Bab 5

Romance Completed 9994

BAB 5

Tak ke kiri. Aku ke kanan pula. Mundar-mandir dekat ruang tamu tu. Yang pasti depan Intan dan of course depan abang kesayangan aku tu. Kesayangan lah sangat kan?

“ Adik! Please. Duduk. Pening la abang tengok adik duk mundar-mandir macam ni.”

Arahan abang aku tidak endahkan. Malah aku terus hadiahkan jelingan maut dekat dia.

“ Semua ni sebab abang! Kenapalah abang pergi cakap dekat Zain yang adik kerja situ? Kenapa abang? Abang ni spoil mood betul lah!” berangku lantas duduk di hadapan mereka.

Selepas saja aku dengar permintaan dia semalam. Aku terus lari masuk ke dalam pejabat aku. siap kuncikan pintu lagi.
Sebab permintaan dia tu memang tak boleh pakai! Nak aku jadi bodoh lagi ke? Macam dulu? kalau aku terima permintaan dia tu bermakna aku juga sedang menempuh bahaya. Ya. Menempuh untuk hati disakiti lagi. Sanggup ke?

“ Abang tak sengaja. Lagipun dia bersungguh-sungguh. Abang nak buat apa lagi? Kesian pula abang tengok.”

Amboi ! Amboi! Amboi! Cekodok dia je cakap macam tu. Kalau si Zain tu tidak pernah tinggalkan kesan dalam hidup aku tak apa lagi.
“ Hanis. Kenapa kau tak terima je permintaan dia tu? Aku rasa dia memang perlukan pertolongan kau.”
Aku tengok Intan dengan riak tidak percaya. Abang aku pula sudah tersengih. Sebab dia rasa Intan sekepala dengan dia. Mana tak sekepala dah dua orang depan aku ni ada hubungan. Dah nak kahwin pun. Huh! Langsung tak boleh nak tolong.

“ Kau nak aku terima? Kau gila? Kau nak benda yang sama berulang lagi? Kalau aku jatuh hati pada dia lagi macam mana? Kau sanggup tengok aku tahan derita aku macam dulu? Kau sanggup ke Intan?”

Aku jadi pasrah. Jadi tak bermaya. Kenapa mesti aku Zain? Kenapa tak orang lain?

“ Sebab aku tahu korang berdua akan saling mencintai satu hari nanti. Dan time tu dia akan terima dan sedar perasaan kau dekat dia.” Lembut Intan berkata dengan senyuman.

Abang aku pula tiba-tiba bangun dan ambil tempat di sebelah aku. Bahu aku dipautnya mesra. Kepala aku pula diusap perlahan.

“ Trust me adik. Kalau adik tak bermakna pada dia, dia takkan saja-saja minta tolong pada adik.” Abang cuba memujuk.

Aku pula terdiam. Tapi.

“ Tapi kenapa lepas 5 tahun? Tu tak membuktikan lagi ke yang adik tak penting langsung dalam hidup dia?” Aku cuba membantah.

Abang menarik senyum. Intan pun sama. Dua-dua orang ni sepakat ke apa?

“ Kalau tak penting dia takkan tanya fasal adik dekat abang hampir setiap hari.”

Aku tergamam. What?

“ Hanis. Terima lah. Tak salah kalau kau tolong dia kan?”

Aku meraup wajahku perlahan.

“ Please. Tolong saya Hanis.”

Kali ni aku terus bangun dan menoleh ke belakang gara-gara terkejut saat mendengar suara garau itu. Zain!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience