Bab 6

Other Completed 233003

Mak Leha memerhatikan kamar tidurnya. Dahulu kamar ini kosong hanya berbekal sebidang tilam usang dan bantal busuk. Dahulu bilik ini yang menyaksikan perangai selingkuhnya. Bilik ini juga yang melahirkan zuriatnya dan bilik ini juga yang menjadi saksi bisu robohnya mahligai cintanya dahulu.

Namun sekarang, bilik ini kembali dengan suasana serba baru. Hanyir-hanyir noda dan dosa telah dibersihkan sebagaimana dirinya,
Mak Leha menghamparkan sejadah di lantai biliknya. Setelah menunaikan solat Isya’ dia menyambung dengan mengerjakan solat taubat. Acapkali dia bermunajat memohon keampunan daripada Yang Maha Esa di atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan.

Bertahajjudlah sebagai mana pun, masa lalu itu tetap akan menjadi kenangan silam. Kalau kenangan itu cantik dan indah, maka akan jadilah satu kenangan yang indah. Tapi, sekiranya masa lalu itu dipenuhi dengan dosa-dosa yang gelap, jadilah kenangan itu sebagai satu luka yang buruk dan sukar dirawat.

Dia menangis di tikar sembahyang. Air matanya tumpah membasahi pipinya. Dia berasa dosa-dosa yang telah dilakukan amat berat. Hanya keampunan dari Yang Maha Esa yag dipintanya. Dosa-dosa semalam masih menghantui hidupnya.

Dalam doanya, dia juga berharap dapat bertemu kembali dengan anak perempuan sulungnya Nurul Aina Binti Razali. Sesungguhnya kerinduan itu semakin menyakitkan

Tanah Merah, 1995..

Saleha mundar-mandir di serambi rumah kayu itu. Matanya melilau memandang ke halaman rumah. Dia kelihatan risau sekali. Sesekali dia menepuk badan anaknya yang barusia enam bulan itu dengan perlahan-lahan sebagai kaedah untuk membuatkan anaknya berhenti dari terus menangis.

Namun, usaha wanita itu tidak berhasil. Bayi lelaki dalam pangkuan itu menangis kuat. Saleha masih bergerak-gerak melangkan di sekitar serambi rumah sambil dia memujuk anaknya supaya berhenti menangis.

Badan anaknya panas. Sejak semalam lagi anaknya demam. Risau melihat keadaan anaknya dia membasahkan kain dan mengelap ke badan anaknya. Semoga suhu badan budak itu kembali normal. Matanya melilau ke luar mengharap seseorang pulang ke rumah dengan segera.

“Mana abang Zali ni… abang balik lah…anak kita sakit ni,” air matanya berjuraian ke pipi. Dia tidak putus-putus berdoa semoga suaminya pulang.
Sudah hampir empat hari suaminya tidak pulang ke rumahnya. Dia tahu suaminya sekadar seorang drebar lori. Namun tiada masakah untuk dia menjenguk anak isteri di rumah? Gerutu hatinya. Hari semakin petang, matahari mula terbenam di ufuk barat. Hatinya bertambah gundah.

“Emak, Aina lapar….adik masih demam lagi?” Suara si kecil yang berumur empat tahun mendayu. Hatinya bertambah pilu.

“Aina , baring sekejap.. nanti emak ambilkan air ye… sabar ye nak,” hatinya bertambah sayu melihat anak perempuan comel duduk di muka pintu.

“Tolonglah bang..balik la abang,” suara nya bergetar. Sikecil yang berada dipangkuannya berhenti menangis buat seketika.

Hendak meminta tolong dengan jiran dia berasa amat segan dan malu. Hatinya tak putus-putus berdoa semoga suaminya segera muncul. Telinganya dapat menangkap bunyi sayup-sayup deruan enjin motorsikal dari kejauhan. Dia bingkas bangun dan menuju ke hadapan serambi rumahnya. Memandang jauh ke arah bunyi enjin yang kedengaran.

Dari kejauhan dia melihat seorang lelaki sedang menaiki motosikal , dia sangat berharap itu ialah suaminya. Deruan enjin motorsikal semakin dekat padanya. Wanita itu menjongolkan sedikit kepalanya sambil mendokong anak kecil yang masih lagi merengek. Motosikal yang ditunggu oleh wanita itu sekadar melintasi halaman rumahnya yang tidak berpagar itu. Terus berlalu meninggalkan perkarangan rumah kayu itu.
Hatinya sedikit hampa kerana itu bukan kelibat suaminya. Beberapa ketika, deruan enjin kembali bergema dan semakin hampir kepadanya.

“Leha..oo..Leha,” satu suara lelaki memanggil namanya.

Manap terkial-kial untuk menongkat motorsikal cabutnya itu. Diturunkan setandan pisang berangan dari raga motornya menjejak ke tanah. Dia melihat rumah kawan baiknya dan pada masa yang sama telinganya menangkap tangisan anak kecil yang nyaring.

“Leha ..oo..Leha.. Kenapa dengan anak kau tu?” Laung Manap.

Sekoyong-koyong Leha muncul di ruang beranda sambil mendokong anaknya itu. Anaknya kecil itu kembali berteriak nyaring.

“Ni aku ada bawakan pisang untuk kau… Zali tak balik lagi ke?” Ujar lelaki yang bernama Manap sambil meletakkan setandan pisang berangan ke serambi rumah kayu itu.

“Belum lagi Abang Manap, entah esok entah lusa,” Leha bersuara sayu.

Manap memanjat anak tangga sebanyak tiga langkah dan tapak tangan yang kasar mula menyentuh kepala si kecil yang masih berada di atas dokongan Saleha.

“Eh, panas benar badan anak kau ni.. mari aku tolong hantarkan ke klinik,” pelawa Manap seikhlasnya. Mana mungkin dia biarkan anak kawan baiknya di dalam keadaan sebegitu rupa.

“Er… Abang Manap… saya tak cukup wang untuk ke klinik…Abang Zali…” Saleha berkata jujur. Kata-kata Saleha terhenti menahan sebak.

“Itu jangan kau bimbang Leha… yang penting anak kau ni cepat sembuh.. Kalau dibiarkan nanti takut melarat. Susah kau nanti. Dah cepat bersiap.. Lepas Maghrib aku datang ambil kau anak-beranak. Aku pun nak balik mandi dulu,” Ujar Manap dan tanpa berlengah dia berlari ke arah motosikalnya.

“Bodoh punya Zali.. ditinggalnya bini yang comel lote sorang diri.. Bodoh! Bongok!” Bentak Manap bertubi-tubi. Sesungguhnya perasaan geram kepada kawan baiknya itu timbul didalam hatinya. Enjin motosikal cabuk itu di hidupnya sambil mulutnya masih lagi tidak henti-henti menyumpah-seranah terhadap Zali.

Deruan enjin kereta dan pancaran cahaya lampu menerangi halaman rumah Saleha. Saleha memimpin tangan anaknya sulung dan mendokong bayinya menuruni tangga rumahnya. Dia kelihatan amat kalut sekali.

Manap keluar dari ruang pemandu kereta Proton Saga yang berwarna perak. Rambutnya berkilat dan disisir rapi ke tepi. Baju kemeja lengan panjang digosok kemas disamping seluar slack berwarna coklat. Dia kelihatan segak bergaya.
Dalam kesamaran cahaya daripada lampu keretanya dia melihat isteri kawannya masih lagi cantik dan anggun walaupun hanya mengenakan baju kurung potongan Kedah berwarna putih berbunga merah kecil dan berkain batik bewarna merah terbelah dihadapannya. Matanya membulat apabila melihat betis mulus Saleha ketika dia melangkah turun.

“Lekas sikit.. aku rasakan bagai nak hujan pula malam ini,” bicara Manap ketika kepalanya mendongak ke langit. Mereka semua memasuki perut Proton Saga dan Manap terus memandu ke pekan Tanah Merah yang berjarak sepuluh kilometer dari kampung itu.

Setelah mendapatkan rawatan dari Klinik Wong. Saleha merasa lega anaknya telah diberi rawatan dan ubat. Anaknya kini sedang tidur nyenyak. Suhu badannya sudahpun turun walaupun belum mencapai tahap normal. Doktor Wong menyuruh Saleha merujuk ke hospital sekiranya demam anak masih lagi berlarutan.

“Emak, Aina lapar,” Anaknya merengek lagi. Aina yang duduk di ruang belakang kereta yang dipandu pada kelajuan yang sederhana oleh Manap.

“Sekejap yer sayang, nanti pakcik ni hantar kita kat rumah. Mak masak nasi yer. Aina tidur dulu yer,” Saleha cuba memujuk anaknya.

“Dari pagi lagi emak kata nak masak nasi.. Tapi tak ada pun,” anak kecil itu tidak mampu berbohong.

Saleha terdiam. Hatinya tiba-tiba sebak. Memang dia berbohong pada anaknya. Beras di rumahnya sudah kehabisan sejak semalam lagi.
Mendengar perbualan antara ibu dan anak kecil itu. Manap terdiam. Dia memikirkan sesuatu yang patut dia lakukan. Beberapa minit kemudian, dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Leha kau duduk dalam kereta, aku nak ke kedai sekejap.” Manap menutup pintu kereta dan melangkah terus memasuki kedai runcit yang berdekatan.

Di dalam lima belas minit dia kembali dengan beberapa bungkusan plastik dijinjingnya. Dia membuka bonet di belakang kereta. Dia berlari-lari anak dari belakang kereta ke pintu pemandu.
Manap memandu keretanya dengan kelajuan yang sederhana. Suasana sepi wujud di dalam kereta itu. Manap memandu tetapi matanya sentiasa menjeling kepada Saleha yang duduk di kerusi sebelahnya.

Anak kecil itu merengek lagi. Saleha dapat mengagak anak kecilnya kelaparan. Dari petang tadi anaknya itu tidak menyusu. Pada mulanya dia agak malu untuk menyusui anaknya. Kesian pada anaknya yang mula menangis, disingkapnya baju kurung Kedah dan tersembul sebelah kanan payudaraya yang besar. Anaknya menjadi diam menghisap susunya. Anak mata Manap menjeling ke arah payudara Saleha yang kelihatan sedikit. Nafsu jantannya mulai terpercik.

“Abang Manap.. terima kasih kerana sudi tolong Leha. Nanti bila Leha ada duit, Leha bayar duit klinik tadi,” Tutur Leha berterus terang memecah kesunyian. Manap yang mengelamun sambil memandu kini tersedar.

“Tak payah bayar... Aku ikhlas bantu kau. Kau dan Zali dah aku anggap macam adik beradik, Leha.” Manap cuba bersikap seperti lelaki jujur.

Setelah setengah jam menempuhi perjalanan, mereka memasuki ruang halaman rumah Saleha. Saleha keluar sambil mendokong sikecil yang nyenyak tidur. Manakala tangannya memimpin si kakak semasa menaiki tangga rumah.

Manap sekadar mengekori bontot Saleha. Pandangan mata lelakinya terarah kepada punggung wanita dihadapannya. Baju Kurung Kedah sedikit singkat hingga menampakkan bontotnya yang bulat dan pejal. Manap menjilat lidahnya sendiri spontan.

“Eh, apa ni Abang Manap,” Saleha menyoal Manap apabila lelaki meletakkan beberapa bungkusan barangan berupa beras, gula, minyak, susu dan sebagainya di hadapannya.

“Kau ambillah aku sedekah , ikhlas.” Ujar Manap.

“Abang Manap terlalu baik pada saya , sukar saya nak membalasnya.” Lembut tutur kata Saleha.

“Aina lapar yer. Aina nak makan. Ni pakcik ada belikan nasi goreng ayam untuk Aina. Makanlah. Ni ada aku belikan nasi untuk kau juga Leha,” Manap menghulurkan bungkusan nasi kepada anak kecil itu.

“Terima kasih, pakcik.” Anak kecil membalas sambil tersenyum. Segera si kecil membuka bungkusan kertas nasi goreng tersebut dan dibentangkan di hadapannya. Tanpa membasuh tangan si kecil itu terus menggenggam nasi dan di suapkan masuk ke mulutnya. Memang anak kecil sedang kelaparan.

“Sabar Aina, nanti mak buatkan,” melihat aksi anak sulungnya berbuat sedemikian, Saleha menjadi sedikit kalut. Dia berlari anak ke dapur mengambil pinggan dan kembali kepada anaknya. Dia tidak mahu anak sulung menumpahkan nasi ke lantai.

Seketika dia kembali ke dapur yang terletak di belakang rumahnya, dan kembali bersama teko air panas untuk dihidangkan kepada tetamunya.
Aina menyuapkan nasi dengan begitu lahap. Maklumlah seharian dia merengek meminta makanan. Memang perut budak itu kosong. Kesian anak kecil ini. Sesekali Leha menyeka matanya melihat gelagat Aina menjamah makanan pada ketika itu. Leha berpaling ke kanannya memastikan anak bongsu nyenyak tidur.

Manap tersenyum melihat Saleha melayan keletah anak sulungnya yang sedang makan. Hatinya sedikit terhibur. Saleha sempat melihat mata Manap sedang ralit memerhatikan tingkah laku mereka berdua.

“Abang Manap makanlah,” Leha bersuara lembut sambil menyorongkan pinggan yang berisi nasi goreng ke hadapan Manap. Lelaki itu menyambut pinggan yang berisi nasi.

Saleha mengunyah makanan dengan perlahan-lahan. Tertib dan beradab. Sesekali beliau melihat ke arah dua orang anak di sebelah kanan dirinya. Rupa-rupanya Aina sudah tertidur. Mungkin anak kecil itu sangat keletihan. Perasaan kasihan masih menebal di jiwanya. Dia kasihan merenung nasib anak-anaknya yang bakal membesar di dalam keadaan rumahtangganya yang begini.

Manap merenung wajah Saleha sedalam-dalamnya. Saleha memiliki sepasang mata yang redup, berhidung mancung dan seulas bibir yang mekar merah. Dari wajah Saleha, pandangan mata nakal Manap menuruni ke bawah. Penglihatannya menjelajah sekitar leher Saleha yang jinjang dan akhirnya matanya tertancap pada dua buah gunung mekar. Wanita beusia dua puluh lima tahun itu mampu mengoncang naluri seorang lelaki. Dadanya semakin bergetar.

“Sungguh bertuah Zali kerana berkahwin dengan kau Leha,” Suara Manap memecah kesunyian malam yang semakin jauh.

“Tetapi Zali bodoh… kau tahu kan perangai dia.. tengok apa yang dia buat pada kau. Mana dia pergi aku pun tak tahu.. hish, apa nak jadi dengan Zali ni. Sanggup tinggalkan anak bini kat rumah.. entah-entah cari betina kat luar…” Manap cuba menabur fitnah..

“Abang Manap, malam makin lewat. Tak elok abang Manap masih di rumah saya ni,” Saleha berpura-pura tidak mendegar kata-kata Manap sebentar tadi.

“Aah.. sekejap lagi aku balik.. kalau anak kau demam lagi.. jangan pula kau segan-segan panggil aku.. aku dengan kau ni.. aku tak berkira langsung.” Balas Manap sambil mengenyit mata kepada Saleha.

Saleha terdiam melihat reaksi wajah Manap. Dia menyedari Manap asyik merenung ke arahnya ketika dia sedang menjamah makanan sebentar tadi. Perasaan aneh mula menyerbu fikirannya.
Dia bingkas bangun dari duduk bersimpuh, menyusun langkah ke dapur sambil membawa pinggan dan bekas makanan untuk dibersihkan. Dibiarkan Manap keseorangan di ruang tamu. Hatinya resah bila merasakan kehadiran Manap yang agak lama berada di dalam rumahnya. Dia mula berasa tidak sedap hati. Perasaannya mulai bercampur antara takut dan malu. Kehadiran lelaki yang bukan suaminya pada tika itu membuatkan hatinya sedikit goyah.

Manap tidak kelihatan di tempat yang dia berada sebelum Saleha berganjak ke dapur. Saleha meninjau ke ruang laman rumahnya yang agak gelap.Tiada cahaya lampu yang menerangi laman rumahnya. Hanya sebutir neon yang menerangi ruang tamu rumahnya. Itupun cahaya malap kekuningan. Namun dia dapat melihat Manap sedang terbongkok-bongkok di hadapan keretanya. Bonet depan dikuakkan ke atas.

“Kenapa abang Manap?” tegur Saleha.

“Entahlah Leha… kereta ni buat hal pulak.. enjin tak nak hidup.” Balas Manap bersahaja.

Bunyi guruh berdentum di langit. Hujan mulai merintik dan bertukar menjadi semakin lebat. Manap semakin kebasahan.

“Abang mari naik lah dulu, hujan lebat tu,” laung Saleha kepada Manap yang masih berada di hadapan keretanya.

Manap menutup bonetnya dan berlari menunju semula ke serambi rumah Saleha. Pakaian Manap basah kuyup. Saleha mengambil sehelai tuala dan kain pelikat milik suaminya di rak pakaian dan dihulurkan kepada Manap yang sedang menggigil kesejukan di ruang pintu.
Manap membuka bajunya yang basah lencun disitu juga. Dia tidak peduli. Sengaja dibuka pakaiannya di hadapan Saleha. Biar Saleha melihat tubuh badannya yang sasa itu berbanding dengan tubuh badan Zali yang kurus melidi.
Manap menyambut tuala dan kain pelikat yang dihulurkan oleh Saleha dan kemudian melangkah masuk ke ruang tamu rumah kayu yang kecil itu. Dia memusingkan badannya dan segera dia menutup daun pintu yang terbuka.

Dada Saleha mulai berdebar. Dia resah tetapi suaranya tersekat. Dia buntu. Dia memerah otaknya mencari perkataan yang paling sesuai untuk menyuruh Manap keluar segera dari rumahnya. Saleha berasa segan untuk menghalau lelaki itu mungkin kerana lelaki telah berbudi kepadanya. Lelaki itu memang banyak menolongnya lebih-lebih lagi ketika dia memerlukan bantuan sebelum ini. Keadaan ini, dia merasakan dia banyak terhutang budi.

Di luar sana hujan semakin menggila. Sengaja Manap membelit tuala dan melucutkan seluarnya di hadapan Saleha. Manap masih lagi tercegat memandang Saleha yang duduk bersimpuh di sisi anaknya yang sedang nyenyak tidur. Manap yang sudah berpelikat mula melabuhkan punggung di sebelah Saleha. Dia cuba duduk sedikit rapat dengan Saleha.

“Abang Manap..err..” Suara Saleha seperti tersekat di kerongkong.

“Iyer Leha,” Manap menjawab lembut.
“Abang tak nak balik ke?” soalan itu hanya terdengar di dalam hati Saleha sendiri. Dia seperti tidak mampu dia untuk menutur kata-kata itu. Dadanya semakin berdebar-debar.

Manap berganjak sedikit dari duduknya ke arah Saleha yang masih setia bersimpuh di sisi Manap. Manakala Saleha menjadi kaku tidak berganjak.

“Leha… aku…aku… ermm.. kau cantik Leha,” Mata Manap merenung Saleha dengan penuh keghairahan.

Tangan kasar Manap mengelus rambut Saleha yang berjuraian di bahunya. Saleha semakin kaku dan takut. Mata lelaki menatap wajah perempuan di sebelahnya dengan penuh minat. Keayuan wajah itu membuatkan hatinya bergelora dengan nafsu. Sesungguhnya dia telah tergoda dengan kejelitaan wanita itu. Hati jahat berbisik dia harus menggunakan peluang yang sudah terhidang kini. Peluang yang tidak mungkin kunjung lagi.

“Abang Manap..janganlah … tak elok…saya ni isteri orang,” Saleha bersuara apabila merasakan Manap hendak melakukan perkara yang tak elok terhadapnya.

Manap tidak mengendahkan rayuan dari Saleha. Tubuh sasa Manap memeluk Saleha dari arah depan. Saleha meronta-ronta namun kudrat wanitanya tidak langsung berdaya melawan tenaga Manap. Manap sedang kerasukan iblis. Manap menindih tubuh wanita itu. Dia merentap kasar kain batik yang dipakai oleh Saleha.
"Leha ..sudah lama aku mengidamkan kau."

Akhirnya, Saleha seperti dipukau membiarkan tubuh sasa Manap menindihnya. Manap mencium bibir Saleha dengan rakus. Saleha terbuai di tengah lautan asmara yang sengaja diundangnya. Manap mengangkat tubuh wanita itu menuju ke dalam ruang kamar beradu kepunyaan Saleha dan suaminya.

Malam itu buat kali pertama, Saleha membiarkan dirinya digagahi Manap. Entah kenapa dengan begitu mudah dia menyerahkan tubuh kepada lelaki yang mengaku sahabat sejati kepada suaminya. Terdetik rasa berdosa di dalam benaknya. Namun, dia seperti hilang pedoman. Imannya yang tipis tidak mampu membendung kebejatan nafsunya. Dia menyedari malahan sangat mengerti bahawa dia telah berselingkuh dengan teman baik suaminya.

“Leha.. kau memang cantik.. sungguh tak ku sangka permainan kau amat hebat.” Puji Manap melambug tinggi. Sesekali dia menjilat bibir dengan lidahnya sendiri. Dia begitu puas dapat meneroka tubuh isteri orang malam ini. Lelaki itu bangun dari pembaringan setelah nafasnya mula teratur. Pelayaran yang jauh penuh gelora berjaya dilabuhkan. Manap memberikan senyuman nakal kepada Saleha yang masih terbaring di atas sekeping tilam yang tidak berkatil.

Saleha sekadar memerhatikan lelaki itu yang sedang menyarungkan seluar dan baju. Hatinya makin berkecamuk. Dia kesal dengan apa yang terjadi namun jauh di lubuk hatinya berasa puas dengan belaian oleh lelaki itu. Adakah itu sebagai ucapan terima kasih di atas pertolongan lelaki itu kepada dirinya. Kalau itu benar, mengapakah dia sebegitu murah? Persoalan itu mula tercetus di dalam benak Saleha.

Manap mendekati tubuh Saleha. Kemudian Manap meletakkan beberapa keping wang kertas di atas dada wanita yang masih telanjang. Masih sempat tangan nakal Manap mengusap dua buah gunung buat beberapa ketika.

“Aku balik dulu, Leha..” ujar lelaki itu terus menghilang. Saleha bergerak untuk mencapai sehelai kain sarung yang berada di hujung tilam. Kain sarung itu dipakai untuk menutup badannya yang lama terdedah. Tiada penyesalan yang muncul kecuali dia puas. Bukan niatnya untuk menduakan suaminya. Tetapi dia tidak mampu menahan gelora nafsunya ketika itu.

“Abang Manap, Leha harap. Apa yang berlaku malam ni adalah rahsia kita berdua.” Leha bersuara manja sambil memakai kembali kain sarung batik ke tubuhnya. Manap mencuit pipi gebu Leha sambil tersenyum.

Akhirnya, Manap beransur pergi meninggalkan kenangan yang terindah dalam diri Saleha. Manap sangat puas hati kerana tidak menyangka betapa mudahnya dia dapat meratah tubuh Saleha pada malam ini. Dia benar-benar puas, bangga betapa hebat dirinya sebagai lelaki. Dia berasa dia adalah lelaki penakluk wanita!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience