Bab 9

Other Completed 232977

Cheras, Kuala Lumpur.
Nurul tergesa-gesa memanjat anak tangga menuju tingkat satu rumah meluru terus ke dalam biliknya. Dia membuka pintu kamarnya dan terus mehempaskan dirinya ke katil. Dia menangis lagi. Sebuah penyesalan sudah tidak lagi bermakna.

“Kenapa kau ni, Nurul. Aku tengok macam… err, apa yang berlaku?” Seorang gadis bersinglet putih dan berseluar pendek menghampiri tubuh Nurul yang sedang bertekuk lutut. Gadis itu melabuhkan punggung di birai katil sambil memerhatikan keadaan Nurul yang begitu sugul.
Nurul masih berdiam diri. Dia tidak menghiraukan pertanyaan rakan serumahnya itu. Agak lama dia berkeadaan begitu. Dia berharap agar kawan serumah itu segera meninggalkannya untuk bersendirian.

“Kau kenapa ni? Aku tengok tadi Rafiq yang hantar kau. Malam tadi kau tak balik rumah selepas kau keluar bersama Rafiq petang semalam. Kau pergi mana?” Tutur Marrisa sedikit kehairanan melihat keadaan kawannya itu.
Nurul mendongak kepalanya. Dia mengeluh kuat. Marissa masih berada di hadapannya menunggu bicara daripada Nurul.
“Kenapa baju kau koyak ni?” Marrisa menyoal lagi.

“Rafiq telah rogol aku.” Ujar Nurul tanpa berselindung lagi. Dia tidak betah untuk berbohong kepada kawan karibnya. Malah dia tidak berasa segan untuk bercerita tentang perkara yang menimpa dirinya malam tadi. Fikirnya dia perlu seseorang untuk menghalau rasa gundah yang semakin memberat jiwanya kini.

Marissa membulatkan matanya yang bundar. Dia melihat raut wajah Nurul yang sugul dan muram.
“Kau kena rogol …” Kata-kata Marrisa terhenti. Mulutnya terkunci. Dia memerhatikan raut wajah Nurul yang kelihatan begitu sugul. Terbit ras simpati dengan nasib yang menimpa Nurul.

“Kau tak report polis?” Soal Marissa. Nurul hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Habis tu, kau nak buat apa? Kau nak biarkan?” Marrisa menyoal lagi. Dia menghela nafas panjang apabila pertanyaan itu menjadi soalan yang tiada jawapan.

“Sebenarnya , Rafiq rogol kau atau….. korang suka sama suka?” Terpancul kata-kata dari mulut Marissa. Sinis dan memedihkan hati.

Hati Nurul menjadi geram dengan kata-kata Marrisa, dia mengeluh berat. Hendak dicerita secara terperinci kepada Marissa membuatkan dia serba-salah. Hendak buat report dia bimbang perkara ini akan sampai ke pengetahuan keluarganya di kampung.

“Percayalah sayang, aku akan bertanggungjawab di atas apa yang aku lakukan pada kau Nurul. Percayalah…Aku rela mencintai mu sampai mati, sayangku.” Masih terngiang-ngiang di telinga ucapan manis yang ditutur oleh kekasih hatinya. Namun, hatinya tetap berkecamuk sekiranya perkara lain akan terjadi.

“Marissa.. aku takut kalau-kalau aku mengandung. Aku tak sanggup jikalau aku ada anak luar nikah. Malu aku.. Malu keluarga aku di kampung nanti.” Nurul akhirnya bersuara. Suaranya perlahan-lahan dalam kehibaan.

“Beginilah, aku nak sarankan pada kau pun … takut aku yang berdosa.... kalau kau tak datang period. Aku nasihatkan kau pergi klinik untuk check up. Tapi untuk hari ini, aku akan dapatkan kau pil untuk menghalang proses kehamilan daripada berlaku. Kau jangan risau. Aku rasa kau okay nanti ..” Marissa cuba membantu kawannya yang masih bersedih.

“What do you means I’m Okay? Apa yang okay, Mar.. Aku telah hilang maruah Mar. Aku dah tak suci lagi..” Kali ini Nurul seakan-akan ingin menangis lagi.

“Eh.. eh.. dahla menangis.. aku faham masalah kau.. Alaa.. Bukan kau seorang dah takde dara.. Lagipun ..” Marissa berhenti daripada meneruskan tutur kata selanjutnya. Dia tidak sanggup meneruskan kata-katanya, risau kawannya akan tersinggung perasaannya.

“Mar.. aku..aku keliru.. aku terlalu sayangkan dia.. tetapi kenapa dia buat aku macam ini.” Nurul bersuara lemah.

“Nurul, maafkan aku nak cakap sikit. Bagi aku, Rafiq mungkin akan bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan pada kau. Lagipun aku rasa dia lelaki yang baik. Kau sedikit beruntung dapat Rafiq. Dah la handsome..kaya pulak tu..” Ujar Marissa cuba menenangkan kawannya.

“Untung? Apa yang untung?” Tingkah Nurul. Matanya tajam melihat Marrisa.

“Dahlah Nurul. Aku rasa elok kau pergi bersihkan diri.. Mandi..” Marrisa malas bergaduh dengan teman serumahnya. Dia bangkit meninggalkan kawannya yang masih lagi termangu di tengah katil seperti orang yang kebingungan.
Apa yang untung? Kau tahu aku dah tak suci? Itu ke dikatakan untung?


*****

Berkali-kali dia mendail nombor telefon Rafiq. Masih sama seperti sebelum ini. Nada suara yang berulangkali tanpa jemu akan menjawab panggilan itu. Talian seperti dimatikan. Dihempaskan telefon itu ke tengah katil. Hatinya mendengus geram. Lelaki itu sudah mungkir janji. Tiada kata-kata yang dilafazkan. Tubuhnya sudah letih. Otaknya juga semakin lesu. Dia menghempaskan badannya ke katil.

Nurul terjaga apabila terdengar deringan telefon bimbitnya. Terpisat-pisat dia menekan butang hijau lalu telefon itu ditekapnya pada telinga kanannya.

“Hai, sayang apa khabar?” Satu suara yang amat dikenalinya kedengaran di talian. Nurul membulatkan matanya.

“Baru hari ini kau nak tanya aku apa khabar. Kalau aku mati mungkin kau takkan tahu.” Marah Nurul.

“Sayang, maafkan I.You berhak marah pada I..tetapi I tetap sayangkan you.” Lelaki itu masih mengawal suaranya dengan nada yang lembut.

“Memang aku marah pada kau…” Suara Nurul nyaring.

Dia menahan perasaan marah dan benci yang sedang membuak-buak. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mencampakkan telefon dari genggaman tangan. Ketika ini, dia berasa sungguh jijik dengan lelaki itu. Hanya mendengar suara mampu membuatkan dia jelik. Nurul terdiam. Hanya kedengaran nafas yang beralun keluar dari mulutnya. Namun begitu, Nurul tetap menanti kata-kata yang mahu diucapkan daripada lelaki itu.

“Nurul, petang ni I nak jumpa you.” Lelaki itu bersuara pendek dan talian itu dimatikan. Apa ini satu isyarat bahawa lelaki itu mahu bertanggungjawab di atas apa yang dia lakukan. Bisik hati Nurul. Antara dia berkendak atau tidak, dia terpaksa bersiap untuk bertemu dengan lelaki itu. Bagi Nurul, lelaki itu tidak boleh lepas tangan.


***

Rafiq tercegat di sisi kereta mewahnya. Cermin mata Rayban memang sebati dengan gaya penampilannya. Dia menyandar separuh badannya di kereta bewarna hitam menunggu seseorang. Hampir lima belas minit dia menunggu namun kelibat orang yang ditunggu itu tidak kunjung tiba.

Rafiq melihat jam berjenama Omega pada tangan kirinya. Jarum pendek berada di angka enam dan jarum panjang berada di angka dua belas. Dia menarik nafas beberapa kali. Walaupun riak wajah Nampak tenang namun hatinya sedikit berkocak.

Kelibat seseorang yang ditunggu muncul di sebalik pintu. Gadis itu berjalan sedikit perlahan ke arahnya. Dia tersenyum simpul ketika melihat gadis itu. Berpakaian blouse putih dan dipadankan dengan kain warna hijau muda menyerlahkan keanggunan si pemakainya.

Rafiq memberi isyarat dengan kepalanya mengarahkan gadis itu memasuki ke dalam keretanya. Tanpa bicara gadis itu menuruti arahan Rafiq. Keheningan menyelubungi suasana. Masing-masing membisu tanpa bicara. Agak lama mereka berkeadaan sebegitu.

Kereta BMW itu dihentikan apabila tiba di tepi kawasan lapang yang sedikit jauh dari kesibukan ibu kota. Di hadapan mereka terbentang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Matahari perlahan-lahan mula terbenam. Nurul memandang ke arah lelaki itu yang masih memegang stereng kereta.

“Kau nak buat apa pula?” Bentak Nurul melihat lelaki itu masih diam membisu.

Lelaki itu masih diam tanpa bicara terus menggapai tangan gadis itu. Dia menggenggam tangan gadis seeratnya. Gadis itu meronta sedikit. Rimas dengan perlakuan yang tidak semena-mena oleh lelaki. Sudah hilang sikap budiman lelaki itu yang selama ini. Yang kelihatan sikap dingin disebalik raut wajah yang begitu tenang. Tiada kekesalan yang terbit dari raut wajah itu di atas segala perbuatannya malam itu.

“Kenapa dengan kau!” Jerkah Nurul. Dia sudah jelik dengan lelaki itu yang kelihatan begitu berpura-pura padanya.

Raut muka lelaki itu masih lagi bersahaja. Sesekali dia kelihatan menghela nafasnya yang panjang. Mungkin sesuatu yang berat sedang mengganggu benak fikirannya.

“Sayang, I terpaksa pergi. ” Akhirnya lelaki bersuara perlahan.

“Oh.. senang-senang kau nak larikan diri daripada bertanggungjawab di atas segala perbuatan kau.” Nurul mencebik. Mukanya masam mencuka. Wajahnya dipaling ke luar tingkap kereta. Benci dia melihat wajah orang yang telah mempermainkan dirinya.

“I terpaksa.. tapi I terlalu sayangkan you, Nurul. I tak mahu kehilangan you.” Lelaki itu memujuk.

“Sayang…atau nafsu!” Bentak Nurul sedikit kuat. Akalnya tidak menerima alasan yang tak logik daripada bibir lelaki itu.

“You nodai cinta I . You nodai maruah I. itu yang you katakan sebagai sayang. You kejam. Sekarang you datang jumpa I dan cakap you terpaksa pergi. What a nonsense!” Nurul mendengus kasar. Dia membutangkan matanya kearah lelaki itu.

“I terpaksa turutkan kehendak keluarga I.. I terpaksa pergi Dubai minggu depan.” Terang lelaki itu.

Nurul terdiam. Lidahnya kelu. Fikirannya mula membuat tafsiran bahawa memang benar lelaki di sebelahnya akan lari dari tanggungjawab.

“Sayang.. I janji yang akan kembali pada you. I pergi tak lama. Dalam sebulan.. lepas tu I kembali pada you. I berjanji akan pujuk keluarga I dan kita akan kahwin.” Lelaki itu cuba memujuk Nurul dengan bersungguh-sungguh.

“Bohong! Rafiq, kau jangan hanya pandai berjanji!! Hakikatnya kau akan tiggalkan aku.” Jerkah Nurul.

“I janji yang I akan tetap setia pada you. Percayalah sayang. I memang nak jadikan you sebagai teman hidup I suatu hari nanti.”

“Semudah itu.” Nurul mencebik. Hatinya kembali menjadi rawan. Dia seakan tidak mempercayai lelaki itu lagi. Hatinya terluka malah kejadian yang menimpanya amat perit dan sukar dilupakan.

Air matanya tiba-tiba gugur berderaian di pipinya. Melihat keadaan Nurul yang menangis. Rafiq menjadi kaget. Dicapainya sehelai tisu lalu dia menyapu air mata yang membasahi pipi gadis itu.

“Nurul, menyintai you adalah satu perkara yang cukup indah bagi I. Senyuman you merupakan adalah kebahagiaan I. Tangisan you adalah derita I.” Rafiq menyusun kata-kata manis demi memujuk gadis itu.

Walaupun Nurul sedikit terpana mendengarkan bicara Rafiq. Memang lelaki itu bijak bermain dengan kata-kata. Dengan kata-kata itu hati perempuannya lembut. Hati perempuannya kembali terpikat dengan pujuk rayu Rafiq. Semudah itu dia mengalah.

“Better, you hantar I balik, Rafiq. I penat.” Suara Nurul mulai kendur. Dia menghela nafas berat. Fikirannya menjadi buntu. Hatinya ingin menangis, tapi dia tidak mahu menangis hiba lagi. Segalanya telah terjadi. Dia malas untuk merayu lagi. Dia terlalu penat untuk bersedih. Biarlah sandiwara cinta Rafiq ini akan berlalu pergi.

Rafiq mula terpempan dengan kelakuan kekasihnya. Jauh dari lubuk hati, dia berasa menyesal di atas apa yang dilakukannya tempoh hari. Dia sedar dia terlalu mengikut hawa nafsu. Namun dia percaya, bahawa segala perbuatan itu hanya kerana dia terlalu ingin memiliki gadis itu. Dan natijahnya dia telah merobek kesucian gadis itu tanpa relanya. Sungguh kejam perbuatannya itu. Namun segalanya sudah terjadi, dan tidak mungkin dia akan berpatah kembali.

Nurul hanya memandang terus tanpa menoleh lelaki yang memandu di sebelahnya. Terdetik prasangka buruk terhadap Rafiq. Dia harus tekad bahawa dia perlu tabahkan diri sekiranya lelaki itu betul-betul meninggalkannya kelak. Satu kemungkinan yang seringkali terjadi. Lumrah lelaki setelah apa yang dihajati telah diperolehi terus angkat sini. Senangnya jadi lelaki. Nurul hanya bermonolog sendirian. Dia rela diam membisu daripada berbicara dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience