Bab 11

Romance Completed 9996

BAB 11

Sebulan berlalu.

Aku tersenyum lebar saat melihat pasangan sejoli di atas pelamin saat ini. Bahagianya. Alhamdulillah. Abang dan Intan dah selamat jadi suami isteri. Aku happy kalau mereka happy.

“ Adik.”

Aku mendekati abang yang sedang memanggil.

“ Kenapa? Nak apa-apa ke?”

“ Tak. Cuma nak cakap.”

Abang kerling Intan sekilas sebelum kembali memandang ke arah aku. Nampak serba salah dua orang depan aku ni. dah kenapa?

“ Apa ni? Cuba cakap terus terang.” Gesaku. Tak sukalah nak berahsia-rahsia ni.

“ Dia datang.”

Aku mengerutkan dahi.

“ Siapa?”

Abang tersenyum kecil.

“ Zain.”

Kali ni aku terus rasa nak jatuh. Selepas kejadian bulan lepas aku terus keluar melancong tanpa memberitahu pada sesiapa. Ni pun baru minggu lepas sampai. Tapi kenapa dia datang?

“ Pergilah jumpa dia. Dia rindukan kamu adik.” Suruh abang dengan senyuman.

Dengan keluhan aku turun daripada pelamin. Aku menuju ke khemah perempuan. Ada saja tempat kosong aku terus ambil. Aku pandang jauh ke hadapan. Walau seribu kali aku cuba mengelak daripada dia. Mesti dia akan datang balik. Tolonglah Zain! Aku nak lupakan kau!

“ Assalamualaikum.”

Aku terkedu. Dia dah sedar aku duduk sini.

“ Waalaikumussalam.”

Aku beriak biasa. Dia sudah duduk depan mata aku. Tapi aku terus pandang ke arah lain.

“ Saya rindu awak.”

Terbit juga senyuman sinis pada bibir aku.

“ Dah ada buah hati tu buat cara ada buah hati. Tak payah nak menggatal dekat sini.” Sindirku pedas.

Tapi dia tetap berlagak tenang. Dengan senyuman lagi.

“ Saya cari awak. Tapi awak menghilang.”

“ Saya tak nak ada kaitan dengan hidup awak lagi.”

“ Bukan dia tapi Hanis. Maksud awak?”

Aku tersentak. Tak sangka akak betul-betul cakap dekat Zain macam tu. Aku ketap bibirku kuat.

“ Tak tahu. Dah lupa. Saya nak masuk rumah. Bye.”

Baru aku nak bangun, dia sudah menghalang dengan berdiri tepat di hadapan aku. Tajam dia merenung aku.

“ Maksud awak adalah bukan dia yang patut saya pilih tapi awak. Bukan dia yang saya patut cintai tapi awak. Dan bukan dia yang cintakan saya tapi awak.”

Kali ni aku rasa nak menangis. Kenapa dia perlu cakap semua tu sekarang?

“ Saya nak masuk rumah. Tolong ke tepi.” Kerasku. Tapi tak jalan. Dia tetap tak berganjak.

Aku dah ketawa sinis. Mataku pula tiba-tiba terasa panas. Oh! Come on Hanis!

“ Hanis. Kenapa awak nak tipu diri awak?”

“ Tipu apa? Apa yang saya tipu?” Tajam aku membalas renungan dia. Aku dah tak tahan.

“ Tipu perasaan awak. Tipu saya. Kenapa?” Lembut dia menyoal.

“ Kenapa? Sebab saya tak nak sakitkan hati saya lagi. Cukuplah dengan apa yang saya dah lalui sebelum ni. Cukuplah! Saya dah penat. Awak berhak bahagia even bukan dengan saya.”

Terus aku berlalu membelakangi dia. Tapi lenganku berjaya ditariknya.

“ Sebab saya pun cintakan awak.”

Huh? What?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience