BAB 3

Horror & Thriller Series 1802

Jam menunjukkan pukul 7.30 malam.Aku dibenarkan pulang setelah siap tutup kedai.Setelah selesai semuanya,aku berjalan keluar dari butik tersebut.Aku membuka telefon pintarku untuk membuat pesanan kereta grab.Beberapa minit kemudian,pesanan grab diterima.
Sebuah kereta berwarna putih berhenti dihadapanku.Aku melihat semula nombor plat dan nama pemandu tersebut.

ADAM ARASH
WAA 0091

Macam.....
EH?DIA LAGI ?!
"Hai Aryana!Come in.." Ujar Adam,pemandu grab yang menghantar aku pagi tadi.Macam mana boleh dapat grab dia lagi?Ish tak boleh jadi ni..
"Errrr....Ya."Aku menjawab ringkas.
"Aryana kerja kat butik LAUDRIE tu ke?Memang setiap hari pergi kerja pukul 8.30 pagi sampai 7.30 malam ke?"Soalan ditanya bertubi-tubi membuatkan aku terkedu.Dia ni buat macam kenal aku dah lama pulak!
"Ya!betul."Jawab aku seraya mengangguk kepala.
"Kalau macamtu,boleh tak kalau saya hantar dan ambik Aryana setiap hari?Lagipun saya sekarang kurang dah buat grab,saja suka-suka isi masa lapang.Alang-alang saya dah kenal Aryana,baik biar saya je hantar."Pernyataan terus Adam membuatkan Aku terbuntang mata.Biar betul weh?!Aduhai.....Mati la aku.
"Saya rasa tak kot.Saya tak biasa dekat sini.Saya tak kenal awak,dan awak pun hanya kenal nama saya.Saya baru je datang kl ni,so tak berani nak percaya sesiapa."Aku menjawab dengan satu nafas.Aku rasa agak kurang selesa.Berbual dengan lelaki asing,bukan perkara biasa bagiku.
"Oh,awak bukan orang KL la ni?Awak tahu tak,area KL ni bahaya tau.Banyak dah Kes perempuan kena rogol,kena culik,kena ragut.Awak tak takut?Saya lah paling baik pun kat Kl ni tau."Adam tersengih macam kerang busuk.Dia guna taktik takutkan aku pulak.Erm,tapi macam takut jugak dengar.Kl ni tak ada lah besar mana tapi bahaya dia ada di mana-mana.Berderau jugak darah aku dengar kes-kes seperti yang disebut Adam.Macam mana eh?Nak terima atau tidak tawaran Adam ni?Tapi kenapa lah aku rasa aku selamat dengan lelaki ni.Baru sahaja kenal pagi tadi!
"Hmmm....Kalau macam tu baiklah!Tapi ingat...kalau awak cuba apa-apa kan saya.Saya akan report polis!"Aku memberi peringatan.Lelaki di KL tak perlu terlalu percaya,banyak benda yang berselindung.Aku harus tetap berhati-hati walaupun pada jauh sudut hati,aku merasakan Adam seorang yang baik-baik sahaja.
"Wah!Terima Kasih.Esok saya datang ambik Aryana pukul 8.15 tau."Adam memberhentikan kereta sesampainya di pagar rumah aku.
"Okay.Assalammualaikum.Eh,berapa ringgit nak kena bayar ni?"Aku bertanya dari luar tingkap kereta sejurus keluar dari kereta.
"Takpayah lah,tu sebagai tanda terima kasih sebab terima tawaran saya.Waalaikumsalam Aryana.Bye!"Adam meluncur laju meninggalkan aku yang terpinga-pinga.FREE JE?aduhai...ada lagi ke orang sebaik ni kat dunia ni?
Aku menggeleng kepala sambil menapak masuk ke dalam rumah.Kunci rumah aku keluarkan dan terus membuka pintu rumah.Terlihat rakan serumahnya yang baru balik dari kerja.
"Eh Arya,baru balik ke?"Tanya Fazira.
"Ha a...Fazira pun baru balik eh?Muka nampak penat sangat tu."Balas aku sambil mengambil tempat di sebelah Fazira.
"Ya,Fazira pun baru balik jugak.Harini memang penat sangat,tak larat.Rasa nak demam je ni."Muka Fazira pucat tidak bermaya.Terasa ingin rebah pula.
"Fazira dah makan?Nak Arya masakkan bubur ayam tak?"Mood memasak aku sudah datang.Terasa rajin nak memasak pula.
"Eh,Arya pandai masak ke?Fazira tak pernah usik pun dapur tu sebab tak pandai masak.Boleh jugak kalau Arya nak masakkan.Dapatlah rasa air tangan Arya."Ujar Fazira sambil mengekek perlahan.Dituruti aku juga.
"Boleh lah kalau setakat nak masak untuk Fazira dan diri sendiri.Okaylah,Fazira pergi naik mandi dulu.Solat,lepastu turun makan tau."Fazira tersenyum mendengar ungkapan rakan serumahnya itu.Baru pertama kali dia mendapat rakan serumah yang baik,yang menjaga solat.Walaupun Aryana tidak memakai tudung,Fariza merasakan akhlak Aryana lebih bagus darinya.
"Baiknya Arya...Thankyou babe!Fazira naik dulu."Fazira berlari anak menaiki tangga.Tidak sabar nak merasa air tangan Aryana.

Aku menapak ke dapur,membuka peti sejuk dan melihat-lihat bahan untuk dimasak.Aku mengambil isi ayam,carrot dan kentang.Setelah itu aku mencedok beras didalam tong beras dan mencuci beras sebanyak 3 kali sehingga air beras jernih.Aku memotong isi ayam menjadi halus dan carrot dihiris halus.Periuk sederhana dipanaskan dan dimasukkan air masak.Beberapa minit selepas itu,bubur nasi dah siap.Bau harum semerbak bubur ayam memenuhi ruang dapur.
"Wah...Arya!Bau sedap lah...tak sabar nak makan."tegur Fazira tiba-tiba.
"Eh...tak ada lah.Dah siap ni,jom makan!"
Bubur dicedok ke dalam dua mangkuk kecil.Satu untuk Fazira,dan satu untukku.Fazira mencedok sesudu bubur ke dalam mulutnya.
"Ya Allah...Arya.Sedapnya!Pandai nya Arya masak.Nanti ajarlah Fazira,boleh Fazira masakkan untuk boyfriend Fazira nanti."Fazira tergelak kecil.Lega terasa dapat makan bubur panas tambah sedap pulak tu.Macam ni hari-hari demam pun tak apa!
"Ish...jangan lah puji-puji sangat.Malu tau!Boleh je Fazira,nanti cuti Arya ajar okay?"
"Betul ke?Wah....Tak sabar!Janji tau."
"Okay babe!Promise."Aku mengangkat tangan seperti berikrar.Kami bergelak ketawa sesama kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience