BAB 5

Horror & Thriller Series 1802

Kereta Axia berwarna Rosegold milik Aryana diparking berhadapan rumah besar itu.Aryana memandang sekeliling.Cahaya suram diluar rumah menambahkan keadaan seram.Dia terasa hairan.'Abang Zira tinggal sorang je ke ?Senyap sunyi je ni'Hati Aryana bermonolog.Fazira membuka pintu tergesa-gesa membuatkan Aryana turut turun dari kereta dan terus ke pintu rumah.Perlahan-lahan pintu dibuka oleh Fazira,Aryana meliarkan matanya memandang sekeliling.Gelap,sunyi.Biar betul ni?
Tiba-tiba pintu ditutup.Aryana tersentak,dia ketakutan.Bayang Fazira sudah tidak kelihatan,dia tidak nampak apa-apa.Keadaan dalam rumah gelap gelita.Sedang dia berjalan,Aryana tersepak sesuatu,dia jatuh tersungkur.Dia terjerit halus,sakit!Dia menggosok hujung ibu jarinya.Dalam hatinya dibaca ayat-ayat kursi untuk melindung diri.
'CLICK'

'ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN ARYANA IRLIA
ALLAH SELAMATKAN KAMU...'

Lagu dimainkan berulang kali,lampu terbuka satu persatu.Aryana terkejut.Matanya terbuntang luas.Adam...Harith...Fazira?
"Apa ni?Korang!!!!"Aryana menekup muka.Dia terkejut akan kejutan ini.Aryana terasa terharu.Tiada siapa yang tahu tentang hari lahirnya kecuali Fazira.Dengan Adam pun dia merahsiakan tarikh lahirnya.

"Aryana sayang...bangun.Tiup lilin..."Adam memanggil lembut.Fazira dan Harith saling berpandangan.'Bila la aku dapat macam ni'Kedua-dua mereka mengatakan didalam hati.
Aryana bangun,meniup lilin dan diiringi tepukan dari dari Adam,Harith dan Fazira.
"Terima Kasih korang..Aku hargai sangat.Aku tak sangka!Aku sayang korang semua."Ucap Aryana di akhir kata.Aryana memeluk Fazira,Adam dan Harith hanya tersenyum.Hati Adam malam ini berdegup kencang melihat Aryana,hati lelakinya melonjak inginkan Aryana.Dia perasan yang malam ini Aryana kelihatan sungguh menawan.Baju tidur Aryana yang jarang sehingga menampakkan baju tidurnya membuatkan Adam menelan liur.Dia menyabarkan hatinya.Sabar Adam,kau kena tahan!Nanti dia benci kau kalau dia tahu kau fikir bukan-bukan tentang dia!Hatinya berdetik.Adam mencapai selimut yang dibawanya untuk menginap disini dan menutup tubuh Aryana.
"Eh..Thankyou!Maaf..Baju tak sesuai."Ujar Aryana,dia berasa malu yang teramat.Adam tersenyum,Harith pula sibuk berbual dengan Fazira.
"Baju Aryana jarang sangat ni,naiklah tukar.Tak elok lelaki-lelaki lain tengok."Aryana mendengar arahan Adam dan terus menaiki tangga untuk ke atas.Adam pula mengemas meja dan menyimpan makanan yang berlebihan.Aryana telah diberitahu bahawa mereka akan menginap di Rest House ini sehingga esok petang.Fazira dan Harith berjalan ke ruang tamu sambil berbual rancak.Adam hanya membiarkan.
Aryana membuka almari bilik yang tertulis Master,dia menebak itu bahawa dia boleh memilih mana-mana bilik yang dia mahu.Dia membuka Almari dan terlihat ada banyak pakaian.Dia menganggap mungkin itu baju tuan Rumah.Aryana menggapai sehelai sehelai t-shirt hitam berlengan panjang.Dia membuka baju dan terus menyarungkan baju.

Adam berjalan laju mencari Aryana kerana risau Aryana tersalah masuk bilik.Dia mencari disetiap bilik didalam rumah Rest House yang sebenarnya adalah milik arwah ibunya.Setelah penat mencari,dia menganggap mungkin Aryana sudah turun ke bawah bertemu Fazira dan Harith.Adam bangun dan terus memasuki bilik yang gelap.Tanpa membuka lampu,Adam terus masuk ke bilik air untuk mandi.Usai mandi,Adam mengambil wuduk untuk solat Isyak.Ketika dia habis solat,dia terasa mengantok yang teramat.Mungkin kerana tadi dia memakan ubat Migrainnya sebelum naik ke atas tadi.Dia terus berbaring di atas katil dan menarik selimut.

....

Keesokkan pagi...

"ADAM!!!!!!!!!!!!"Jeritan Aryana menggegarkan seluruh ruangan rumah agam itu.Fazira yang baru sahaja selesai mandi pagi terkejut.Begitu juga dengan Harith yang sedang menonton televisyen di bawah.Mereka berdua bergegas ke dalam bilik yang didengari suara milik Aryana.
"Ya Allah....Aryana!"Fazira terkejut.Apa sudah jadi ?Aryana duduk di atas katil yang sama Adam duduk.Adam pula terpinga-pinga.Dia masih terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi.
"Maaf...maafkan saya Aryana.Saya tak buat apa-apa pada awak.Sumpah!Masa bila awak masuk bilik ni?Semalam saya tertidur lepas makan ubat dan solat isyak."Adam menarik tangan Aryana dan ditampar kuat.
'PANGGGGGGGGGGGGGG!!!'
"Kau penipu!Kau munafik!Kau jangan sentuh aku.Selama ni aku dah silap sayang orang.Aku sayang orang yang dah rosakkan aku!Aku benci kau.Jangan pernah kau tunjuk muka kau pada aku!"Aryana bangun dan berlari sambil menangis kuat.Dia terus membawa keretanya dan pergi dari situ.Aryana membawa diri ke hotel berdekatan disebabkan dia tidak membawa kunci rumah dan dia perlu menunggu Fazira .
Jam ketika itu menunjukkan jam 9pagi,dia terlelap sambil menangis didalam hotel.Dia menangis kembali mengingatkan dirinya yang sudah kotor.Disentuh oleh orang yang paling dia sayang.Dia tak sangka semua ini akan berlaku!Dia sayang Adam tapi bukan bermakna Adam boleh buat dia seperti ini.Dia baru sahaja ingin menerima lamaran Adam sebulan yang lepas.Sekarang dia berasa ragu-ragu.Dia takut kalau dia mengandung anak luar nikah!

Dirumah itu,Adam berada dalam keadaan tertekan dan serabut.Rambutnya ditarik-tarik.Migrainnya sudah datang menyerang.Dia buntu,dia takut kehilangan Aryana.Fazira menangis sedih,dia risau akan Aryana.Harith pula termenung mengenang apa yang terjadi.
"Harith..Zira..Aku tak buat semua tu dekat Aryana.Aku tak pasti apa.yang jadi semalam.Aku naik atas cari Aryana tapi tak jumpa.Aku mandi,aku terus solat dan tidur sebab aku makan ubat.Aku takkan sampai hati buat benda ni pada dia...Ya Allah..."Luah Adam,air mata lelakinya jatuh.Dia tidak dapat menghubungi Aryana kerana Handphone Aryana dalam keadaan Off.Ya Allah,mana Aryana?!

Adam terpaksa membuat report polis setelah kehilangan Aryana selama 3 hari.Aryana tidak pergi kerja atau balik ke rumah.Aryana hilang tanpa jejak.Adam sudah puas mencari.Polis menjalankan siasatan dan mendapat laporan bahawa Aryana berada di hotel yang berdekatan dengan Rumah Adam.
Jam 8malam hari keempat kehilangan Aryana,pihak polis bersama 3 orang anggota lain serta Adam,Fazira dan Harith menyerbu bilik hotel penginapan Aryana.
Aryana dijumpai dalam keadaan berselubung didalam selimut tebal.Pihak hotel memaklumkan bahawa Aryana booking bilik hotel yang dia inapi selama 3 bulan.Fazira menerjah katil Aryana dan membuka selimut yang menyelebungi Aryana.Aryana sedang meniarap.Fazira menarik tubuh Aryana dan terserlah mata Aryana yang bengkak.Wajah Aryana pucat lesi seperti orang mati.Fazira terkejut begitu juga Adam dan Harith.Dia menggoncang laju badan Aryana.
"Aryana...Aryana....Aryana...bangun.Aryana.."
Suara Fazira terngiang-ngiang di telinga Aryana.Perlahan-lahan kelopak mata dibuka.Samar-samar wajah-wajah yang dikenali terpampang dimatanya.
Tiba-tiba perutnya terasa menggelodak.Terasa ingin muntah mengeluarkan usus perutnya.Dia sudah 3 hari tak makan.Hanya minum air kosong yang tersedia di atas meja hotel.Dia gastrik teruk,sudah beberapa hari dia muntah-muntah yang membuatkan.badannya lemau.Dia tidak mampu berbuat apa-apa atau call sesiapa.Hanya mampu menangis,tidur dan minum air.
Adam keluar dari bilik,di terasa sakit melihat Aryana.Dia menangis dihujung koridor hotel.Pihak polis mengambil keterangan dan terus beredar atas permintaan Harith dan Fazira.Harith mencari Adam,untuk membawa Aryana ke hospital.
"Adam...Jom gerak bawak Yana pergi hospital.Dia sakit teruk tu,takut apa-apa jadi dengan dia je."Tegur Harith perlahan,dia tahu Adam sedang menangis.Cepat-cepat Adam mengelap air mata dan berkalih ke arah Harith.
"Ha okay,jom sekarang!" Adam berjalan laju mendukung Aryana dan membawanya ke hospital.
3 hari Aryana ditahan wad,penuh kesakitan yang dilihat Adam serta yang lain.Cukup kasihan kepada Aryana.Aryana lemah-selemahnya membuatkan Adam perlu memapahnya ke mana-mana.
"Adam..aku rasa baik aku nikah dengan Aryana."Harith memberi pandangan.
"Dia nak ke?Aku memang nak nikah dengan dia.Nak tebus salah aku.Aku tak sanggup tengok dia macam ni."Adam menunduk sedih.
"Cuba lah kau tanya dia.Nanti pasal perkahwinan korang,aku akan uruskan."Harith menepuk bahu Adam tanda sokongan.Dia tahu sahabatnya sangat mencintai Aryana.Namun demi kebaikkan bersama,Adam perlu bernikah dengan Aryana.
Petang itu,Adam mengambil peluang berborak dengan Aryana berdua sahaja.
"Aryana...saya ada benda nak cakap."Adam memula bicara.
"Hmm.Apa?"Aryana mengangkat kening isyarat bertanya.
"Kita nikah nak?Saya ikhlas dan serius."Soalan Adam dibiarkan begitu.Setelah setengah jam,suasana sunyi dipecahkan dengan suara Aryana.
"Bila?"
"Malam ni?"Adam terasa bahagia.Aryana sudi nikah dengannya.
"Serius?Dalam hospital ni?"Aryana bertanya untuk memastikan.
"Kita nikah dulu,sanding nanti.Elok jugak sebab saya papah awak sana-sini,kita bukan mahram."Adam memandang Aryana sambil tersenyum.
"Okay."
Malam itu mereka sudah sah menjadi suami dan isteri didalam islam.
"Alhamdulillah,semuanya sudah selesai.Aryana dah jadi isteri kau Adam.Apa kau rasa sekarang?"Harith bertanya ketika Tok kadi serta beberapa orang saksi dan juga makcik sedara kepada Adam pulang.Aryana dan Fazira pula sudah bergerak ke dapur mencuci pinggan-mangkuk yang diguna tadi untuk menghidangkan makanan kepada tetamu yang ada.Majlis mereka sangatlah kecil dan hanya dihadiri oleh Makcik Adam yang paling dia rapat,Harith,Fazira serta 4 orang saksi daripada pejabat agama.Mereka sebolehnya ingin merahsiakan perkahwinan ini kerana ianya berlaku secara mengejut.
"Aku..Aku tak tahu apa.yang aku rasa.Aku rasa bahagia dan sedih.Aku bahagia sebab dapat nilah dengan gadis yang selama ini aku cinta.Aku sedih sebab kami nikah begini dan perlu merahsiakan.Aku tak tahu la sama ada Aryana ikhlas ingin bernikah dengan aku atau hanya kerana terpaksa."Adam menunduk sedih.Dia rasa sebak,dia takut Aryana tidak mema afkan dirinya setelah apa yang terjadi.
"Sabarlah dam.Ini semua baru permulaan.Aku tahu,kau boleh jaga Aryana.Benda ni bukan kau yang minta.Walaupun aku tak tahu menahu,tapi aku yakin kau tak buat benda macamtu dekat Aryana.Aku sebagai kawan baik kau,aku doakan korang kekal hingga ke jannah."Harith memberi sokongan,dia tahu bahawa kawannya itu sedang dalam kekusutan.
"Terima Kasih Harith.Okaylah,aku nak naik mandi dan tidur.Kau tidur sini malam ni ya?Esok kau pergi kerja naik kereta aku je.Aku tak pergi esok,aku ambik cuti seminggu."Adam berlalu setelah Harith menanggukkan kepala seraya tersenyum.
"Eh,Zira.Mana Aryana?"Tanya Adam ketika terserempak dengan Fazira yang sedang menuju ke ruang tamu.
"Ada dekat atas,katanya nak mandi.Kau pergi lah tengok."Ujar Fazira sambil berlalu dan membuka televisyen.
Adam naik tangga dan masuk ke dalam bilik.Dia mendengar bunyi air Shower dari bilik mandinya.Pintu bilik air yang tidak ditutup rapat membuatkan naluri lelakinya bergelora.Dia terlihat bayang-bayang Aryana dari bawah pintu.Tanpa sedar,Adam pergi disebalik pintu melihat isterinya.Disebalik langsir bilik mandi yang menutup pintu kaca didalam bilik mandi itu,terlihat bayangan bentuk tubuh Aryana yang langsing.Hatinya berdegup laju.Dia menyabarkan hatinya.Dia tidak boleh terburu-buru.Masih terlalu awal untuknya memulakan langkah.
Matanya tidak beralih,bunyi pancuran air berhenti.Aryana menarik langsir bilik mandi untuk mengambil tuala yang dia sangkut pada belakang pintu.
ZUPPPPPPPPPPPPPPPPPP! Jantung Adam berdegup kencang melihat keindahan.Sekujur tubuh milik gadis yang sudah sah menjadi isterinya terpampang dihadapannya.Tiada seurat benang pun di tubuh Aryana,terserlah tubuh yang berkulit putih gebu itu.Pinggang yang ramping dan kaki yang licin menambahkan debar.Dia sudah tidak tentu arah.Aryana terkedu,dia mencangkung untuk melindung badanya.Dia menangis takut.Adam serba salah.Dia terasa dirinya bodoh.Adam mendekati Aryana.Dia memegang lengan Aryana.
"Aryana...maafkan Adam.Adam sayangkan Aryana.Tolong terima Adam.Adam akan jaga Aryana sepenuh hati Adam.Adam akan bertanggungjawab.Demi Allah,Adam tak buat apa-apa pada Aryana malam tu."Adam memeluk erat tubuh Aryana yang menangis teresak-esak.Tubuh hangat Adam menenangkan Aryana.Tubuh Aryana diangkat dan dibawa ke katil.Adam mengambil tuala dan mengelap tubuh isterinya.Aryana membiarkan sahaja.Kedinginan dari Aircond bilik mereka membuatkan badannya sedikit menggigil.Adam mengambil sepasang baju tidur milik Aryana yang dipakai Aryana ketika menyambut hari lahirnya semalam.Baju itu telah dicuci oleh Adam pada pagi subuh tadi.
"Sayang...Tidurlah.Rehat.Kesian dekat sayang penat harini buat semuanya."Adam menolak perlahan tubuh Aryana untuk membaringkan isterinya.Dia menyelimuti badan Aryana yang sudah dipakaikan baju.Aryana berpaling badan dan Muka.Dia malu...malu sangat!Hatinya berdegup.Dia juga cintakan Adam,kerana itu dia membiarkan suaminya membuat apa sahaja kepadanya.Dia tidak berani membantah.Dia sudah dididik untuk menghormati orang yang perlu dihormati.
Adam melabuhkan pembaringannya disebelah Aryana.Dia memeluk Aryana dari belakang.Hembusan nafas Adam ditengkuk Aryana membuatkan dirinya berasa selesa.Dia tenang.Hatinya yang tadi berdegup laju,perlahan-pelahan berdegup.
"Sayang,Aryana Irlia.I love you.."Ucap Adam sebelum mereka tertidur sendiri pada malam itu dan melayari bahtera perkahwinan.

----------------

"Sayang..bangun.Dah subuh ni,bangun mandi.Kejap lagi nak solat subuh."Adam menggerakkan tubuh Aryana perlahan-lahan.Aryana membuka mata perlahan.Serta-merta pipinya memerah.Dia malu!Teringat tentang peristiwa semalam.Tubuhnya didakap erat oleh Adam,akhirnya dia dan Adam bersatu melayari bahtera perkahwinan sebagai suami isteri dalam erti kata yang sebenar.
Aryana bangun menggosok-gosok mata.Rambutnya diikat sanggul.Baju dan seluar dipakainya sudah terbang ke sisi katil.Dia hanya mengenakan seluar pendek dan singlet.Dia bangun mengutip baju dan seluar dan diletakkan di dalam bakul katil.Aryana masuk ke bilik air untuk mandi dan solat bersama suaminya.
Adam menunggu Aryana sambil mengingati detik-detik indah semalam.Hatinya berlonjak seronok,dia bahagia.Dia tidak sangka semalam adalah hari paling bahagia dalam hidupnya.Nampaknya Aryana juga sayang padanya.Dia terasa sungguh terharu.Kasih sayangnya pada Aryana telah disemaikan.Dia berharap,akan ada penyeri hidup bagi mereka berdua nanti.
Usai solat,Aryana duduk diatas katil sambil berteleku.Jam menunjukkan 7.30pagi.Aryana dan Adam berpandangan.Dia menunduk malu.Haish!Asyik malu je macam mana nak hidup dengan dia ni?!Jerit hati Aryana.
"Sayang,okay tak?"Tanya Adam sambil memegang tangan isterinya.
"Okay..."Aryana memusingkan badan nya supaya tidak menghadap ke arah Adam.Terasa darah menyerbu ke muka.Malu!
Hatinya berbaur macam-macam.Kadang terasa bagaikan mimpi dia akan berkahwin secepat ini,dan orang yang menjadi suaminya adalah lelaki pertama yang dia kenali ketika dia menjejak kaki ke kuala lumpur.Macam mana lah nak hadap Puan Halimah dengan kak Raziah.Mereka menelefon Aryana berkali-kali tapi tapi tidak dijawab Aryana kerana dia tidak tahu nak jawab apa kerana ketidak hadir dirinya ke tempat kerja selama 2 minggu lebih.

........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience