dengan wanita separuh abad ini.

"Selagi saya tiada kesalahan,selagi itu saya tidak akan berjumpa dengan tuanku" Mendatar sahaja suara Puan Emily membalas.

Dia sudah tidak mahu ada kaitan dengan pihak istana lagi.Dia sudah mempunyai keluarga dan seorang anak untuk dijaga.Setelah apa yang berlaku,dia tekad untuk tidak menjejakkan kaki ke istana itu.

Haihh.Killian mengeluh.Nampaknya dia akan balik ke istana dengan jawapan yang sama seperti sebelum ini.

"Mak cik!" Rosa menerjah mengejutkan Puan Emily dari arah belakang.

Dengar sahaja jeritan tersebut,segala ingatan tentang perbincangan mereka pada petang tadi terus lenyap.

"Rosa!Terkejut mak cik" Puan Emily mengecil mata memandang Rosalie sambil memegang dadanya akibat terkejut.

"Hahahaha!Maaf Rosa minta maaf" Rosalie meminta maaf dalam keadaan dia menekan perutnya dengan tangan akibat penat mentertawakan Puan Emily.

Tawanya terhenti apabila terpandang akan mata Puan Emily yang menyipi memandangnya.Rosalie membetulkan kedudukannya sebelum bertanya kepada Puan Emily.

"Ehem,so perkara apa yang mak cik bincangkan dengan lelaki yang kita jumpa petang tadi" Badannya membongkok sedikit kehadapan dan tangan yang tadi berada di bawah meja diangkat lalu diletakkan di atas.

Dia begitu teruja ingin tahu perkara apakah yang dua makhluk itu bincangkan.Badan Puan Emily juga turut terdorong ke depan seperti ingin membisikkan sesuatu kepadanya.

Puan Emily memberi isyarat supaya Rosalie datang lebih dekat kepadanya.Rosalie yang begitu tidak sabar ingin mendengar apa yang ingin disampaikan datang merapat.

'Adoi'

Rosalie memegang pipinya yang merah akibat dicubit.Puan Emily tertawa lalu terus meninggalkannya di situ tanpa apa-apa jawapan.

Rosa merengus sebelum menjerit memberitahu Puan Emily yang dia ingin keluar mencari sesuatu untuk diburu.Daripada membeli daging dari mana-mana kedai yang berdekatan,lebih baik dia memburu.Jimat wang, kemahiran memburunya juga akan meningkat.

*************

Sebaik sahaja kereta kudanya berhenti,dia terus turun dengan penuh gayanya.Killian Atlas,merupakan Putera Mahkota Empayar Broston anak lelaki kepada Magnus Aulius,Maharaja yang disegani dan digeruni kerana sikapnya prihatin dan hebat dalam memerintah sebuah negara.

Dia kini berada di hadapan pintu istana milik keluarganya.Sebaik sahaja masuk,pembantu rumah menunduk mengalu-alukan kepulangannya ke istana itu.Dia berjalan menuju ke arah biliknya untuk berehat.

Menjadi anak kepada pemerintah negara sungguh tidak mudah,dia mempunyai ramai musuh dari empayar dan kerajaan lain yang menginginkan pangkat dan takhta yang dia ada sekarang.Disebabkan itu juga dia belajar menggunakan pedang dan keluar untuk memerhati siapa yang menjadi musuh dia.

Dia menjadi kesatria dari sebuah kerajaan ke kerajaan yang lain,kerajaan Drofuidor merupakan kerajaan yang kedua dia menjadi kesatria.Kerjaan pertama yang dia siasat ialah kerajaan Khadepolia.Setelah kerajaan tersebut memberikan situasi yang positif dimana dia tiada musuh dari kerajaan tersebut,Killian berlalu dan pergi kepada kerajaan Drofuidor.

Sejak 3 bulan lalu dia menjadi kesatria di kerajaan tersebut,tiada apa yang mencurigakan.Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya apabila Raja kerajaan tersebut memberikan arahan supaya mencari Puan Emily seminggu setelah dia bertugas.

Dia juga bahkan dinaikkan pangkat menjadi Knight Companion.Dia sepatutnya meneruskan siasatan di kerajaan lain padan bulan hadapan,tetapi situasi yang dia berada sekarang lebih menarik minatnya.Dia sudah nekad yang dia akan angkat kaki jikalau kes ini sudah selesai.

~~~~~~~~~~~~~

Haih..kekeringan idea}:?)
Chapter ni pun jenuh nk memikir..apasal aku boleh terfikir nk buat cerita genre ni? ?? ?

Apa² pun..thanks spa yg support
I luv u so much ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience