Bab 14

Romance Completed 9996

BAB 14

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu membuatkan aku terus seka air mataku dengan laju. Terus aku berpura-pura meneliti dokumen yang ada di depan mata. Control jangan bagi orang perasan.

“ Masuk!” Laungku tanpa melihat ke arah pintu.

Bila dengar je bunyi derapan kaki yang masuk ke dalam pejabat aku, aku terus mendongak untuk melihat gerangan itu. Kali ni aku betul-betul terkejut. Terkedu. Terkelu. Kenapa? Sebab Zain ada depan mata aku sekarang.

“ Hanis.”

Aku hanya mampu memerhati tanpa mengeluarkan suara. Sebab aku tak tahu nak beri reaksi apa. Aku macam kena kawal. Debaran pun makin memuncak.

“ Awak dah dengar kan suara hati saya dekat radio tadi?”

Dia makin mendekat sampailah dia ambil tempat depan aku. senyuman manis tak pernah lekang daripada bibirnya. Tapi aku masih terpinga-pinga dengan perasaan keliru.

“ Sekali lagi saya tanya awak. Siti Hanis Humaira. Sudikah awak jadi isteri saya?”

Tiba-tiba dia hulurkan aku sebentuk cincin yang bertatahkan berlian. Aku yang melihat dah tergamam. Kali ni dia betul-betul serius.

“ Dah setahun saya tunggu. Setahun tu saya tak pernah berhenti berdoa agar disatukan dengan awak. Saya makin yakin selepas abang awak kata awak memang tak dapat lupakan saya. Buktinya? Ada gambar saya dalam bilik awak. kan?”

Aku mengetap bibir. Abang!!!! Tak boleh diharap langsung.

“ Sampai bila awak nak larikan diri daripada saya Hanis?”

Redup dia memandang aku. Aku pula terdiam. Please Hanis. Kali ni jangan ikutkan ego kau sangat. Kau dah sayang dia. So terima je la. Arh! Penat berperang dengan perasaan sendiri. Akhirnya aku bangun dan berjalan ke tingkap. Seketika aku mendiamkan diri sampailah aku bersedia berdepan dengan dia. Dia masih menanti dengan penuh sabar.

“ Zain.”

“ Ya.”

Aku pandang dia dengan senyuman kecil.

“ Kenapa?”

“ Saya dah jawab soalan tu dalam radio tadi. Saya yang patut tanya awak kenapa awak tolak saya? Kenapa awak nafikan perasaan sendiri?”

“ Sebab saya takut disakiti lagi. Sebab saya terlalu sayangkan awak.”

“ Saya janji. Saya akan jaga awak sebaik mungkin. Macam saya jaga nyawa saya sendiri.”

Cincin tadi dia hulurkan kembali pada aku. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Tapi dia pandang aku dengan senyuman. Aku kembali tengok cincin tadi.

“ Cantik cincin ni.”

“ Lagi cantik bila si pemakai memakainya. Dan orang tu mestilah awak.”

Aku tersenyum. Tanpa ragu-ragu aku terus mengambil cincin yang dihulurkannya itu. seperti yang dijangka, dia terus menjerit kegembiraan.

“ Yes! Thanks Hanis! Saya janji saya akan lindungi awak, jaga awak, bimbing awak sehingga ke hujung nyawa.”

Aku tergelak kecil.

“ InsyaAllah Zain. InsyaAllah.”

Aku pandang dia dengan perasaan yang sukar ditafsirkan. Yang pasti aku rasa gembira. Terlepas satu beban.

“ Hanis.”

“ Ya saya.”

“ Sematkan dalam jiwa awak. Ruzaini cintakan Hanis Humaira.”

Aku tersenyum malu. Tanpa menjawab, aku berlalu ke luar pejabat.

“ Hanis! Saya cakap dengan awak ni!”

Jangan suruh tapi aku dah lama sematkan nama kau dalam hati aku ni. Dah lama.

“ Saya nak makan.”

“ Hanis

PROLOGUE
Seseorang itu tidak akan selalu menjadi seperti apa yang kita mahu. Adakalanya mereka kecewa dan mengecewakan kita, tetapi kau perlu memberi mereka peluang kedua dulu. Kau tak boleh bertemu seseorang dan mengharapkan mereka untuk menjadi seperti segalanya yang kau mahu dan cari lalu marah apabila mereka gagal menjadi seperti setiap harapan dan aspirasi yang kau gambarkan
Bukankah ia satu tindakan yang bodoh untuk mempercayai bahawa seseorang akan menjadi seperti apa yang kau bayangkan. Dan adakalanya, apabila kau memberi peluang kedua, mereka akan jadi lebih baik dari apa yang kau bayangkan.
Berbeza tapi lebih baik.!”

Yang pasti Allah yang buatkan aku kuat sampai saat ini. Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience