DEGIL

Horror & Thriller Completed 7353

Sudah satu minggu atok meninggal. Masih lagi terngiang-ngiang suara atok memanggil nama aku.
Mataku terlihat satu Labu Sayung yang terletak elok di atas mejadi dalam bilik arwah atok. Aku menuju ke bilik atok lalu membelek Labu Sayung itu. Cantik dihiasi dengan ukiran daun dan bunga kekwa yang bergentayangan. “Apalaa yang ada dalam labu ni eh? Air ke? Hehehe”
“Wan... Oh Wan...” suara Mama berjaya mengejutkan lamunanku.
“Kejap Mama...” Aku menuju ke dapur. Kelihatan Mama sedang membuat hidangan tengahari sebelum kami semua bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Ayah pula membeli beberapa snek di pekan untuk menjadi bekalan isi perut semasa dalam perjalanan nanti.
“Wan... ingat, jangan kacau apa-apa benda di dalam rumah ni...” Mama sudah memberi amaran memandangkan rumah atok mempunyai banyak barang pusaka dari zaman dahulukala. “Barang yang tertutup jangan dibuka...”
“Alaa... Mama ni, tau tau je...”
Mama kembali menyambung kerjanya yang tergendala. Dan aku pula kembali melihat labu sayung milik arwah atok.
Tanganku gatal nak membuka labu tu. Pluck! Hah terbukak! Matilaa aku...
Dengan serta merta keluar asap dari labu itu. Eh aku di mana ni? Keadaan kat kiri kanan atas belakang ku... Gelap.
Aku berada di sebuah hutan. Shussh... Aku toleh ke belakang. Macam ada sesuatu di belakang aku.
Shushhh
Bunyi tu datang lagi. Aku toleh ke belakang sekali lagi.
Ada lembaga bebrbulu tebal. Matanya merah, kukunya tajam.
“budak yang degil, yang tak dengar cakap orang tua... patut...” Suaranya garau cukup membuatkan perutku kecut mengecut.
“MATI!!!!!”
Aku berlari. Lembaga tu mengejar aku. Ish lepaskanlah aku lahanat! Kukunya yang tajam dihunuskan ke perutku. Kukunya yang tajam dihunuskan ke perutku. Kukunya yang tajam setajam chainsaw itu sempat mencakar bahu kiriku. Pedih
Perlahan-lahan dia membenamkan kukunya yang tajam tepat ke dahi aku dan ditariknya perlahan ke sebelah kanan. Darah mengalir masuk ke mata aku. Pedih. Pedih. Pedih.
...
“Wan... kan Mama dah cakap jangan kacau barang arwah atok. Sekarang apa dah jadi? Meracau siang hari. Dah cepat kita dah nak gerak ni...”
“Fuh... mimpi rupanya...” Aku mengesat peluh di dahiku. “Aduh” Aku rasa sakit. Jantung aku berdegup kencang.
Aku tengok bahu kiri aku. Ada kesan
CAKARAN
Aku pun meletakkan semula labu itu dengan penutup yang masih terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience