BAB 8

Horror & Thriller Series 1802

Hubungan antara Aryana dan suaminya Adam semakin baik.Mereka berdua semakin mesra dan saling sayang-menyayangi.Aryana sudah cuba terima sehabis baik tentang kejadian itu.Dia percaya bahawa bukan salah Adam 100%.Perkara itu berlaku secara tidak sengaja.
"Sayang,abang nak pergi Office dah ni.Abang balik lambat sikit tau.Nak siapkan dokumen untuk meeting tengah hari esok.Cuti lama sangat,kerja bertimbun."
"Tak apa lah.Aryana okay je.Nanti apa-apa saya call awak."Aryana mencium tangan Adam.Senyuman manis dilemparkan kepada Adam.Bibit-bibit bahagia mereka baru sahaja ingin bermula.Diharapkan ia akan kekal sampai bila-bila.
"Okaylah,jaga diri sayang.Nanti call abang kalau ada apa-apa hal.Bye sayang,assalammualaikum."Adam keluar dari pintu Condominium yang baru sahaja dibelinya 3bulan yang lepas.
"Waalaikumsalam."Jawab Aryana.Pagar ditarik tanpa berkunci.Pintu juga tidak dikunci kerana sekejap lagi Aryana ingin turun untuk membuang sampah.
Aryana menuju ke ruang Laundry untuk membasuh baju.Penutup mesin basuh dibuka,dan dimasukkan pakaiannya dan Adam.Tiba-tiba dia terdengar bunyi pagar ditarik.Didalam mindanya,dia mengagak itu adalah Adam.Mungkin ada barang tertinggal.Dia mendiamkan diri dan menunggu Adam memanggilnya.Namun tidak kedengaran suara Adam.Aryana keluar dari bilik Laundry dan meninjau sekeliling.Tiada sesiapa.Dia bingung.Mungkin jiran sebelah kot.
Aryana masuk kembali ke bilik Laundry.Dia menyambung tugasnya.Dari belakang,badannya dipeluk erat.Hangat...
Aryana terkejut.Adam??Aryana memusingkan badannya.Ya Allah,Mikael?!!!!
"Mika,lepaskan Aryana!"Mereka bergelut.Aryana menjerit namun mulutnya ditekup oleh tangan Mikael.
"Wanginya rambut you Aryana.I suka."Mikael berbisik ditelinga Aryana.
"Lepaskan aku!"Aryana menjerit.Baju tidur yang belum ditukar oleh Aryana membuatkan Mikael bertambah geram.Terlihat sungguh seksi dimata lelakinya.
"You pakai baju ni nampak cantik Aryana.I suka."Mikael mengeratkan lagi pelukkannya.Dia menarik Aryana ke ruang tamu.
"You jangan cuba nak lari.Pintu rumah you,I dah kunci."Mikael tersenyum.Dia bahagia dapat memeluk gadis itu.Akhirnya dia dapat memiliki Aryana.
"Apa kau cuba buat ni?Lepaskan aku!"Aryana sudah semakin lemah.Bajunya habis terselak dan menampakkan kakinya.
"Putihnya badan you...."Mikael memuji.Sangat cantik.Namun,sayangnya milik Adam.Rahsia Adam dan Aryana sudah diketahuinya.Dia menyelidik hampir sebulan tentang Adam dan Aryana sehingga membuatkan dia menjumpai alamat dan nombor rumah mereka.Perkhabaran itu membuatkan Mikael menggila.Dia sudah mula cintakan Aryana walaupun hanya melihat Aryana dari jauh.
Aryana yang sudah mula menangis teresak-esak dicium sepuasnya oleh Mikael.Bertambah kuat jeritan halus Aryana apabila tubuhnya diperlakukan sesuka hati oleh Mikael.Dalam fikiran Aryana,dia terbayang wajah suaminya.Dia tidak tahu apa patut dia lakukan.Sudah berkali-kali dia meronta untuk dilepaskan.Namun tidak berjaya.Tubuh sasa Mikael membuatkan Aryana tidak boleh bergerak sedikitpun.
Baju Aryana hampir terlerai semasa cuba dibuka oleh Mikae,namun tidak berjaya kerana Aryana meronta tidak diam.Setelah beberapa jam,Mikael bangun.Dia tersenyum.
"Thanks sayang.I will come back.Kalau you cuba bagitahu sesiapa,I akan bunuh Adam."Mikael berjalan keluar dari rumah dengan hatinya senang.Dia berasa puas hati.Dia melakukan ini kerana dia berasa Adam tidak layak mendapat Aryana,dia yang patut dapat Aryana bukannya Adam!
Aryana menangis kuat.Dia menangis dan terus menangis.Matanya habis sembab dan bengkak.
Apa yang harus dia jawab pada Adam?Takkan dia perlu berahsia?NO!
Aryana masuk ke dalam bilik air dan membasahkan badannya.Tidak disangka-sangka,hari ini dia akan melalui pengalaman yang buruk lagi.Dia duduk disudut bilik air sambil mencangkung dan memeluk tubuh.Hampir satu jam Aryana duduk dalam keadaan begitu,dia bangun dan menukar pakaian.
Setelah menukar pakaian yang bersih,Aryana berbaring diatas katil.Dia menarik selimut sehingga menutupi muka dan seluruh tubuhnya.Hatinya remuk dan sakit.Dia masih bingung apa dengan apa yang terjadi.Dia pelik kenapa tiba-tiba sahaja Mikael sepupu suaminya berkelakuan seperti itu.
"Sayang..."Seruan suara orang yang dia sudah mulai sayang kedengaran perlahan.Mata Aryana yang bengkak akibat menangis sepanjang hari membuatkan Aryana sukar untuk membuka mata.
"Sayang...Aryana.Bangun.."Selimut ditarik perlahan.Adam menyelak sedikit rambut yang menutupi wajah isterinya itu.
"Eh sayang,kenapa ni???"Adam terkejut.Mata isterinya bengkak dan merah.
"Kenapa mata sayang bengkak?Sayang nangis?Kenapa ni?Cuba cakap."Tanya Adam bertubi-tubi.Badan Aryana sejuk.Adam dapat merasai kesejukkan tubuh Aryana dari tangan Aryana.Aircond yang terpasang pada suhu 16° tu diperlahankan pada 25°.
Aryana bangun dan terus memeluk Adam.Aryana menangis kuat.
"Sayang...kenapa ni?Jangan buat Abang risau."Adam menggosok perlahan belakang badan Aryana.
"Saya takut..Saya takut."suara Aryana bergetar.
Perasaan risau Adam,memuncak.Dia memeluk Aryana seeratnya.Dia tidak tahu apa yang terjadi,tapi pastinya dia terasa sakit melihat isternya menangis.Harini sudah hampir 3 bulan perkahwinan mereka.Jadinya,dia sudah semakin sayang dan mencintai keperibadian isterinya.
"Sayang....shhh..Jangan menangis lagi.Abang ada ni."Adam memujuk lembut.
Malam itu,Aryana tidur dalam keadaan trauma.Dia masih menangis perlahan.Dengusan halus nafas Adam yang hampir ditelinganya membuatkan dia terasa sedikit selamat.Dia tahu,esok suaminya akan outstation ke Bali.Dia risau,jika Mikael datang lagi ke rumahnya.Apa yang terjadi antara mereka sangat menjijikkan dan memalukan.Kalaulah Adam tahu....pasti dia akan mengamuk teruk.

Pagi subuh itu,Adam bangun untuk solat.Dia menggerakkan tubuh isterinya.Namun,terdiam sepi.Aryana tidak menyahut.
"Aryana sayang...bangun.Subuh dah ni.."Adam mengusap kepala isterinya.
"Saya cuti harini."Aryana berkata dengan suara lemah.Dia terasa ingin demam pula.Namun dia hanya mendiamkan sahaja.Tidak mahu Adam risau.
"Oh yeke,tak apa lah.Tidurlah.Kejap lagi abang nak pergi kerja dah abang kejut sayang ya?"Ujar Adam dan berlalu masuk ke bilik air untuk mandi dan solat.Usai mandi dan solat,Adam terus bersiap-siap.Dia melihat jasad isterinya yang tertidur lena di atas katil mereka.Apa yang jadi semalam?Mengapa isterinya menangis?Adam masih tertanya-tanya.Dia ingin memberikan masa kepada Aryana.Dia tidak mahu memaksa isterinya untuk berterus-terang sekarang.
Adam sudah bersiap untuk pergi ke office,hari ini dia akan balik lambat seperti semalam kerana perlu menyiapkan beberapa paperwork yang tertangguh.Grab juga sudah jarang dia bawa kerana agak sibuk dan tiada masa terluang lagi.
Adam menggerakkan sedikit tubuh Aryana untuk menyedarkan isterinya itu.Aryana membuka mata perlahan-lahan.Samar-samar wajah suaminya terlayar dilensa mata.
"Awak nak pergi dah ke?Balik pukul berapa nanti?"Tanya Aryana.Dia ingin mengunci pintu sehingga Adam balik.Dia takut kalau kalau Mikael datang lagi.
"Abang balik lewat sayang.Sayang jangan tunggu ya?Abang ada kunci abang."Adam membelai rambut panjang ikal mayang Aryana.
"Hmm.Kalau macam tu,tak apalah.Nanti apa-apa hal Aryana Call awak."Aryana menghulur tangan untuk bersalaman dengan suaminya.Setelah itu,Aryana menarik selimut tebal sehingga menutup mukanya.Adam hanya menggeleng melihat gelagat Aryana.
Dari dalam selimut,Aryana mendengar bunyi pintu bilik ditutup.Aryana segera bangkit beberapa minit selepas Adam pergi.Dia mengunci pagar luar dengan mangga besar.Kemudian mengunci pintu utama dengan 2 selak yang sedia ada.Aryana ke dalam bilik dan berselebung.Dia menggigil.Dia berasa trauma dengan apa yang terjadi.Dia takut kalau Mikael datang lagi.
Bunyi azan zohor berkumandang dari surau berdekatan menyedarkan Aryana dari tidurnya.Aryana bangkit dan melihat jam di telefon bimbitnya.
"Lamanya aku tidur.Rasa lapar lah pulak."Aryana bercakap sendiri.
Aryana memulas tombol pintu bilik perlahan-lahan.Menguak sedikit pintu bilik melihat suasana suram diruangtamu.Perasaannya berasa tidak senang.Dia berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur dan membuka peti sejuk.Ketika dia sedang menuang air ke dalam cawan,bunyi loceng rumah kedengaran.
KRINGGGG!KRINGGGG!! . Loceng ditekan dua kali oleh orang itu.Aryana membuka pintu dan terus tersentak apabila melihat wajah Mikael yang tersenyum penuh makna dihadapan pintu pagar rumahnya yang dikunci.
"Aryana ..buka pintu ni sayang.I taktahan rindu ni kat you.I terbayang-bayang tentang apa yang jadi semalam."Mikael mengungkap kata-kata kotor.Aryana mula berasa takut dan marah.
"KAU DIAM!kalau kau cuba masuk lagi,aku call 5.55polis!Pergi dari sini sekarang!"Halau Aryana sambil membuntangkan mata.Hatinya membara.Perasaan marahnya mula semakin marak.
"Hei,baby.Apa ni marah-marah?I cuma minta apa yang i layak dapat dari you je.Buka pintu ni...atau kalau i jumpa you kat luar...lagi teruk you i buat tau.Kira okay semalam tu,i bagi can kat you.Kesian kat Adam kalau I masuk jarum cepat sangat kan?"Mikael gelak besar.
"Hei!Kau diam eh!Kau memang takguna.Aku sumpah dengan Nama Allah sampai aku matipun aku takkan maafkan kau!"Aryana marah dan terjerit-jerit.Suaranya yang nyaring membuatkan jiran sebelah rumahnya keluar dari rumah dan menjenguk.
"Heyy,whats upp?What Happened?"Tanya lelaki india jiran sebelah rumah Aryana.Dia doktor dj sebuah klinik.
"Help me sir,that guy trying to disturb me!"Aryana meminta tolong.Mikael pula sudah panik.Takut ditangkap polis,Mikael berlalu dari situ secepat mungkin.
"Heyy!!" Jerit lelaki India itu.Kemudiannya,lelaki India itu keluar dari rumah.
"You masuk dalam okay,I turun buat report pada security.Supaya next time,muka lelaki tu tak dibenarkan masuk ke kawasan sini."Ujar Lelaki India itu sambil berjalan laju.Dia memang sejenis yang prihatin,lagi-lagi pada kaum wanita.
Aryana hanya mengangguk dan berlalu masuk dengan wajah pucat lesi.Kepalanya pening,dan terasa ingin pitam.
Aryana berjalan setapak,dan langkah kedua dia rebah.Mata menjadi kabur dan kemudian pandangan menjadi gelap.Aryana sudah tidak sedarkan diri.

Share this novel

hanan
2021-10-19 01:43:39 

next pls☺️


NovelPlus Premium

The best ads free experience