Bab 26

Other Completed 232989

Hannan menyiapkan hidangan makan malam untuk santapan ibu dan ayahnya. Gulai kuning ikan tongkol, ayam masak paprik, sayur goreng belacan dan ikan kering menjadi hidangan mereka malam ini. Serba ringkas dan tidak nampak terlalu mewah. Ayahnya sering menasihatkan supaya tidak membazir dalam perkara makanan.

“Eh, mak… mana ayah?” Hannan melihat hanya emaknya yang masuk ke dapur setelah pulang dari surau.

“Ayah kamu pergi rumah Haji Omar, ada tahlil.” Jawab Mak Ngah Zah terus menuju membantu anaknya yang sedang menyusun pinggan lauk-pauk di atas meja.

“Tahlil, siapa yang mati mak?”

“Eh, takdekah. Haji Omar tu buat tahlil arwah untuk ayah dan emaknya.”

“Eh, bukannya mereka dah lama mati?” Soal Hannan lagi.

“Memanglah, tapi tak salah kalau nak buat. Sedekah kat arwah. Kalau mak dan ayah mati , kamu adik-beradik pakat-pakat lah buat sikit-sikit untuk mak dan ayah.”

“Hisshh.. ke situ pulak mak ni..” Hannan memuncungkan bibirnya.

“Habistu… kamu itu cepat-cepat lah kahwin.. nanti emak dan ayah tak adalah ralat sangat.” Sindir Mak Ngah Zah pada anak gadisnya. Risau benar dirinya melihat anaknya ini belum bertemu jodoh.

“Emak ni..ke situ pulak.. kalau ada jodoh Hannan kahwin lah..” Hannan membuat muka dengan mengembungkan kedua-dua belah pipinya.

“Dahla mak.. mari kita makan.” Sambung Hannan untuk mematikan kata-kata ibunya.

“Hannan, mak nak cakap sikit ni..” Mak Ngah Zah memanggil anak perempuannya yang sedang leka mengemas meja makan.

“Ya mak, ada apa?”

“Macam ni, ayah kau bagi tau pada mak.” Mak Ngah Zah memerhati anak gadisnya yang masih tekun membuat kerja-kerja itu.

“Ini pasal kawan ayah kamu.. Kamu ingat lagi Koperal Kamil, kawan ayah kamu tu. Dia ada berhajat nak jadi kau tu sebagai menantu dia. Dia nak jodohkan kamu dengan anaknya. Mak rasa patut kamu terima aje.”

“Mak ni.. tak naklah..Hannan malas lah nak fikir pasal kahwin lagi..”

“Kamu ni..asyik menolak aje. Mak bukan suruh kamu terus kahwin hari ni. Kamu kenal-kenal la dulu dengan anak pakcik Kamil itu. Kalau kamu dah berkenan, bolehlah ayah kamu bincang dengan Koperal Kamil itu.” Cadang Mak Ngah Zah berlembut.

“Malas la mak.. lagi pun Hannan rasa tak nak kahwin lagi.. tak sampai seru lagi.” Tolak Hannan.

“Kamu ni, kalau cakap pasal kahwin.. terus tak nak.. belum apa-apa terus kamu tak nak. Ingat sikit kamu bukannya muda lagi..” Bebel Mak Ngah Zah.

“Nanti.. nanti Hannan fikir dulu… Buat masa sekarang malaslah nak fikir pasal kahwin.”

“Kamu nak fikir sampai bila? Nanti umur kamu dah 40 tahun baru nak fikir.. kamu nak jadi anak dara tua ke.. iskk. Sedarlah sikit yang umur kamu ni sepatutnya dah ada dua tiga orang anak” Mak Ngah Zah mula membebel lagi.

Hannan malas bersoal jawab dengan emaknya. Dia melangkah meninggalkan emaknya yang bersendirian duduk di meja makan. Dia tidak mahu membuatkan emaknya terus bertanya lagi. Baginya soalan ini membuatkan dia semakin rimas.

Mak Ngah Zah hanya menggelengkan kepalanya. Pantang untuk berbincang berkenaan kahwin, selalu anaknya itu akan mengelak.Dia perlu berikhtiar mencari jodoh buat anaknya dan seterusnya, dia berserah kepada takdir. Dia hanya merancang dan Allah S.W.T yang menentukan jodoh dan pertemuan.

Hannan seolah-olah merajuk dengan emaknya. Dia berlalu menuju kamar tidurnya. Dia berasa amat rimas dengan soal yang dibangkitkan oleh ibunya. Baginya soal nikah kahwin terlalu asing buat dirinya.

Dia menjadi sedikit moody ditambah pula apabila mendengar cadangan emaknya sebentar tadi. Dia duduk termangu di birai katil.

“Sampai bila aku nak macam ni?” Soalnya sendirian. Satu soalan yang kadang-kala berlegar di fikirannya. Kahwin? Dia sendiri menjadi keliru tentang hakikat sebuah perkahwinan. Adakah dia takut pada bayang-bayang silam yang sering menghantui hidupnya. Ataupun dia tidak percaya kepada lelaki.

Kadang-kala di sendiri berasa bosan dengan kehidupannya sekarang. Tiada kawan, malah tiada teman istimewa.
Dia mencapai telefonnya. Dia meneliti Satu-persatu senarai nama-nama yang berada di phon . Ketika ini dia merasakan dia perlukan seseorang untuk berbual. Tetapi siapa?

Beberapa kali jarinya bermain di permukaan skrin telefon. Akhirnya jarinya berhenti pada satu nama. Matanya tertancap seketika. Dia berkira-kira sendirian.

“Perlukan aku call minah senget ni.” Hannan melihat jam dinding yang mempamerkan pukul 11.00 malam.

Marissa? Seorang sahabat lama. Sahabat yang cukup akrab satu ketika dulu.
Jarinya menekan nama yang tertera untuk membua panggilan. Menanti seketika sehingga panggilannya berjawab.

“Hello…” Satu suara perempuan muda berada di talian.

“Wei.. kau apa khabar sekarang?” Hannan cuba membuat watak gadis periang ketika ini.

“I’m fine.. wah, akhirnya kau call juga aku ye.. I think you dah lupakan I. Amacam dok kat kampung? Best tak?” Soal Marrisa.

“Biasa la… aku dah biasa.. aku kan orang kampung.”

“Well, kau tak rasa kekok ke? Wei, come on turun KL.. kita lepak-lepak. Jomlah apa kata hujung minggu ni kau datang sini. ” Pelawa Marissa.

“Aku tak sure.. lagipun bukan masa cuti sekolah sekarang.”

“Alaa..kau ni..come on laa… aku rindu gila kat kau… lagipun si Farish ada tanya aku pasal kau.. kesian dia..”

“Farish… kau yang beri nombor phone aku pada dia kan.” Duga Hannan.

“Iya..sorry my friend. aku mengaku yang aku beri nombor kau pada dia, tapi kau jangan salahkan aku.. dia memang nk jumpa kau balik.”

“Huh.. jumpa aku..for what?”

“Entahlah.. I not sure babe! Did he calls you?”

“Ya.. dia call aku… tapi aku malas nak layan dia.. Aku dah lupakan dia.. Aku telah lupakan segala yang berlaku antara aku dengan dia dahulu.”

“Kau ni terlalu sentimental.. Come on babe.. Farish apa kurangnya.. Ada pakej babe, handsome, smart and also rich.” Kata-kata Marissa bersambung dengan ketawa.

“Kalau camtu, kau saje ambil dia.. kau jadi dia punya special girlfriend..and aku doakan kau kahwin dengan dia..”

“OMG!! Kahwin…sorry my dear..” Marrisa ketawa mengekek.

“FYI, I dah ada special boyfriend.. Nama dia George..”

“Wah, mat saleh ke?”
“Not.. he’s Nigerian”

“What?” Hannan terkejut. Matanya dibulatkan.

“You know babe… He very superb.. You never knows ..he’s so hot and tempting!” Marrisa ketewa mengekek. Adakah itu sesuatu yang melucukan. Hannan mencebik bibir. Mujurlah kawannya tidak nampak reaksi spontannya itu.
Hannan terkedu. Dia seakan tidak percaya apa yang dia dengari. Hannan menelan liur. Kawannya semakin parah. Mungkin sudah di peringkat ICU.

“Marr… aku tengah pening sekarang ni.”

“Hei.. kenapa pula dengan kau.. tak best dok kat kampung.. itulah aku cakap, kau mana betah tinggal kat kampung. Jomlah balik KL.”

“Bukan pasal tu..”

“Habis tu?”

“Ini pasal mak aku babe.. hari-hari paksa aku kahwin. Naik rimas aku dibuatnya.” Hannan cuba mengadu. Sungguh dia tiada teman untuk berbual pada tika ini.

Semenjak dia kembali ke kampung, dia hampir memutuskan komunikasi dengan teman rapatnya ini.

Marissa ketawa mengekek seperti mendengar cerita lawak jenaka. Hannan hanya mendengar ketawa Marissa di hujung talian. Biarlah kawannya itu ketawakan dirinya, dia tidak ambil hati.

“Apasal kau gelak? Kau ingat ni raja lawak ke?” Hannan berasa kawannya menyindirnya.

“Bukanlah… So, apa yang jadi masalahnya?”

“Masalahnya mak aku yang pilihkan.. aku..aku rasa tak rasa nak kahwin lagi.”

"Terima sahajalah cadangan mak kau tu. Kadang-kala pilihan keluarga itu lebih baik. Kau masih single ? takde boyfriend lagi?” Duga Marissa lagi.

“Aku.. aku tak yakin lagi Mar.. Aku tak yakin ada lelaki yang sanggup terima aku. Kau pun tahu apa yang pernah aku lalui dahulu.” Terang Hannan sejujurnya. Pengakuannya itu membuatkan kawan karibnya tertawa lebih kuat.

“Kau ni memang betul-betul kolot lah.. dunia semakin berubah, dan aku rasa itu bukan menjadi satu kesalahan besar. Hei.. kat luar sana masih ramai yang senasib dengan kau. Aku kira kau masih lagi okay.”

“Okay.. ? apa yang okay.” Hannan cuba mendapatkan penjelasan kata-kata Marissa itu.

“Iya.. kau lagi okay.. sebab aku rasa kau sudah bertaubat. Dan aku yakin masih ada yang sudi terima kau. Kau hanya perlu buka pintu hati kau.. Perkara yang lepas tak perlu kau fikirkan lagi babe.” Kata-kata nasihat terkeluar dari mulut Marissa.

“Aku.. aku bukan tak boleh terima lelaki. Tetapi aku malu dengan diri aku sendiri babe. Aku bukan gadis yang baik.” Kedengaran begitu sayu suara Hannan. Dia sebenarnya takut kepada masa silamnya.

“Ramai orang pernah buat silap babe. Tapi …yang penting kau berubah. Aku pun jahat juga. Orang kata life must goes on. Tak kisahlah apa yang telah terjadi. Itu semua sudah menjadi sejarah.”

Agak lama mereka bersembang di talian, cerita-cerita lama menghiasai topik perbualan mereka. Keakraban yang sudah lama terjalin terputus dengan tindakan Hannan berpindah ke luar daerah. Hannan termenung sejenak selepas mengakhiri perbualannya di talian dengan kawan lamanya itu. Ada benar kata-kata Marrisa itu, namun dia masih ada perasaan takut yang tersembunyi di dalam jiwanya.

Hannan bergerak keluar dari biliknya, mencari kelibat emak dan ayahnya di ruang tamu. Kelihatan ayahnya sedang menonton televisyen sendirian. Kelibatnya emaknya tidak kelihatan di samping ayahnya. Kebiasaan mereka berdua akan duduk bersama-sama menonton rancangan di televisyen.

“Ayah, mana mak?” sapa Hannan sambil melabuhkan punggung di sofa berdekatan dengan ayahnya.

Belum sempat ayahnya menjawab, emaknya muncul bersama dulang yang membawa air kopi yang menjadi kegemaran ayahnya.

“Mak ingat kamu dah tidur.” Emaknya meletakkan dulang tersebut di meja kecil berhadapan sofa. Dia menuangkan air kopi ke dalam cawan untuk suaminya. Cawan itu dihulurkan dan terus Pak ngah hamid mengambil pemberian isterinya.

“Mak kamu ada bagitahu kamu tentang kawan ayah tu?” tanya Pak Ngah Hamid sambil menghirup kopi panas. Sempat dia menjeling ke arah anak perempuan yang duduk selang satu kerusi dengannya.

Hannan hanya melihat wajah ayahnya dengan sekilas pandang dan kemudian pandangan matanya dilemparkan kepada emaknya yang duduk di sebelah. Dia hanya berdiam diri tanpa sebarang jawapan. Dia menguis-nguis permaidani dengan hujung ibu jari kakinya. Kelakuan Hannan diperhatikan oleh emaknya. Nyata Mak Ngah Zah tidak senang dengan tingkah-laku anaknya ini.

“Hisshh... budak ni. Ayah kamu tanya tu. Zah dah bagitau dia bang. Abang tengoklah, boleh dia buat tak tahu pula. Entah apa yang tak kena dengan budak ini. Kalau cerita pasal kahwin terus mengelak.” Emaknya terus membebel.

“Tak ape lah.. tapi ayah tak paksa kamu. Kamu berhak buat pilihan. Mak dan ayah ni cuma nak yang terbaik untuk kamu. Kalau kamu berkenan, mana yang elok mak dan ayah pun berkenan juga. Asalkan kamu suka.” Lembut percakapan ayahnya yang penuh toleransi. Pengalaman yang lama dalam perkhidmatan polis membuatkan ayahnya lebih arif tentang kehidupan dunia sekarang.

“Ayah .. bukan orang nak tolak mentah-mentah cadangan mak dan ayah tu. Cuma bagi orang masa dulu. Orang pun akan kahwin juga nanti.” Hannan mencipta alasan supaya mak dan ayahnya tidak lagi terus bersoal panjang.

“Kalau begitu tak mengapalah. Ayah dah dapat agak apa keputusan kamu.” Pak Ngah Hamid hanya memandang sekilas wajah anak daranya itu.

Hannan meminta izin untuk meninggalkan mereka berdua dan kembali berjalan menuju ke biliknya semula. Semenjak beberapa hari ini, emaknya sering menimbulkan isu perkahwinan yang menyesakkan dadanya. Hannan melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia mengeluh lemah dan bersandar di kepala katil. Dia mengelus rambutnya berkali-kali. Kemudian matanya mengerling kepada telefon bimbitnya yang berbunyi. Terdapat pesanan ringkas diterimanya.

“Awak, saya nak jumpa esok.” Satu pesanan dari aplikasi Whatsapp dibacanya. Tertera nama pengirimnya yang tertulis Encik Raykal.

“Kenapa nak jumpa?” Balas Hannan.

“Rindu…” Taip Raykal pendek.

“Hah!!!” Hannan menjadi terkejut. Tiba-tiba mamat ni berani mengucapkan rindu.

“Esok saya jumpa awak habis sekolah. Okay!” Pesanan terakhir daripada Raykal. Hannan mengetuk beberapa kali kepalanya. Dia cuba memikirkan alasan untuk dia mengelak daripada bertemu dengan Raykal.

“Hurmmm… ala kau jumpa la dengan dia tu. Dia pun hensem apa?’ Bisik hatinya. Hannan tebaring di atas katil sambil tersenyum seoarng diri. Raykal? Jujurkah dia?

Hannan bergolek-golek di atas katil. Perasaannya mula terbuai seperti seorang yang pertama kali jatuh cinta. Aku jatuh cinta? Bimbang memikirkan perasaan yang mula hadir di dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience