Tolong

Horror & Thriller Completed 7353

Weh... weh.. tolong aku... aku di bawah katil aku. Aku sedang menyorok. Rumah aku baru je kena ceroboh oleh makhluk... arghh aku tak tau. Aku ada pernah nampak sekali. Mata dia merah, kulit dia pucat dan mulut dia...
Mulut dia bau macam mayat atau bangkai atau kedua-duanya sekali. Busuk. Aku nak nangis.
Aku rasa ayah dah takda sekarang ni. Makhluk tu sedang berada kat rumah aku. Aku rasa mak pun dah takda. Hanya aku yang sempat menyorok.

...

Dah 30 minit aku tunggu. Senyap. Aku rasa diorang dah keluar. Oh ya aku lupa bagi tau korang yang diorang adaaa ramai.
Aku melangkah keluar dari tempat persembunyian aku. Aku nampak ayah dah terkulai. Tangan dia dah putus. Aku nangis.
Mak... Aku nampak mak terbaring tidak bergerak. Kakinya penuh dengan darah. Dan badan mak luka-luka.
Tolong keluarkan aku dari sini!!
Argh aku tak peduli. Aku berlari keluar rumah untuk dapatkan bantuan.
Bila aku keluar ruma aku nampak Pakcik mat, jiran aku sedang diserang oleh makhluk itu. Dengan sekelip mata sahaja, nyawa Pakcik Mat diragutnya. Ah tak guna.
Aku patut bersembunyi. Aku lari. Di celah-celah semak samun. Aku nampak mayat bergelimpangan di sana sini.
Aku toleh belakang. Ahhh tolong aku. Nampaknya makhluk tu dah nampak aku dan sedang menuju ke arah aku. Aku kaku.
Tolong aku!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience