BAB 1

Horror & Thriller Series 1802

Hari ini hari pertama aku akan bekerja di butik besar di Kuala Lumpur.Aryana,gadis yang berasal dari Johor itu berhijrah ke Kuala Lumpur setelah pemergian ibunya,Puan Fariza.
Masih terasa sisa kepedihan kehilangan orang yang paling penting dalam hidup aku.Aku dan ibu kehilangan ketua keluarga ketika usia aku ketika itu yang belum sempat melihat dunia baru sahaja 4 bulan.Ibu menjaga aku seorang diri dengan kudratnya sendiri.Ibu bekerja sebagai penjahit baju dan mengambil tempahan daripada orang kampung.Jadi,serba sedikit aku tahu tentang menjahit baju.
Aku memberanikan diri mendaftar masuk kursus menjahit baju ketika usiaku 18 tahun selama 6 bulan.Jadi kerana itulah aku diterima bekerja di butik yang jauh dari rumah pusaka ibuku.Impian ku tersekat dulu kerana ibu tenat dua bulan yang lepas,membuatkan aku tekad untuk menjaga ratu hatiku sepenuh masa.Menggunakan duit simpanan yang ada untuk perbelanjaan harian,sehingga nafas terakhirnya.
Pemergian ibu memberi kesan besar dalam kehidupanku kerana aku anak tunggal.Segala perkara yang aku buat,akan aku lakukan bersama-sama ibu.
Pesanan ibu pada aku sebelum ibu pergi,ibu ingin lihat aku berjaya didunia dan akhirat dan aku sematkan ayat itu didalam lubuk hati yang paling dalam.Tetapi,macam manakah aku ingin berjaya tanpa ibu disisiku?
Aku bermonolog panjang ketika menunggu grab untuk menghantar aku ke butik LAUDRIE.Aku memandang ke kiri apabila terlihat sebuah kereta berwarna putih yang memberhentikan kereta dihadapanku.Aku melihat nombor plat keretanya sepadan dengan nombor plat grab yang aku tempah sebentar tadi.Aku berjalan terus menuju ke kereta itu dan masuk ke dalam kereta tersebut.
"Nak pergi butik LAUDRIE ya?" Tanya pemandu grab tersebut sambil memandang tepat wajahku yang terpantul dicermin tengah kereta.
"Ya." Ringkas jawapanku sambil tersenyum.
"Nama cik...Aryana?"Lelaki yang aku kira umurnya dalam lingkungan 20-an mula ajak berbual sambil memandu dan mencuri pandangan kepadanya.Dia mengetahui namaku daripada profile pelanggan grab dari dalam apps grab di telefon pintarnya.
"Errr...Ya."Aku terasa kekok berbual dengan lelaki asing,rasa takut turut menyerbu kerana bukan kebiasaannya bergaul atau bercakap sebarangan dengan lelaki yang tidak dikenali.
"Nak panggil nama apa ni?Arya?atau yana?Atau Aryana?" Lelaki itu tersengih.Arya menjeling tanda dia tidak selesa perbualan itu dipanjangkan.Perjalanan yang mengambil masa 7 minit itu membuatkan Aryana terasa lama.Dia mengambil tindakan untuk memasang earphone ditelinganya supaya lelaki tadi tidak bertanya apa-apa lagi tentang dirinya.Rambut ikal mayang yang panjang itu diikat sanggul untuk memudahkannya menyumbat earphone untuk membuka surah Al-mulk kesukaannya.
Tibanya di destinasi,Aryana segera menghulur duit kertas RM5 dan RM1 sebanyak dua keping kepada lelaki itu.Aryana membuka pintu dan terus keluar tanpa berkata apa-apa.

Pemergian Aryana dipandang dari jauh oleh lelaki tadi,dia tersenyum.Dia seakan tertarik akan personaliti Aryana.Wajah gadis itu berbentuk bujur,hidungnya yang tidak terlalu mancung dan tidak terlalu bulat itu membuatkan wajahnya kelihatan seperti pelakon bernama Hanna Delisha.Rambut ikal mayangnya yang bersinar membuatkan aura keremajaan Aryana terpancul.Keningnya yang nipis dan bibir mugil kemerah-merahan menambahkan lagi seri di wajah Aryana ditambah pula dengan pemakaian Aryana yang sopan dan ayu di matanya.Dia sendiri terpegun akan keayuan gadis itu.Belum pernah lagi dilihat gadis sesopan Aryana yang mampu menarik perhatian dirinya yang sejenis tidak mudah tertarik dengan perempuan.Perlahan-lahan dia membuka camera telefon pintarnya dan curi-curi tangkap gambar susuk tubuh Aryana yang sedang berjalan ke arah butik LAUDRIE.

Share this novel

dikshah
2020-04-16 07:06:40 

tajuk cite dgn jln cite to mcm tak kene lngsung..dlm cite tak nyata kan pon yg aryana ni mati..yg mati to tracy awex mikael..bkn aryana..adehhhh cite..asal boleh ea..ps to trgntung gitu je


NovelPlus Premium

The best ads free experience