TUMPANG

Horror & Thriller Completed 7353

21 DISEMBER 2015

Dina kelam kabut menyumbatkan pakaiannya ke dalam bagasinya. Pada petang itu dia bercadang untuk memulakan perjalanannya ke kampung halaman di Daerah Keningau.
Sebenarnya, sudah lama dia merancang untuk bercuti di kampungnya, namun asyik tergendala kerana kekangan kerja.
Jam sudah menunjukkan jam 6 petang. “Menyesalnya aku tertidur tadi... Ingat nak lelapkan mata setengah jam je... Haih.. Apa nak jadilaa dengan aku ni...”
Dina mencapai kunci keretanya. Pintu kereta Suzuki Swiftnya yang berwarna kuning ditarik seraya masuk ke dalam perut kereta itu. Masuk hari ini, sudah 4 bulan keretanya tidak diservis.
“Alamak, jam pulak...” Highway di bandar Kota Kinabalu itu sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Dari kereta semewah BMW, NISSAN LATIO, HONDA JAZZ dan KANCIL sehingga motosikal-motosikal yang sibuk mencelah di tengah jalan.
Jarum jam sudah berganjak ke angka 7.

...

10.30 malam.
Lagu Taylor Swift berkumandang di segenap pelusuk kereta itu. Jalan raya kelihatan lengang. Tiba-tiba...
“Hish, napa pulak kereta ni?” Dina kehairanan. Enjin keretanya seakan tidak mahu bekerjasama dengannya pada malam itu. Dia mengambil iPhone 5snya dan segera menelefon sahabatnya, Exora.
“nombor yang anda dail tidak ada dalam...”
“Alaa, takde line pulak...” Dina meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Sunyi. Gelap.
Kelihatan ada cahaya samar-samar dari jauh. Cahaya itu datang dari sebuah kereta usang berwarna merah. Dina mengangkat tangan untuk memberhentikan kereta merah itu. XF123. Dina sempat melihat nombor plat kereta itu. Aneh.
“Boleh saya tumpang ke Bandar Keningau?” Pemandu itu mengangguk. Tanpa syak wasangka, Dina terus menaiki kereta merah itu.
Dalam perjalanan yang suram membelah kepekatan malam. Dina terpandang satu keratan surat khabar bertarikh 21 Disember 1981 di celah kerusi. Hati Dina terdetik untuk membaca keratan akhbar itu.
“satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta berwarna merah telah berlaku di 3 kilometer dari Bandar Keningau. Pemandu kereta itu masih belum dijumpai...”
Dina menelan air liurnya. Badannya terketar-ketar sambil merasai seperti kereta itu menurun ke dalam gaung. Airmatnya jatuh.
...
Keningau- 23 Disember 2015 Seorang mayat wanita dalam lingkungan 30an dijumpai di sebalik semak samun berhampiran jalan raya dengan kesan lebam di bahagian dahi dan bahu. Paling mengejutkan apabila satu rangka manusia turut ditemui 500 meter dari tempat kejadian dipercayai mayat seorang pemandu yang terlibat dalam kemalangan berdekad yang lalu. Siasatan masih dijalankan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience