Bab 8

Romance Completed 9994

BAB 8

“ Zain. Saya buat salah ke?” Soalku berbisik.

“ No. Awak betul. Saya sokong.” Dia turut berbisik dan kembali fokus pada mama dia.

Okay. Aku tak nak bersuara dah. Shut up!

“ Zaini tak kira ma. Kalau betul mama nak Zaini stay lama dekat rumah ni, mama kena benarkan Zaini kahwin dengan Hanis. Kalau tak Zaini akan keluar daripada rumah ni.”

Keputusan muktamad dah dibuat oleh Zain. Aku yang dengar pula jadi kecut perut.

“ Zaini.”

“ Mama. Please.”
Zain terus bangun dan mengajak aku pergi. Aku hanya menurut. Tapi sebelum tu sempat lagi aku salam kakak dia. lepas tu barulah aku berlalu. Niat nak salam tangan mama dia juga tapi tengok macam tak suka je. Baik aku pergi.

“ Hanis.”

“ Ya?”

“ Dengar apa yang saya nak cakap ni.”

Aku hanya mendiamkan diri. Tak masuk kereta lagi dah nak cakap? At least masuklah kereta dulu. sabar je la.

“ Selagi awak tidak berpunya selagi itulah awak jadi kekasih saya.”

Terbungkam. Zain?!

Dah seminggu berlalu semenjak aku dibawa ke rumah Zain. Seminggu juga aku langsung tak berdepan dengan Zain. Bukan dia tak cari tapi aku yang tak nak jumpa. Aku lari. Sebab aku masih tak boleh terima kata-kata terakhir dia time tu. Haish! Ingat aku ni apa? Huh!

“ Adik!”

Abang muncul dengan sengihan. Ha! Dah kenapa pula tu?

“ Jom. Ikut abang. Pergi main bowling.”
Aku mencebik.
“Malas. Pergilah sorang. Tak pun ajak tunang kesayangan abang tu.” Siapa lagi kalau bukan Intan.

“ Ala. Jomlah. Kali ni je. Please.”

Aku menggelengkan kepala. malas!
“ Bukan apa. Zain nak kenalkan kita dekat seseorang. And you must know adik. Kan adik kekasih dia.”
Aku tersentak. Terus aku tampar bahu abang.
“ Berlakon je okay!”

Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati pula ni? Kenapa aku rasa macam tak boleh terima berita ni?

“ Jom lah. Abang tak kira. Jom.”

Kuatkan hati aku Ya Allah.

**
Seperti yang abang aku katakan. Memang Zain datang dengan seorang perempuan. Jauh lebih cantik daripada aku. Bertudung macam aku juga. Tapi aku nampak selekeh jika nak dibandingkan dengan dia. Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Maybe itu cinta hati Zain.

“ Adik.”

Abang datang dan duduk di sebelah aku. Kami sama-sama perhati ke arah Zain dan perempuan tu.

“ Abang tahu kamu cemburu. Kan?”

Aku terkedu. Tapi kenapa aku perlu cemburu? Kata aku dah lupakan dia? tapi kenapa sekarang aku rasa macam sedih sangat tengok dia dengan perempuan tu? Tak sukanya perasaan ni!

“ Abang tahu jauh di sudut hati kamu tu masih sayangkan dia.”

Aku kerling abang yang masih memandang ke arah mereka itu. sebab perasan dia diperhati, dia tengok aku. kepala aku terus diusapnya perlahan.

“ Jujur dik. Cakap dekat dia perasaan adik tu. sampai bila nak pendam?”

Aku tersenyum hambar.

“ Sampai bila-bila abang. Sampai mati pun adik sanggup.”

Abang tengok aku tak puas hati. Kenapa?

“ Abang tak suka bila adik cakap macam tu. Mana adik abang yang dulu? Yang tak mudah give up. Yang selalu berjuang demi sesuatu benda. Mana?”

“ Adik abang yang tu dah lama mati. Semuanya sebab Zain juga abang. Dahlah bang. Adik nak balik. Maybe itu pilihan dia.”

Aku bangun berdiri. Tak tahan lama-lama duduk sini.

“ Hanis? Nak ke mana?” Dia perasan pula. Abang aku dah lama berlalu. Maybe nak beri ruang.

“ Nak balik.” Jawabku acuh tak acuh.

“ Awal lagi. Jom lah main dulu.”

Aku tersenyum sinis. Kalaulah dia tahu apa aku sedang rasakan sekarang.

“ Tak nak. Pergilah main. Saya nak balik. Dan jangan cari saya lagi.”

Aku tahan diri daripada menitiskan air mata. Aku siap ukirkan senyuman lagi di depan Zain. Berlagak kuat. Tengok renungan dia tu memang mampu menggetarkan jantung aku. Tapi aku kena kuat.

“ Pilihanlah orang yang awak cintai. Lepas ni kita dah tak ada apa-apa hubungan. Rasanya lakonan saya pun tamat setakat ini Zain.”

Melihatkan Zain asyik mendiamkan diri. Aku ambil keputusan untuk pergi.

“ Ya. Dia memang cintakan saya.”

Pedih! Perit! Tapi bibir aku masih menarik senyuman. Aku berjaya membelakangi dia.

“ Semoga berbahagia. Selamat tinggal Zain.”

Zain. Bukan dia tapi aku Zain. Aku yang cintakan kau. Aku pun sama. Ya Allah! Kuatkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience