Mesej

Horror & Thriller Completed 7353

“Jom jadi kawan aku...”
Satu mesej Whatsapp masuk. Alia melihat di skrin telefon pintarnya. Mesej itudatang dari nombor yang tak dikenali...”
“Emmm, sape ni?” Send. Alia tertanya-tanya.
“Tempat ni sejuk, tolong aku...” Offline.
“Aik dah offline?” Alia menggelengkan kepalanya. Mungkin ada kawan-kawannya yang ingin mengenakannya. Jadi, dia membiarkan saja mesej itu.
...
Pada malam itu, satu notifikasi muncul di skrin Alia.
“Alia...”
Alia gusar. “Macam mana kau tahu nama aku?” Send.
“Jadi kawan aku atau tak...”
Alia makin tak senang. “Taknak... Please stay away from me...” Send
“Jangan kacau aku Fara...” Send
Fara offline.
...
Keesokan harinya...
“Kau kan terima padahnya...” Alia membaca mesej yang baru diterimanya dari Fara.
“Ish sapa budak ni?” Getus hati Alia.
....
Sedang Alia nyenyak tidur. Pada ketika itu jam baru sahaja menunjukkan 2.45 pagi.
“Tok..tok..” Bunyi ketukan dari dinding biliknya makin kuat. Alia tersedar dari lenanya.
“Sapa tu..”
Ketukan itu semakin lama semakin kuat. Kini katilnya pula bergegar. Matanya meliar. Badannya mulai merencikkan peluh dingin. Keadaan sunyi.
Kedengaran bunyi derapan kaki di luar biliknya. Alia rasa macam nak nangis ketika itu. Pintu bilik diketuk kuat. Kemudian semua senyap.
Tiba-tiba bunyi seolah-olah pisau ditajamkan kedengaran di luar pintunya.
“S...s..sa..sapa tu?” Alia makin gentar. Telefon bimbitnya bercahay memaparkan satu mesej.
“Tak lama lagi kau akan temankan aku di tempat yang sejuk ni...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience