Nota Penulis

Horror & Thriller Completed 7353

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih ke atas peluang yang telah diberikan dan saya tidak sekali-kali mensia-siakannya. Walaupun di sepanjang penulisan manuskrip ini dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, akhirnya berjaya juga saya menghabiskan penulisan saya ini.
Views yang agak memberangsangkan di aplikasi mungkin merupakan salah satu faktor pihak NovelPlus berasa tertarik atau memberi keinginan untuk membaca manuskrip saya yang tidak seberapa ini almaklum saya baharu sahaja berjinak-jinak dalam penulisan ini. Sejujurnya, terdapat dua cerpen yang telah saya hasilkan dan telah di siarkan di akhbar tempatan, dan hal itu menjadi motivasi kepada saya untuk mengasah bakat dalam bidang ini. Tambahan lagi dengan terhasilnya manuskrip ini menjadikan saya lebih bermotivasi dalam bidang penulisan. Saya berharap dengan menghantar karya ini mampu menjadi kayu ukur kepada kebolehan saya dan mampu menjadi sebahagian daripada NovelPlus.
Sekian dan teruskan menyokong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience