Bab 12

Romance Completed 9994

BAB 12

“ Dari sekolah lagi. Sejak kita berpura-pura couple. Semenjak tu lagi saya dah mula sayangkan awak.”

Kenyataan dia benar-benar membuatkan aku kelu lidah untuk berkata. Kini, dia sudah berdiri tepat di hadapan aku. Tanpa di pinta air mataku mengalir ke pipi.

“ Saya tipu awak fasal Julia. Saya juga tipu awak fasal Fira. Mereka Cuma bantu saya. Mereka suruh saya berterus terang tapi saya tak mampu. Saya tak tahu apa perasaan awak. Sampai akak saya sendiri cakap macam tu. Barulah saya faham.”

Dia mula menarik senyum.
“ Saya dah lama cintakan awak Hanis Humaira. Awak tak sedar ke? Dari awal lagi sampai sekarang. Kalau saya cintakan orang lain saya takkan cari awak lagi selepas 5 tahun.”
Aku menggigit bibir. Ya Allah!
“ Untuk pengetahuan awak juga. Family saya semua tahu. Gia tu pun tahu. Mereka Cuma memantapkan lakonan saya. Mereka nak bantu saya. Gia tu sebenarnya dah kahwin. Dia adik sepupu saya.”

Kali ni aku terus terbungkam. What? Jadi selama ni aku kena tipu hidup-hidup oleh kau? Aku tertawa sinis.

“ Hanis.”

“ Jadi selama ni… selama ni awak tipu saya? Awak berpura-pura je selama ni Zain?” Soalku dengan perasaan yang sangat kecewa.

Dia membuat gelengan.

“ Saya tak ada niat. Saya benar-benar cintakan awak Hanis.”

Aku menggelengkan kepala. Perlahan-lahan aku menolak tangan dia supaya lepaskan lengan aku.

“ Seriuosly? Saya rasa macam saya ni dipermainkan. Awak ingat hati dan perasaan saya ni barang mainan ke? Awak suka tengok saya derita pendam perasaan saya ni? Pendam sakit hati saya ni? Awak memang suka kan tengok saya macam ni?”

“ Hanis.. please..”

Aku kesat air mata aku dengan kasar. Tajam aku tengok dia.

“ Apa lagi awak nak katakan?”

“ Hanis. Saya tak tipu. Saya benar-benar sayangkan awak. cintakan awak. kahwin dengan saya?”

Aku terkedu. Dia nampak bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tapi aku susah nak terima. Sebab dia dah tipu aku! Hey! Bukan ini ke yang kau mahukan selama ni Hanis? Bukan ke saat ini yang kau nanti-nantikan? Kau nak tunggu apa lagi?

Aku meraup wajahku dengan perasaan yang keliru. Ego. Ya aku ego nak mengaku. Tapi dia pernah tak kisah fasal hati aku ni?

“ Hanis..”

Aku menarik senyuman hambar.

“ Saya tak nak. Awak pergilah kahwin dengan Fira tu. Dia lebih berhak.”

Terus aku melangkah membelakangi dia. Kalau boleh aku nak cepat-cepat keluar daripada sini. Aku tak tahan. Aku perlukan masa.

“ Bukan dia yang saya sayang tapi awak Hanis!”

Aku dengar jeritan itu. Tapi buat-buat tak tahu lantas lari daripada situ secepat yang mungkin. Maafkan saya Zain. Maafkan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience