Chapter 2

Action Series 3553

Bunyi yang bising mengganggu lenanya yang nyenyak.Dia mengambil keputusan untuk memeriksa dari mana datangnya bunyi itu.Setibanya dia di dapur,kelihatan Puan Emily sedang kegusaran mencari sesuatu.

"Apa yang mak cik sedang cari?" Tanya Rosa dengan penuh prihatin.

"Kita sudah kehabisan beras Rosa" Puan Emily berkata dengan penuh kebimbangan.

"Apa yang kita akan makan untuk malam nanti?" Rosa bertanya dengan penuh kerisauan.Terdapat nada kecewa dalam kata-katanya.

Dia tidak dapat membayangkan jika terpaksa mengikat perut untuk beberapa hari.Oh tidak,dia tidak akan membiarkan perkara itu terjadi.Jika dia perlu meredah huran ataupun menghadap Loch Ness untuk mendapatkan beras,dia sanggup.Demi makanan dia sanggup menempuhi segala rintangan.Huhu

"Biar Rosa pergi ke hutan untuk mencari beras mak cik" Dia sudah bersiap sedia untuk mencari seguni beras.

"Eh Rosa,tidak mengapalah.Mari kita pergi ke pekan sahaja untuk beli beras.Tidak payahlah kamu bersusah-susah payah meredah hutan.Duit mak cik hasil dari membasuh baju dan kerja lain masih banyak lagi" Puan Emily berkata dengan panjangnya.

Lagipun dia kasihankan Rosalie yang tidak pernah melihat dunia luar kerana ditegahnya supaya tidak sesekali menjejakkan kaki ke pekan Drofuidor.Dia tidak mahu kehilangan Rosalie yang dia sudah anggap sebagai anaknya sendiri.Rosalie masih muda untuk mengetahui bertapa kejamnya dunia luar.Sebaik mungkin dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan melarang Rosalie dari pergi ke sana.

"Betul ka ni mak cik!" Rosalie begitu teruja apabila Puan Emily mengajaknya pergi ke pekan.Selama ini dengan kerasnya Puan Emily melarang dirinya dari pergi ke sana.Dia tidak bertanya mengapa,sebaliknya dia hanya diam dan berfikir bahawa kemungkinan Puan Emily risau akan dirinya.

"Ya,betul mak cik ajak kamu.Kamu pergi bersiap,mak cik tunggu kamu" Puan Emily tersenyum kecil.Terhibur dengan telatah anak di depannya itu.Senyuman manis yang dia akan pastikan sentiasa terhias di wajah anak gadis itu.

"Baik,mak cik tu tunggu sekejap ya."
Puan Emily hanya tersenyum dan mengangguk kecil.

         ***********************

Setelah 30 minit perjalanan, akhirnya Rosalie dan Puan Emily tiba ke destinasi iaitu Tult Valley,sebuah pasar yang terletak di kawasan selatan Kerajaan Drofuidor.

Rosalie tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang teruja itu.Anak gadis yang berumur 18 tahun itu kelihatan seperti budak yang baharu dpat melihat dunia.

Berbeza dari Rosalie,Puan Emily seperti berhati-hati dari semua orang.Pandangan dia dari Rosalie tidak pernah terlepas supaya anak itu akan terus berada dalam jagaannya.

Puan Emily meneruskan pencariannya untuk membeli seguni beras.Rosalie pula tidak henti-henti melihat sekelilingnya walaupun sudah ditegur oleh Puan Emily.

Tidak dapat menahan diri yang kebosanan menunggu Puan Emily yang sedang tawar menawar harga dari seorang penjual,Rosalie mengambil keputusan untuk berjalan-jalan.

Dia menikmati pemandangan tersebut yang baginya sangat baharu.Kehidupan di pekan itu dengan kehidupannya di dalam hutan sangat jauh berbeza.

Sambil berjalan dengan mata memandang sekeliling, tiba-tiba dia terlanggar seseorang bertubuh tegap.

Aduh..Aku terlanggar tiang ka.Kenapa keras lain macam.

Dia mengaduh kesakitan apabila dia sudah jatuh rebah terlanggar objek tersebut.

Sekbaik sahaja dia berpusing ingin memarahi makhluk tersebut.Rosalie terpana untuk seketika apabila terpandang wajah makhluk di hadapannya.

Sunghuh indah sekali,kening yang lebat,hidung mancung terletak elok, bibir yang lembab dan yang paling menarik perhatiannya ialah mata sang jejaka yang berwarna biru.Rosalie terleka melirik segenap wajah lelaki itu sebelum dia menegur.

"Dah habis tengok muka aku" Kata lelaki itu dengan nada dingin.

"Kau buta ka apa tak nampak aku yang besar ni sampai boleh langgar"

Cis..dah kenapa nak marah-marah aku.Siapa suruh dia duduk tengah alam untuk orang lalu lalang.

"Hei,awak tu yang kenapa.Siapa suruh duduk tengah-tengah jalan ni" Kataku dengan nada yang tidak kurang dinginnya.

Heh ingat aku nk berbudi bahasa dengan orang macam ni.

Belum sempat dia membalas,jeritan Puan Emily kedengaran memanggil namaku yang sedap itu.

"Rosa! Rosa pergi mana,puas mak cik cari tau!" Kelihatan muka Puan Emily yang penuh dengan kerisauan.

Puan Emily masih tidak sedar akan kewujudan lelaki yang tiada adab denganku sebentar tadi.

Terasa seperti diperhatikan,Puan Emily memandang ke hadapan.Wajah Puan Emily jelas terkedu dengan kehadirannya.

Tidak lama kemudian,Puan Emily dengar tergesa-gesa mengajaknya untuk pulang.Aku masih tidak faham dengan situasi ini hanya membiarkan tanganku di tarik oleh Puan Emily.

Dengan hanya beberapa langkah, tiba-tiba lelaki tersebut besuara dengan lantang,cukup membuat aku tertanya-tanya.

"Puan Emily!We need to talk!"

Aku melihat wajah Puan Emily yang pucat itu sebaik langkah kami terhenti.

chapter ni panjang sikit sbb saya dh tulis dkt komputer dan wattpad..kat sini just copy and paste ja:^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience