TV

Horror & Thriller Completed 7353

Dulu di sekolah aku ada sebuah tv dalam bilik APD. Kat situlah pelajar-pelajar tengok movie bila habis musim exam.
Nak release stress katanya. Dah penat-penat perah otak selama dua minggu. Sekarang tiba masanya untuk hiburkan hati pulak.
Nak dijadikan cerita. Tiba turn kelas aku untuk tengok movie. So kami pun bercadang nak tengok movie hantu.
Nilam, kawan aku yang paling minat cerita seram bagi suggest kat kami untuk tengok cerita Satanic Words. Dia cakap movie ni dia dapat dari kawan mamanya. Katanya lagi movie ni kuno sikit.
“Okay, kalau korang nak tengok movie ni, jangan jerit dan fikir yang bukan-bukan takut ‘benda’ mari kat kita...”
Awal-awal lagi dia dah bagi amaran dekat kami.
Masa kami tengok movie tu, aku dah rasa something dah. Then masa part dia baca mantera nak puja syaitan, aku rasa macam ada sesuatu kat almari lama di penjuru bilik APD tu.
Kawan-kawan aku pulak semua tekun melihat cerita tu.
Ada pulak satu scene masa watak utama movie tu kerat-kerat leher seorang wanita dan dilapahnya untuk dipersembahkan. Konon dapat memberikannya usia yang panjang.
Selepas 2 jam setengah tengok movie tu, kami semua pun balik ke kelas masing-masing.
Tiba kat luar pintu aku baru perasan aku tertinggalkan dompet aku kat dala tu. Aku masuk. Suis lampu pula suda lama tertutup. Dan aku tahu suis tu terletak di bilik library di seberang bilik APD ni. “Hish, mesti dorang dah tutup suis lampu...” Aku menarik nafas.
“Alah masuk jelah...” Malas lagi aku nak pegi library nak on lampu. Aku pun cari dompet bawah meja.
Skodeng-skodeng... Takde.
Then aku cari lagi di meja sebelah. Aku tunduk bawah meja dan yes jumpa pun dompet aku. Masa aku nak berdiri. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pisau berlaga dekat dengan almari di penjuru bilik itu.
“Ah, lahanat...” Peluh sudah memercik kat ketiak aku. Tiba-tiba aku teringat cakap Nilam.
“Mantera yang dia baca dalam movie ni aku takut dapat seru ‘benda’ tu”
Aku toleh memandang tv yang suisnya masih hidup. Skrin hitam. Dan di skrin tu aku nampak diri aku
Diri aku yang sedang dikelar dan disiat-siat oleh satu lembaga. Aku pitam.
Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience