Sekelas

Horror & Thriller Completed 7353

“Kriiiiinggggggggg” Bunyi loceng sekolah berbunyi kuat macam harimau pondan menjerit.
“Haishh, kelas dah nak mula ...” Aku mengeluh. Aku berjalan perlahan menuju ke kelas aku. Malas.
“Hoi Jep, apesal diam-diam je ni...” Aku menegur kawan sekelas aku. Pelik. Selalunya mulutnya lah yang paling bising macam murai takdak ekor.
Sara dan kawan-kawan sassynya sibuk bercerita tentang hal mereka. Aku melambai. Namun tidak berbalas. Selalunya, Saralah yang akan terkinja-kinja minta dilayan karenahnya. Namun tidak hari ini.
“Hellooooo....” Aku jerit. Semua orang membuat kerja masing-masing.
...
“Kamal, kenapa kamu dalam kelas ni?” Puan Dila tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Yelah ni kan kelas saya...”
“Kamal... Kamal kena pindah kelas, kawan-kawan Kamal...” Tiba-tiba nada suara Puan Dila penuh sebak.
“Semua classmate Kamal dah takde...”
“Ja...ja.. jadi cikgu...” Aku menoleh. Aku masih nampak Sara, Jep dan lain-lain sedang berborak macam tiada apa-apa yang berlaku.
“Mereka semua maut setelah terhidu gas beracun semasa mereka berada di makmal kimia kelmarin. Waktu tu Kamal tak hadir kan?”
Aku angguk.
“Jadi cikgu, mereka ni sapa?”
Aku menoleh. Kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience