BAB 7

Horror & Thriller Series 1802

"Mama!Dianna tak suka lah girlfriend Adam tu.Sampai hati Adam!Dianna tunggu dia,sanggup tak bercinta dengan sesiapa pun kat german.Demi Adam.Dianna takkan biar diorang bahagia!"Dianna membentak.Kakinga dihentak kuat diatas lantai mozek biliknya.Dia mendengus kuat.
"Habistu,apa kamu punya plan?Mama tak setuju jugak.Ada ke patut tiba-tiba balik bawak girlfriend.Dulu punya la dia bawak Dianna kesana ke mari.Tup-tup,bercinta dengan orang lain."Datin Fazura berkata dengan wajah berkerut.Dia berasa sebal.Kasihan anak perempuan tunggalnya itu.
"Dianna benci lah macam ni!Haish!"Dianna menjerit kuat.Matanya berair.Dia ingin menangis.Mikael yang baru sahaja melewati bilik Dianna,berhenti seketika.Dia terpandangkan susuk tubuh Dianna yang duduk dibirai katil.Disebelahnya,Puan Fazura.
"Aunty Zura..Dianna?Kenapa ni?"Tanya Mikael sambil menguak pintu bilik Dianna yang sudah terbuka sedikit.
"Ni,Dianna sedih sebab Adam.Aunty pun pening.Sampai hati Adam.Dianna tunggu Adam dah lama."Jelas Datin Fazura.
"Oh...tapi Aunty.Bukan salah Adam,lagipun Adam sayangkan Dianna sebagai adik sahaja.Tak lebih tak kurang.Dianna yang salah faham!"Balas Mikael sambil melabuh duduk diatas sofa baldu di sudut bilik yang berwarna emas itu.
"Tak!Aku takkan maafkan Adam.Aku nak kau tolong aku Mika!Atau aku akan pecahkan rahsia kau."Mata Mikail membulat mendengar kata-kata Dianna.Gila!Dia hampir sahaja mengkantoikan dirinya.
"Kau jangan main-main dengan aku Dianna.Kau jangan lupa apa aku pesan sebelum balik malaysia."Mikael memberi amaran.
"Jadi kalau kau taknak tu berlaku.Kau tolong aku!"Dianna terus mengugut.
"Apa ni?Rahsia apa yang kamu berdua simpan?"
Tanya Datin Fazura terpinga-pinga.
"Tak ada apa Aunty.Mika balik masuk bilik dulu lah.Nak rehat dan mandi."Mikael berjalan keluar.Datin Fazura Tercengang.Dia mengalih pandangan tanda tanya kepada Dianna pula.
"Ma,i nees some space.I want to rest now.Please,go out from my room."Dianna menekan ayatnya.Dia tahu,ia pasti akan membuatkan Datin Fazura berang.Selepas ini,pasti pelbagai persoalan akan ditanya.

-------

3 YEARS AGO...

"Oh God!Apa you dah buat ni Mika?"Dianna menekup mulut.Keadaan didalam apartment milik Mika berselerak.Rak kasut,meja makan,sofa dan kain bertaburan dilantai.Bau darah yang sangat pekat menusuk dihidung Dianna.Terlihat sekujur tubuh gadis German yang terkulai ditengah ruang tamu.Wajah Mika yang bengis serta tangan yang terketar memandang tepat anak mata Dianna.Dianna mula kecut perut.Dia bingung dengan apa yang terjadi.
"Mika....you...you bunuh Tracy?Why Mika?She is your girlfriend!"Dianna terduduk.Dia menangis dan ketakutan.Tujuan dia datang ke apartment Mikael untuk meminta Mikael menemaninya ke kedai dan makan malam.Dia cuba menghubungi Mikael berpuluh kali tapi tidak dijawab oleh Mikael.
"No!Tracy cheated on me!Aku akan bunuh sesiapa sahaja yang aku sayang yang cuba tinggalkan aku...ARGHHHHHHHH!"Mikael menjerit.Dia membaling pisau tajam itu.Hampir sahaja terkena Dianna.
"Sabar,Mika.Please don't do this,it's not right.Polis akan cari you.Aku taknak kau kena tangkap.Family kita akan malu.Kau kena buat something.Aku takut!Tolong jangan apa-apa kan aku!"Dianna bercakap sambil menangis.Dia terlalu takut.Sehinggakan badannya menggigil tanpa berhenti.Tangan dan kakinya sejuk.Wajahnya pucat.Mikael berjalan mendekati Dianna,dia memeluk Dianna sekuat hati.Habis baju Dianna terlekat darah yang ada di tangan dan tubuh Mikael.
"Kalau kau taknak aku apa-apa kan kau.Kau perlu tolong aku."Mikael berbisik ke telinga Dianna.Dianna mengigit bibir.Posisi tubuh mereka sangat dekat.Dadanya terhimpit oleh badan Mikael.Dia takut,pisau yang sempat dicapai Mikael sebelum memeluk Dianna membuatkan keadaan menjadi panik.
"Kau nak aku tolong apa?"Dianna bertanya dengan suara bergetar.
"Ikut aku."

Jam menunjukkan 3pagi.

Mikael memandu laju kereta miliknya dan Dianna disuruh untuk memegang beg berisi mayat Tracy.Dianna memandang Mikael dari ekor matanya.Terlihat wajah bengis Mikael.Dia jadi takut.Dia tidak pernah melihat Mikael seperti ini.Perwatakkan Mikael sangat berbeza.Patutlah sejak seminggu yang lalu,Mikael tidak memunculkan diri.
Setahu Dianna,Mikael pernah menghidap penyakit mental illness sewaktu mereka berusia 16 tahun.Mikael disahkan penghidap mental illness,Skizofernia iaitu gejala psikotik yang mengganggu, gejala afektif dan kognitif seperti khayalan, halusinasi, kemurungan, kegelisahan, insomnia, kesukaran dalam konsenstrasi, kecurigaan dan penyingkiran sosial. Dia sering bersendiri,duduk didalam bilik.Kurang bercakap dan sentiasa terlihat dalam keadaan kegusaran.Perkara ini disedari oleh Dianna kerana perubahan sikap Mikael yang terlalu ketara.Namun tidak disedari oleh Mama dan Papa Mikael kerana kesibukkan mereka bekerja dan sentiasa pergi outstation.Kehidupan Mikael banyak dihabiskan bersamanya dan Adam.Mereka bertiga sering bermain bersama dan berkongsi masa terluang.Keakraban mereka membuatkan Adam dan Dianna menyedari hal itu.Mikael dibawa ke Hospital oleh Datin Fazura .Setelah dimaklumkan kepada Mama dan Papa Mikael,Mikael dibawa berubat.Beberapa tahun selepas itu,Mikael terlihat semakin pulih seperti sediakala.
Tetapi,entah mengapa hari ini,Mikael yang sudah berusia 23 tahun,kembali menjadi seperti dulu.Sudah seminggu Mikael tidak memunculkan dirinya di kelas.Memandangkan Dianna dan Mikael mengambil kos yang sama,dan duduk dalam satu kelas yang sama,Dianna menyedari ketidakhadirnya Mikael ke Kelas.Lamunan Dianna terhenti apabila terdengar esakkan halus.Mikael menangis.
"Mi...mika..Are you Okay?"Dianna memberanikan diri bertanya.
"No!Im not.Apa kurangnya aku Dianna?Kenapa Tracy curang?Kenapa dia buat semua ni?Kenapa?Aku taknak bunuh dia.Tapi dia patut mati.Kalau aku takdapat dia,orang lain takpatut dapat dia.Kau tahu Dianna,Tracy tidur dengan lelaki lain seminggu yang lepas.Aku dapat tahu dah berkali-kali dia tidur dengan lelaki tu.Aku dengan Tracy dah terlanjur Dianna.Tapi kenapa dia sanggup tidur dengan lelaki lain lepas apa yang dah ak7 buat dengan dia.Aku nak bertanggungjawab.Aku sayang kan dia!"Mikael mengetuk stering kereta sekuat hati.Dianna terpempan mendengar pengakuan Mikael.Dia tidak mampu membalas apa-apa.
"Aku tak patut kenal Tracy.Dia memang patut mati!Kau tahu Dianna?Sebelum dia mati tadi,dia sempat tidur dengan aku.Aku cium dia,aku peluk dia,aku cakap aku sayang dia.Dia cium aku jugak,peluk aku jugak.Dan dia kata dia sayang aku jugak.Masa dia peluk aku tu....aku tusuk perut dia sedalam-dalamnya.Lepastu kan Dianna,aku seret dia dan humban dia.Aku hempuk dia dengan kerusi.Aku seksa dia cukup-cukup.Puas hati aku!"Mikael gelak besar.Seperti apa yang dikatakan sangat kelakar dan lucu.Dianna menangis perlahan.Dia ketakutan dan dia juga berasa sedih serta kasihan dengan Mikael dan Tracy.Apa sudah jadi?
"Aku akan bunuh orang yang cuba tinggalkan aku."Ayat terakhir Mikael membuatkan bulu roma Dianna tegak.
Sesampai di hutan,kereta diberhentikan.Suasana malap yang hanya diterangi lampu kereta itu membuatkan keadaan bertambah seram.Beg berisi mayat diseret perlahan oleh Mikael.Dianna pula disuruh memegang cangkul.
Terlihat samar-samar sebuah telaga buruk yang gelap.Beg berisi mayat Tracy dibuka.
Mikael tersenyum,Pisau ditepi poket beg ditarik Mikael dan dia menoreh-noreh badan dan muka Tracy.Dianna menekup muka.
"Ini nasib kau Tracy.Kalau kau setia,pasti kau akan bahagia dan tak mati macam ni."Mikael tersenyum.Dia menarik zip beg,dan menutup mayat Tracy.Beg berisi mayat itu dicampak ke dalam telaga yang dalam dan gelap.Mikael mengambil cangkul dari tangan Dianna dan mengorek tanah ditepi telaga dan mengkambus telaga.Oleh kerana telaga itu terlalu dalam dan memakan masa untuk ditimbus sehingga penuh,jadi Mikael mengambil keputusan untuk menimbus telaga itu separuh sahaja.
"Jom Dianna!Kita dah selesai."Mikael menarik tangan Dianna.
"Rahsia ni,antara kau dan aku je.Kalau terlepas pada sesiapa,aku akan bunuh kau dan orang yang kau beritahu.Ingat sampai mati Dianna!"Ugut Mikael.Dianna menunduk dan mengangguk perlahan.
Dianna tersentak apabila telefonnya berbunyi.Hilang melayang segala lamunan 'flashback' nya ketika itu.Tertera nama Mikael diskrin telefon.
"Hello?Kau nak apa?"Tanya Dianna kasar.Dia terasa rimas dengan Mikael kerana sering menggugut dirinya.
"Aku nak ingatkan kau janji kita tiga tahun lepas.Jangan lupa,atau aku bunuh mama kau dan juga Adam!"Mikael menggugut.
"Ish!Ya,aku tahu!Dah takpayah nak ugut-ugut banyak kali.Bye!"Dianna menamatkan perbualan.Kepala yang berserabut ditekan kuat.
Mikael pula tersenyum senang.Dia pasti,Dianna tidak berani membuka mulut.Dia berbaring di atas katil sambil memandang siling.Wajah Aryana,girlfriend Adam terlayar dimindanya.Wajah Aryana yang manis dan ayu terlihat seperti Tracy.Dia merindu Tracy dan juga mula menyukai Aryana.Hatinya berbisik supaya dia mendapatkan Aryana secepat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience