BAB 4

Horror & Thriller Series 1802

Azan subuh berkumandang membuatkan aku terjaga.Aku membuka mata perlahan-lahan.Aku bingkas bangun dan mencapai tuala dan terus masuk mandi.Seusai mandi,aku terus menyarung telekung dan solat subuh.Habis sahaja solat,aku bergegas menggosok baju.Hari ini aku terasa ingin mengenakan Dress labuh berwarna putih dan berbunga kuning cair.Aku mencalit krim safi balqis,dan menepek bedak serbuk Baby Johnson.Vaseline disapu di bibir dan mencalit lipstik jenis matte berwarna nude.Liptint berwarna merah di tambah di tengah bibir untuk menambahkan seri bibir.Pemerah pipi disapu halus di pipi untuk menaikkan seri wajah.'Aku nampak cantik pulak harini'Aku memuji diri sendiri.Kalau diri sendiri tak puji,siapa lagi nak puji kan?Aku tergelak sendiri.
Jam menunjukkan jam 6.40 pagi.Awal lagi ni,apa nak buat eh?Nak buat sarapan kejap lah!Setengah jam berlalu,terhasil lah nasi lemak dan ayam goreng berempah.Aku mengambil kertas kecil dan menulis nota untuk Fazira.
'Fazira,makan tau nasi lemak Arya masak ni.Kalau nak bawak pergi kerja pun bawak lah.Banyak ni Arya masak!Bye Assalammualaikum.'
Note Kecil diletak di atas meja.Arya bergerak menyapu sampah dan mengemas ruang tamu serta halaman rumah.Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan 8.15 pagi.Bunyi hon dari kereta Adam mengejutkan aku.Aku memakai kasut dan terus berlari anak ke kereta Adam.
"Hai assalammualaikum.Selamat pagi!"Ucap Adam dengan suara yang riang.Entah apa kena mamat ni !
"Waalaikumsalam.Ya."
"Apa khabar hari ni?Sihat?Dah sarapan?"Soalan Adam dibiar sepi.Agak kecewa baginya kerana layanan baiknya dibiarkan begitu sahaja oleh gadis yang dia sudah mulai jatuh hati.
"Aryana....jawablah.Tak baik tau biar saya cakap sorang-sorang."Ujar Adam sambil membelok ke simpang menuju ke butik tempat Aryana kerja.
"Maaflah..saya tak biasa berbual panjang dengan lelaki tak kenal.Nah,baki simpan untuk tambang saya balik kerja nanti pulak.Senang bayar siap-siap."Aku menyerahkan note RM10 dan RM1 sebanyak dua keping.Total pergi dan balik memakan duit sebanyak RM12,banyak jugak.Dia perlu berjimat cermat!
"Eh....!Aryana.."Panggilan Adam tidak bersahut.Aku sudah berlalu pergi meninggalkan lelaki misteri itu.Entah datang dari mana,tiba-tiba berkelakuan baik dengan aku.Haih...tak ada orang yang baik dah bagi aku kat dunia ni.Kalau ada pun,susah nak jumpa dah.

...

Tepat jam 7.30 malam,seperti biasa Adam akan menunggu aku dihadapan bukti.Rutin harianku yang hanya menaiki kereta Adam membuatkan Puan Halimah tertanya tentang siapakah gerangan lelaki yang selalu mengambil gadis cantik seperti Aryana.
"Yana,siapa lelaki dalam kereta tu?Kak imah selalu nampak dia ambik Aryana.Boyfriend ya?"Tanya Puan Halimah.Dia saja ingin mengetahui tentang kisah hidup Aryana,kerana Aryana tidak pernah menceritakan apa-apa tentang kehidupannya.
"Errrr....tak!Dia...Sepupu saya.Okaylah kak,Aryana nak balik ni.Esok Aryana cuti kan?"Aku cuba mengelak untuk terus bercerita tentang lelaki itu.Entah mengapa dia berasa malu,dan berdebar apabila mengingatkan tentang lelaki itu.Hari ini sudah masuk 8bulan aku bekerja di butik LAUDRIE dan berulang-alik dengan Adam.
"Ha..Ya.Lupa pulak!Okaylah balik hati-hati.Jumpa lusa okay."Ucap puan Halimah sambil melambai Aryana yang nampak sedikit tergesa-gesa pulang.

Di dalam kereta,Adam memandang bidadari dunia yang dia sudah semakin cinta.Kelibat gadis itu sentiasa mendebarkan jiwanya.Sudah hampir setahun dia berkenalan dengan Aryana.Dia belum mampu mendapatkan hati gadis itu.Pelbagai cara sudah dilakukan untuk mengambil hati Aryana,namun tetap tidak berjaya.Ketika ini,umur Aryana sudah menginjak ke 19tahun.Beza umurnya dengan Aryana adalah 3 tahun.Entah mengapa,gadis remaja itu berjaya mencuri hatinya.
"Assalammualaikum.Adam!"Ucap Aryana sejurus masuk ke dalam kereta.
"Waalaikumsalam.Hai sayang!Dah makan?Macam mana kerja harini?Okay?"Mesra sahaja Adam membalas ucapan Aryana,sungguh berbeza dengan layanan diberi gadis itu kepadanya.
"Harini okay je and Aryana tak rasa lap
ar lagi."Ringkas,tetapi nada suara Aryana agak berbeza,kelitahan sedikit lembut dari biasa.
"Erm,kalau Aryana teman Adam makan?Boleh?"Adam bertanya perlahan.Harap Aryana sudi lah seperti biasa.
"Okaylah.Kenapa Adam tak makan tadi je?And harini Tak kerja ke?"Aryana sudah mula bertanya.Selama setahun perkenalan itu,Aryana tidak pernah menanyakan apa-apa pada Adam.Dia hanya menjawab setiap soalan dari Adam sahaja.
"Adam nak makan dengan Aryana.Hari ni kan sabtu,Adam cuti lah sayang..."Adam teruja menjawab soalan buah hatinya itu.
"Oh yeke.Tak apa lah macamtu.Esok Aryana cuti,boleh bawak Aryana pergi beli barang dapur tak?Banyak barang dah habis kat rumah tu."Aryana memandang anak mata Adam,hatinya berdegup laju.KENAPA NI?
"Eh boleh!Pukul berapa tu?"Mata Adam bersinar,dia tersenyum manis pada gadis comel dihadapannya itu.Mata bundar itu tidak berkedip memandangnya.Aryana jatuh cinta dekat aku ke?Hatinya tertanya-tanya.
"Dalam pukul 9 pagi,okay?"Belum sempat Adam membalas,Aryana sudah membuka pintu untuk keluar setelah kereta milik Adam berhenti betul-betul dihadapan rumah Aryana.
Permegian Aryana dipandang sayang,hatinya sudah terpaut.Tidak tahu bagaimana lagi hendak diungkap,cinta dan kasihnya kepada Aryana semakin merebak diseluruh pelusuk hatinya.Doanya semoga Aryana turut punyai perasaan sepertinya.

Hari demi Hari,perkenalan mereka semakin rapat.Perbualan semakin mesra.Terlihat perubahan layanan antara Adam dan Aryana.Fazira,kawan serumah Aryana selalu menjadi pendengar kisah cinta Aryana walaupun tidak pernah sekalipun Aryana mengatakan dia sudah jatuh hati,tapi Fazira yakin bahawa Aryana turut menyukai Adam.Mata Aryana bersinar-sinar setiap kali bercerita tentang Adam.Pipi Aryana kemerah-merahan apabila Fazira mengusiknya tentang Adam.Dia bahagia melihat kawannya itu bahagia.Terasa dia turut menumpang bahagia mereka.Namun,dia juga inginkan teman untuk mengisi ruang hidup dan hatinya.Kematian Kekasih hatinya,Ardi membuatkan hatinya sudah kosong dan keras.Dia mengunci hatinya daripada memberi laluan kepada mana-mana lelaki dalam hidupnya.

....

Hari ini hari istimewa untuk Aryana,Fazira dan Adam sudah merancang untuk membuat sebuah kejutan untuk Aryana.Fazira dan Adam sanggup mengambil cuti demi membuatkan hari Aryana bahagia.Kebetulan,Aryana diberi AL(Anual Leave) selama Dua hari oleh Puan Halimah,majikan butik LAUDRIE tempat Aryana bekerja sempena kenaikkan pangkat Aryana sebagai Manager dibutik itu.Adam membawa teman baiknya Harith bagi menemaninya dan Fazira,teman serumah Aryana merangkap kawan baik Aryana untuk pergi ke Pusat Beli-belah.
Mereka merancang untuk menyambut Hari istimewa Aryana pada malam ini disebuah rumah rest House di Selangor.Mereka menempah segalanya dan menghias tempat untuk meraikan Aryana.Seusai membeli barang,mereka bergegas ke REST HOUSE TERATAK RINDU di Selangor untuk membuat persiapan.
Jam menunjukkan jam 5.30 Petang,Fazira diberi tugas untuk membawa Aryana ke tempat itu.Fazira bergerak ke rumahnya untuk mengambil Aryana.
"YANA!!!YANA!!!"Jerit Fazira.Mukanya pucat dan cemas,dia membuka pintu rumah secara tiba-tiba membuatkan Aryana terkejut.
"WEH!terkejut Aryana.Kenapa ni?Ada apa ni?Sabar Zira,sabar.Bagitahu kenapa dengan Zira?"Aryana memegang lengan Zira yang bergetar.Dia juga turut takut.Apakah yang sedang terjadi ni?
"Abang aku...abang aku!Dia sakit tenat sekarang.Tolong teman aku pergi ambik dia!"Zira menangis,air matanya terburai habis.Aryana berlari anak menggapai telefon bimbit dan beg tangan.Dengan baju tidur yang dipakainya tanpa sempat menukarkan baju itu,dia terus berlari menarik tangan Zira masuk ke dalam kereta.
"Yana,tak tukar baju ke?Baju tido je?"Tanya Zira.Biar betul kawan aku ni?Japgi nak jumpa Adam dengan Harith weh!
"Takpa-takpa,Abang Zira tengah sakit tu.Kita kena cepat.Masuk cepat,biar Aryana drive."Wajah Aryana serious,dia risaukan keadaan abang Fazira,dia takut nanti dia dipersalahkan kerana lambat.
"Tapi..."Zira memberhentikan ayatnya disitu setelah melihat wajah serious Aryana.Adoii,mampoihhhh aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience