Bab 44

Other Completed 232989

Razali mendongakkan kepala, memandang wajah Pak Ngah Hamid dan Mak Ngah Zah secara bersilih ganti. Dia mencongak masih banyak perkara yang berlaku setelah kehilangannya dari kampung ini. Mungkin juga masih banyak rahsia yang tersimpan tentang Saleha dan anak-anak. Razali sudah tidak betah untuk mengetahui kesemua rahsia, kehadirannya cuma untuk memohon keampunan di atas kekhilafan yang telah berlaku.

"Saya anggap itu hukuman atas kesalahan saya selama ini. Sebelum ini, saya cuai dalam menjalankan amanah Allah kepada saya." Suara Razali kedengaran semakin sayu.

Dia kemudian terbatuk-batuk.  Dadanya berasa sungguh perit ketika menghela nafas. Telapak tangan digunakan untuk menggosok bahagian dada bagi meredakan kesakitan yang sedang ditanggung.

"Di penjara, saya kenal Allah. Saya banyak belajar agama Islam. Saya tak ingin mati dalam keadaan kufur. Saya malu kepada Allah. Saya selalu berdoa semoga saya diberi peluang supaya dapat menebus segala kesilapan yang telah saya lakukan dahulu. Alhamdulillah nampaknya Allah telah perkenankan permintaan saya itu." Tutur Razali lembut. Bola matanya bersinar. Seolah-olah memberi erti tentang sebuah pengharapan yang berjaya ditunaikan.

Mak Ngah Zah meramas jari-jemarinya sendiri. Dia merasakan persoalan yang sedang bermain di dalam benaknya perlu diluahkan untuk mendapat sebuah jawapan.

"Sebenarnya Abang Ngah dan Kak Ngah tak tahu apa yang terjadi dengan kamu berdua. Kebetulan masa tu kami berada di Kuantan. Bila kami balik ke sini, Leha kata kamu dah tinggalkan dia. Kamu dah ceraikan dia. Itu sahaja yang kami tahu." Tutur Mak Ngah Zah dengan jujur.

"Memang saya ceraikan Saleha... Masa itu saya tak mampu berfikir panjang. Saya terlalu ikutkan hati dan perasaan. Saya langsung tak beri peluang pada Saleha untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya..." Nada suara Razali berbaur kekesalan.

"Tapi... sebenarnya Saleha yang curang, kan?" Soal Mak Ngah Zah.

Razali mengeluh panjang. Riak wajahnya sedikit berubah. Bayangan peristiwa yang lalu telah berjaya disingkir dari fikirannya. Dia merasakan dengan menceraikan Saleha adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukan olehnya. Tindakannya itu adalah terlalu terburu-buru.

Pak Ngah Hamid berdehem sebelum mencuit lengan isterinya. Pak Ngah Hamid mula berasa tidak selesa dengan persoalan yang muncul daripada isterinya. Lelaki itu merasakan bahawa perkara curang tidak perlu dibangkitkan buat masa ini. Dia tidak mahu hati Razali kembali terguris luka.

"Kak Ngah minta maaf kalau ada tersilap cakap." Mak Ngah Zah meneguk liur. Dia sedar bahawa telah terlanjur kata.

Dua puluh tahun yang lalu, Mak Ngah Zah pernah ternampak kelibat susuk tubuh lelaki Pakistan yang sering memasuki ke dalam rumah Saleha. Meskipun dia boleh mengagak apa yang berlaku di antara Sameer dengan Saleha di dalam rumah. Namun pada ketika itu Mak Ngah hanya mengambil sikap untuk mengunci mulutnya dari bercerita kepada suaminya atau dengan sesiapa sahaja.

Sebenarnya, Mak Ngah Zah tahu apa yang telah dilakukan oleh Saleha bersama Sameer.

"Sameer, kau pun main dengan Leha yer?" Soal Azizah tanpa berselindung lagi.

Lelaki Pakistan mengangukkan kepalanya sebelum tersengih lebar. Kemudian Sameer berganjak ke atas tubuh isteri Koperal Hamid yang sedang terlentang dalam telanjang. Sameer sangat beruntung kerana dapat melampiaskan nafsu serakah bersama wanita-wanita di kampung itu. Sesudah Saleha, giliran Azizah pula yang memerlukan perkhidmatan seks darinya. Sesekali Sameer tak ubah seperti seorang gigolo yang berkhidmat sebagai pemuas nafsu wanita-wanita yang kesepian. Berbeza dengan gigolo, perkhidmatan seks yang ditawarkan oleh Sameer sebagai galang-ganti kepada hutang yang diberikan.

Sebenarnya, Azizah nampu untuk melunaskan segala hutang-piutang milik Sameer. Oleh kerana dia telah tertawan dengan kekacakan pemuda asing, wanita itu sanggup merelakan dirinya disenggama. Kehebatan Sameer mengemudi bahtera ranjang sering membuatkan Azizah menjadi penasaran.

Ketika ini, mulut Mak Ngah Zah diam membisu. Sedangkan otaknya masih merangkul kembali memori yang telah berlaku pada masa lampau. Ironinya, kenangan silam itu sentiasa menghantui hidupnya sehingga sekarang walaupun dia telah nekad melupakan semua kejahatan dirinya dengan melakukan taubat nasuha. Hanya keampunan dari suaminya masih belum mampu diraihnya lagi.

Mungkin juga rahsia itu akan tersimpan hingga maut datang menjemputnya kelak. Dia sanggup untuk membuka pekung yang membusuk di dalam dadanya. Biarlah dia menanggung azab secara bersendirian.

"Hurmmm.. lepas tu, Saleha cuba cari kau, Zali. Dia pindah dari kampung ini. Mungkin dia tak jumpa kau.. dia balik sini semula. Itupun dia balik sini dalam 12 tahun yang lepas." Pak Ngah Hamid menyambung bicara setelah isterinya menjadi bisu.

"Saleha pernah cari saya dulu?" Razali mengerutkan dahinya.

"Entahlah Zali, mungkin dia pergi cari kau.. ataupun dia mencari kehidupan yang baru di bandar."

"Saleha masih tinggal di rumah tu?" Pak Ngah Hamid dan isterinya menganggukkan kepala secara serentak.

"Saya sangat berharap dapat bertemu dengan Leha. Itu sebab saya balik ke sini. Saya pun tengok anak saya." Ujar Razali sedikit sebak.

"Pergilah jumpa dengan dia. Aku rasa yang Leha pun teringin nak jumpa dengan kamu juga." Ujar Pak Ngah Hamid.

Pak Ngah Hamid dan Mak Ngah Zah hanya mampu memerhatikan sesusuk tubuh yang kurus bangun dan berjalan lambat-lambat keluar dari ruang tamu rumahnya. Tetamu mereka kelihatan seperti seorang yang jauh berumur berbanding usianya yang sebenar.

Razali tercegat seketika di halaman rumah itu. Rumah yang pernah dia diami bersama isteri anak-anaknya masa lalu. Sesungguh masa telah pantas berganjak, masa lalu tak mungkin akan berulang lagi. Terasa begitu berat untuknya melangkah menghampiri tangga rumah yang hanya berjarak sepuluh kaki darinya.

Sedang fikiran masih berkecamuk. Hatinya telah membuat tekad untuk bertemu dengan bekas isterinya. Razali sedar bahawa ini adalah peluang yang perlu digunakannya sepenuhnya. Kemungkinan peluang ini hadir buat kali yang terakhir buatnya.

Ketika lidahnya kelu untuk mengucapkan salam, matanya melilau memandang sekeliling rumah papan beratapkan zink itu.

Seketika muncul seorang wanita melangkah turun. Meniti anak tangga satu persatu dengan penuh cermat. Kelihatan, riak wajah wanita menjadi sedikit tegang apabila matanya memandang ke arah wajah lelaki yang sedang berdiri di bawah tangga rumahnya.

Saleha sedikit tergamam, antara percaya atau tidak bahawa dia dapat berjumpa semula bekas suami yang telah meninggalkan dirinya hampir dua dekad itu.

Begitu juga dengan keadaan Razali yang turut kesima. Matanya leka menatap wajah wanita itu. Renungan mata yang dilontarkan seolah-olah dapat mengubati kerinduan yang lama bersarang.

Pada pandangan mata Razali, raut wajah Saleha masih kelihatan cantik dan mempesona, tambahan pula susuk tubuh masih lagi menawan seperti dua puluh tahun yang lalu. Bagaikan ada angin cinta kembali menghembus ke dalam hati lelaki yang menanggung rawan buat sekian lama.

"Saleha.." tiba-tiba bibirnya terpancul memanggil nama itu. Nama itu yang sukar dikikis dari lubuk hatinya.

"Abang.. Betul ke ini adalah abang Zali?" Suara Saleha menjadi sedikit gementar.

"Iya.. ini aku Razali...Leha apa khabar?" Razali memandang terus ke dalam mata Saleha. Waja itu yang sering dirinduinya.

Pertemuan di antara dua insan yang telah lama terpisah seperti telah mengubah suasana pada petang itu. Kehangatan haba matahari bagaikan tidak lagi dirasai oleh lelaki separa abad itu apabila matanya leka menatap seraut wajah polos milik wanita yang pernah bertakhta di hatinya pada saat ini.

"Saleha. Abang datang kerana..." Suaranya berasa tersekat pada kerongkongnya. Perasaan bersalah atas kesilapannya lalu masih lagi menebal di dalam lubuk hatinya.

"Abang jemput duduk di sini. Maaf Leha tak boleh ajak abang masuk ke dalam." Saleha sedikit serba-salah apabila menyedari bahawa dia membiarkan Razali berdiri terlalu lama di hadapannya.

Leha hanya mampu mengajak Razali untuk duduk di serambi rumahnya. Dia berasa segan untuk mempelawa bekas suaminya masuk ke dalam rumah. Tak manis dipandang orang lagipun dia hanya bersendirian sahaja.

Razali mengikut permintaan bekas isterinya. Di mindanya terlalu banyak perkara yang perlu diterangkan kepada wanita itu.

"Maafkan abang, Leha." Razali cuba membuka butir bicara. Saleha duduk bersimpuh tidak jauh darinya. Dia tidak pasti kedatangan dia pada kali ini mampu meredakan keresahan yang mengganggu hidupnya selama ini.

"Abang telah tinggalkan saya begitu lama.. Saya berdosa sebab curang pada abang ketika itu. Saya redha atas tindakan abang. Cuma saya terkilan dengan sikap abang yang terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita." Saleha terus berkata-kata menghambur segala yang telah lama terpendam di lubuk hatinya.

"Leha, maafkan abang. Abang juga menyesal apa yang telah berlaku. Abang datang ke mari untuk menjernihkan kembali apa yang telah berlaku."

"Sudah terlambat bang.. Selama ini, Leha percaya yang abang tak mungkin kembali dan berjumpa dengan Leha . Leha sudah pasrah apabila abang ceraikan Leha dahulu. Cuma Leha nak minta ampun diatas segala dosa-dosa Leha dahulu. Leha bodoh bang. Leha telah berzina dengan lelaki lain sedangkan Leha adalah isteri abang. Ampunkan Leha bang." Suara Saleha menjadi bertambah sayu.

"Abang telah lama maafkan Leha. Abang pun sedar abang pun banyak salah pada Leha Abang abaikan Leha. Abang biarkan Leha dirumah sedang abang sibuk berjoli di luar sana. Kita sama-sama hanyut dalam dosa Leha. Abang datang sini nak minta ampun dengan Leha juga. Abang sedar bahawa dahulu abang bukanlah suami yang baik. Abang sudah terima hukuman di dunia ini. Abang balik nak jumpa anak-anak kita."

"Leha terlalu rindu dengan Aina. Aina kat mana sekarang bang? Mana dia? Dia tak datang?" Tanya Saleha bertalu-talu.

"Sekarang ni Aina sedang belajar di Mesir. InshaAllah pada tahun depan dia akan habis belajar." Razali mengukir sebuah senyuman.

"Leha sangat rindu pada dia. Bolehkah abang bawa dia balik ke sini?" Saleha mengharap.

"Insya-Allah, sekiranya di panjangkan umur abang akan bawa Aina balik sini jumpa Leha dan adiknya. Dia juga rindu dengan awak. Cuma keadaan yang telah memisahkan kita. Abang betul-betul menyesal." Sesal Razali.

Airmata mula berjuraian di pipi Saleha, sesekali dia menyeka kelopak matanya. Setiap masa, fikirannya teringatkan anak sulung yang telah terpisah jauh. Hendak dicari dia seperti ketandusan kudrat.

"Saidin ada kat mana sekang Leha? ." Sayu dan pilu jelas kelihatan di wajahnya yang kian dimamah usia itu. Cuma air mata yang belum mengalir. Masih mampu ditahannya walaupun kesedihan berkocak di wajahnya.

"Dia sekarang berniaga air kelapa kat jalan besar sana." Jawab Saleha.

"Oo.. mungkin dia yang abang jumpa sebelum abang sampai ke sini. Saidin tu budaknya kurus berkulit cerah" Tanya Razali inginkan kepastian.

"Iya.. dia mirip abang. Saling tak tumpah." Akui Saleha. Mendengar kata-kata dari bibir Saleha seakan-akan memberi sirna kepada Razali. Dia tersenyum sendirian. Patutlah dia dapat rasa wujudnya satu perasaan istimewa terhadap budak penjual air kelapa yang dijumpai sebentar tadi.

"Saleha.. abang datang untuk menebus segala kesilapan abang pada Leha dahulu. Kalau boleh abang ingin mulakan hidup baru semula bersama-sama Leha dan anak-anak." Akhirnya Razali terpaksa berterus-terang.

"Maafkan Leha, bang. Leha dah ada suami. Jodoh kita sudah tidak ada."

Mendengar pengakuan daripada Saleha membuatkan Razali sedikit terpana. Dia cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya. Walaupun dia sedikit kecewa namun dia tetap tersenyum.

"Abang berdoa semoga kehidupan Leha sentiasa bahagia dan dibawah rahmat Allah S.W.T." Senyuman masih terukir di bibir Razali.

Saleha merenung wajah bekas suaminya yang ternyata telah berubah. Daripada seorang lelaki pemabuk berubah kepada lelaki yang bertaqwa dan beriman.

Razali berdiri tegak memerhati sekeliling rumah itu. Seolah-olah menghayati suasana kampung yang damai buat kali terakhir.

Pandangan mata Razali terarah kepada sebuah kenderaan MPV yang sedang menghampiri rumah Pak Ngah Hamid. Dia sedar bahawa masanya untuk berlalu telahpun tiba. Walaupun pertemuan ini hanyalah seketika, namun ianya tetap memberi kenangan yang terindah buat Razali dan juga Saleha. Akhirnya mereka saling bermaafan di antara satu sama lain. Sepertinya kemaafan adalah sebuah dendam yang terindah buat mereka berdua.

Pandangan mata Razali masih tertancap pada wajah bekas isterinya. Seperti dia mencuba melukis wajah wanita itu di dalam kanvas hatinya. Biarpun rasa dia sudah lagi tidak lagi mampu untuk memiliki wanita itu buat selama-lamanya. Kerana wanita yang berada di hadapannya sudah menjadi milik orang lain.

"Leha, abang pergi dahulu. Sampaikan salam abang pada anak kita. Abang harap akan ketemuinya suatu hari nanti." Razali bersuara sedikit sebak mengakhiri pertemuan mereka pada petang ini.

Dengan langkah kaki yang dirasakan begitu berat, Razali terpaksa pergi untuk meninggalkan Saleha untuk kali kedua. Sudah tertulis bahawa jodohnya bersama wanita itu telah pun berakhir pada dua puluh tahun yang lain. Mulai saat ini, kehidupan mereka telah berbeza arah dan tidak mungkin akan bersatu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience