BAB 2

Horror & Thriller Series 1802

ARYANA berjalan perlahan ke arah butik LAUDRIE.Hatinya berdegup kencang,terasa agak gementar kerana ini adalah hari pertamanya.Dia mengenakan sepasang baju kurung cotton yang dijahit oleh arwah ibunya.Baju itu berwarna biru lembut,dihiasi bunga-bunga melur yang kecil.Kulitnya yang berwarna kuning langsat itu membuatkan dirinya kelihatan lebih menawan apabila menyarungkan baju berwarna biru lembut.
Pintu kaca ditolak,Aryana masuk ke dalam butik.Dia tidak terlihat sesiapa didalam butik itu.Aryana pergi ke kaunter dan meninjau sekeliling butik.
"Dik?Cari siapa?" Wanita berusia lebih kurang 30-an itu menegur gadis yang kelihatan tercari-cari sesuatu.
"Errr...cari Puan Halimah,semalam dia minta saya untuk datang kerja pada hari ini."
"Ohhhh!Cik Aryana ya?"Mari ikut saya.Lengan Aryana ditarik lembut dan di bawa duduk di sofa yang ada di tengah-tengah butik.
"Okay,harini hari pertama Aryana kan?Aryana duduk sini dulu tunggu Staff Akak lagi sorang masuk.Nama dia Raziah.Nanti dia akan ajar Aryana buat apa yang perlu."Puan Halimah tersenyum.Didalam hatinya dia memuji gadis itu.Sopan dan pakaiannya menarik perhatiannya.Jarang-jarang gadis di Kl mahu memakai baju kurung kampung seperti yang dipakai Aryana.
"Err....Puan Halimah ya?"Tanya Aryana,dahinya berkerut kerana wanita itu tidak memperkenalkan dirinya sedari tadi.
"Ya ,maafkan akak.Lupa nak perkenalkan diri.Almaklumlah,dah tua-tua ni lupa semua benda."Ujar Puan Halimah sambil tergelak kecil.
"Oh,eh tak apa kak.Saya yang patut tanya dari awal tadi."Aryana tersenyum manis.
"Haa,tu Staf akak dah sampai."Puan Halimah membuat isyarat kepada Raziah untuk datang dekat kepadanya.Raziah berjalan ke arah Puan Halimah sambil tersenyum.
"Ni ke Staf baru Kak imah cakap tu?"Tanya Raziah sambil melabuh punggung di sofa berbentuk tangan diantara Puan Halimah dan Aryana.
"Ya,kenalkan Raziah..Ni Aryana.Aryana,kenalkan ni Raziah.."Puan Halimah memula kata.
"Aryana...Umur berapa?"Raziah bertanya seraya bersalaman dengan Aryana.
"Aryana umur 18 nak masuk 19 tahun,ni pun dah hujung tahun kan.Kak Raziah umur berapa?"Aryana bertukar soalan.
"Akak umur 28.Mudanya kamu,tak sambung belajar?"Tanya Raziah lagi.Dia melihat keseluruhan wajah Aryana serta penampilan gadis itu.Nampak manis dimatanya.
"Tak ada rezeki lagi.Mungkin rezeki saya di sini."Jawab Aryana sesopan mungkin.Dia kurang senang dengan soalan yang ditanya oleh Raziah,kerana membuatkan dirinya terasa sedih mengenangkan impian ibundanya yang mahukan dia sambung belajar.
"Okay tak apa lah.Harini Akak akan ajar kamu serba sedikit tentang tugas yang kamu perlu buat."Raziah memberi penerangan serba sedikit dan membawa Aryana pusing mengelilingi kawasan butik bagi membiasakan Aryana dengan suasana butik tersebut agar dia tidak kekok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience