Bab 16

Other Completed 232989

Mail dan Saidin terbongkok-bongkok di sebalik dinding papan. Langkah kaki mereka sedikit berhati-hati. Mereka mengelak dari menghasilkan sebarang bunyi yang mungkin kedengaran ketika mereka berjalan. Beberapa kali Mail menunjukkan isyarat satu jari telunjuk kepada Saidin. Saidin hanya membontot punggung Mail yang terlebih dahulu di hadapannya.

Mereka berjalan sambil terhendap-hendap memerhati suasana di sekeliling. Dalam kegelapan malam, mereka menyelinap di antara pokok-pokok renek yang tumbuh di sekitar rumah papan. Langkah mereka terhenti apabila menghampiri dinding papan sebuah rumah. Mereka terhendap-hendap. Saidin sempat melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 malam.

Mail bergerak mendahului Saidin. Mail merapati dinding papan rumah tersebut. Terdapat sedikit cahaya yang menerobos antara papan dinding. Mail melekapkan matanya di celah-celah rekahan dinding itu. Dia memberi tumpuan terhadap celahan dinding. Saidin menjengket di sebelah Mail. Dia juga ingin melihat apa yang diintai oleh Mail.

Saidin mula mengambil tempat daripada Mail. Dia memejam mata kirinya kerana dengan berbuat demikian mata kanan akan bertambah fokus. Pandangannya tertumpu ke dalam rumah itu. Rumah milik Amran dan isterinya Wati. Pasangan itu berusia dalam lingkungan lewat dua puluhan. Saidin mengenali Wati, mereka pernah sama-sama bekerja di sebuah pasar raya di bandar Tanah Merah. Saidin masih mengingati bentuk buah dada Wati yang sangat besar. Walaupun Wati memakai hijab atau baju kurung, bentuk buah dadanya tetap kelihatan. Itulah yang menyebabkan Saidin menjadi semakin teruja untuk mengintai perempuan itu.

Dari celah lubang yang kecil, penglihatan Saidin sedikit terhad. Sebelah dinding di mana mereka berada adalah bilik yang menjadi kamar beradu Wati dan suaminya. Saidin tidak nampak sebarang kelibat manusia di dalamnya. Saidin sedikit hampa.

Mail sedang sibuk menghayunkan tangan untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang semakin aktif menyerang mereka. Gigitan nyamuk adalah perkara biasa bagi mereka demi menjalankan aktiviti mengendap dengan jayanya. Janji keinginan yang membuak-buak dapat dilempiaskan.

Saidin memberi isyarat kepala meminta Mail beredar dari kawasan itu. Mail mengangguk kepalanya. Dia juga berasa sedikit kebosanan. Impian mereka tidak tercapai pada malam ini. Mereka bergerak beberapa kaki dari rumah kayu tersebut, namun tidak semena-mena tubuh Mail melanggar satu objek di tepinya lalu objek itu jatuh ke tanah. Mereka saling berpandangan. Sebuah baldi buruk yang berisi tin-tin susu yang kosong terjatuh ke tanah. Namun sudah cukup untuk mengeluarkan bunyi yang kuat.

“Hoi.. siapa tu?” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki menyergah mereka. Jendela rumah itu dibuka seluasnya dari dalam. Kelihatan bayangan seorang lelaki berada di jendela itu.

Sekilas dengan itu, mereka mengatur langkah kaki cukup laju. Kedua-dua berlari seperti atlit olahraga dalam acara 100meter pecut.

Mail dan Saidin terus berlari sekuat hati. Hingga mereka tiba di perkarangan rumah Mail yang tidak berapa jauh dari rumah Wati itu.
“Weh.. siapa tu?” Tanya Saidin.

“Amran laki si Wati lah.” Nafas Mail masih tercungap-cungap.

“Kau rasa dia nampak kita.. Kalau dia kenal kita. Mampuss kita wei.” Saidin bersuara termengah-mengah. Dia cuba mengawal nafasnya yang berombak kuat akibat berlari sebentar tadi.

“Entahlah, aku harap dia tak nampak kita. Sebelah mata dia kan buta kan.” Mail menundukkan kepalanya. Kedua-dua belah tapak tangannya menekan perut buncitnya.

“Perhhhh… laju giler kau lari. Tak padan dengan gemuk. Aku tengok kau lari macam anak gorilla tak cukup susu.” Saidin tergelak kecil walaupun dia masih berkeadan termengah-mengah.

“Woii.. sedap mulut kau kata aku. Kau pernah tengok ke anak gorilla lari hah. . kalau kantoi.. mampus kita.” Mail memuncungkan bibirnya.

Mail mula melabuhkan duduknya di pankin hadapan rumahnya. Saidin masih berdiri, dia cuba mengambil nafas menenangkan debaran pada dadanya. Dia bercekak pinggang dan sesekali menarik nafas panjang.

“Hurmm… kau rasa zaman sekarang ni ada orang suka skodeng awek lagi ke? . Iyerla.. internet ada.. handphone pun ada internet.. nak tengok blue pun senang.. entah-entah kita berdua je kot yang buat benda ni. ” Mail melihat kawannya mula terbaring di pankin mengadap langit yang gelap. Dia berasa kegiatan mereka ini seperti sudah lapuk di telan zaman.

“Entahla..entah-entah kita dua orang je yang still lagi skodeng. Tapi best jugak kan. Orang kata adventure.”

“Yerla adventure. Tapi kalau kantoi masak kita. Tak tahu aku nak sorok muka kat mana. Kadang-kadang aku rasa boring juga.” Mail turut berbaring sama mengadap langit yang tiada bulan yang kelihatan.

“Kenapa? Kau dah rasa boring ke ?” Tanya Saidin.

“Asyik-asyik skodeng awek sama je.. mana ada lagi awek kat kampung kita ni.. Kalau tak skodeng Imah , kita skodeng si Wati..bosan la juga.. hurm.. apa kata kita skodeng anak Mak Long Senah, Amira.. baru form 5. Takpun kita skodeng ustazah yang sewa rumah Mak Cik Milah.. Ustazah Nawal.” Mail cuba memberi cadangan.

“Eh, Mail.. rumah Mak Long tu besar lagipun itukan rumah batu.. susah sikit.. kalau kau nak skodeng ustazah tu.. aku rasa bukan idea yang baik.. sebab banyak rumah kat kawasan tu. Kalau kita kantoi.. malu lah..”

“ Ha ha ha.. aku dah skodeng Ustazah Nawal tu..” Mail tergelak.

“Weh.. kau ni buat projek sorang-sorang..apa kau dapat?” Saidin membulatkan matanya menunggu kawannya bercerita.

“Hahaha..nanti aku cerita pada kau lain hari.”

“Hampeh.. potong stim betul.. Cerita la malam ni.” Saidin cuba mendesak.

“No.. No..No..” Mail menunjukkan jari telunjuk dan digerakkan beberapa kali.

“Kau ni.. tak aci betul… Habis tu.. siapa yang kita nak skodeng pula?”

“Aku ada calon baik punya, apa kata tu kita skodeng anak Pak Ngah Hamid juga.. lagipun hanya rumah kau yang dekat dengan rumah dia. Aku rasa senang sikit.” Mail menjongketkan keningnya seperti meminta persetujuan kawannya itu.

Saidin tiba-tiba terdiam. Lidahnya sedikit kelu. Dia menjadi serba-salah berkenaan cadangan kawan baiknya itu. Diam-diam Saidin mengeluarkan telefonnya. Dia mula malas melayan pertanyaan kawannya. Gambar Hannan yag disimpan di dalam galeri gambar ditatapnya seketika.

“Hoiii, kawan kenapa diam!” Mail menyergah apabila mendapati kawan hanya mendiamkan dirinya.

“Eh, takde apa-apa.. bila kita nak skodeng ustazah tu?” Saidin bersuara.

“Ciss… ada hati juga ye.. tapi kau tahu kan… aku kekadang syok juga dengan ustazah tu.

Walaupun berjubah dan bertudung tapi aku rasa dia memang seksi.. kalau aku dapat memang syokkkk. Renungan matamu memukau hatiku ” Mail menyambung kata-kata sambil berimaginasi sendirian.

“Hoii.. tangkap cintan pulak si gemuk nii...” Perli Saidin.

“Ciss.. lu ingat wa takde feeling ke? Wa pun manusia biasa. Punya hati untuk cintai-menyintai.. seperti Adam dan Hawa.. Romeo and Juliet.. Uda dan dara.. Nawal dan Mail… pergghhh..” Mail cuba berfalsafah sendirian. Saidin membuat reaksi seperti terkena karan. Serentak itu mereka ketawa terbahak-bahak.

“Tak sangka aku.. kau tu macam kutu haprak. Ada hati juga dengan ustazah. Hei bro, sedarlah diri tu sikit. Dia tu ustazah kau tu apa yang ada. Baca aquran pun merangkak-rangkak ,makraj lagilah lintang-pukang.” Perli Saidin lagi.

“Eh..kau jangan tengok orang sebelah mata.. aku mengaji sampai habis apa. Walaupun dia ustazah. Aku Mail, lelaki yang bakal menjadi imamnya!” Mail tidak mahu mengalas dari terus disindir kawan baiknya.

“Puihhh...” Saidin meludah ke tanah.

Mereka merebahkan badan ke atas pankin sambil mengadap bintang-bintang yang berkerdipan di langit. Suasana hening seketika, masing-masing seperti menikmati keindahan malam.

“Din.. kau ada girlfriend tak?” soal Mail memecah kesunyian yang wujud antara mereka sebentar tadi.

“Kau pernah tahu atau tengok aku ada girlfriend tak?” Saidin menyoal balik kawannya.

“Hei.. mana aku tahu. Eh, kau minat perempuan yang macamana?”

“Entahlah Mail. Aku tak fikir nak ada awek lah. Malaslah nak bergirlfriend ni. Buang karan!”

“Buang karan konon! Yang kau buang air mani tu hari-hari..kau tak kisah pulak!” Sindir Mail sinis selajurnya berkata, “Kau tak ingat ke masa kat sekolah dulu. Faezah tu awek kau kan. Alaa, kau tak boleh sembunyi apa-apa dari aku... Faezah yang beri patung monyet pada kau. Aku pun selalu perati yang dia selalu pandang-pandang kau. Lepas dia pandang kau, dia senyum sorang-sorang. Macam budak angau!”

“Hishh.. kau ni.. kan Faezah tu awek si Kojie. Alaa.. cerita zaman sekolah. Tapi Faezah tu lawa, pandai pula tu.. Mana layak dengan aku, bro.”
“Ooo.. jadi betul lah, kau memang ada hati dengan Faezah dulu.” Usik Mail. Sempat menyiku bahu kawannya sambil memandang wajah Saidin yang tersipu malu.

“Weh.. toksah dok ungkit cerita lama.. lebih-lebih depan si Kojie tu.” Saidin memberi amaran kepada kawannya itu. Saidin tersenyum-senyum sendirian. Dia tahu bahawa Kojie juga menaruh hati pada Faezah. Lelaki mana tak tertawan dengan gadis yang cantik, cun-melecun seperti Faezah.

Usikan Mail membuatkan hatinya sedikit rasa terhibur, dulu dia pernah menyimpan perasaan kepada seorang gadis. Namun itu tersimpan di dalam hatinya kerana dia tidak berani untuk meluahkan perasaaannya tika itu. Alah, cinta budak-budak… cinta monyet!


***

“Kenapa bang?” Wati bersuara kepada suaminya yang masih tercegat di birai jendela. Tangannya sibuk melipat dan menyusun kain baju yang bertimbun di ruang tamu. Dia memerhati lagi ke arah suaminya yang masih bercekak pinggan.
Walaupun mata Amran buta sebelah kiri sejak di lahirkan, tapi penglihatan matanya amat tajam. Dia mendengus kuat.

“Entahlah Wati.. abang rasa pencuri tadi. Lari bagai tak cukup tanah.” Amran bersuara serak. Jendela rumahnya kembali ditutup dan diselak.

“Abang nampak muka orang tu? Dapat cam ke?” Soal Wati.

Amran menggelengkan kepala lantas bergerak merapati isterinya yang masih duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu. Dia mengemaskan kain pelikatnya yang sedikit terlondeh semasa dia menerkam bangun ke arah jendela rumah.

“Pencuri? Apa yang dia nak dari rumah kita ni.. takde apa barang berharga.. Entah-entah orang minyak tak…” Wati menduga.

“Hissh.. awak ni mana ada orang minyak.. karutlah..” Bantah Amran.

“Entahlah bang.. Hari tu ada Wati ada bersembang dengan ustazah yang dok sewa umah Makcik Milah. Katanya dia ternampak macam lembaga hitam berlegar-legar di belakang rumahnya. Wati tanya dia nampak tak muka lembaga tu.. dia tak berani nak tengok.. masa tu dia sorang diri je. Wati rasa lembaga tu memang orang minyak.” Wati membuka cerita.

“Hisshh .. ke situ pulak.. abang rasa ini mesti kerja budak dadah.. dorang bukan kisah sangat .. janji benda tu boleh buat duit.. selipar tok imam pun dorang rembat.. ni mesti dorang nak rembat tin-tin aluminium dan tin susu yang aku simpan.. Bongok betul.” Amran menggerutu.

“Dahla yang ooii.. jom masuk tidur.. dah pukul 12.00 malam.” Amran menutup mulutnya yang menguap sambil menjeling ke arah isterinya yang masih lagi tekun melipat kain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience