Bab 13

Romance Completed 9994

Setahun berlalu…

BAB 13

Bunyi getaran telefon bimbit bergetar. Sengaja aku silent. Entahlah sejak semenjak dua menjak aku benci dengan bunyi telefon bimbit atau apa jua nada dering. Faktor penuaan kot.

Bunyi telefon membuatkan aku menghentikan bacaan. Tambah-tambah selepas melihat nama pemanggil. Nak apa la dia ni telefon aku pagi-pagi buta ni.

“ Helo. Ye kak ipar aku yang tersayang. Nak apa? Orang tengah kerja la.”

Aku menyusun dokumen-dokumen penting ke dalam fail. Bila dah selesai aku bangun dan berdiri depan tingkap. Pandangan aku meliar ke luar tingkap melihat pemandangan Kuala Lumpur pada pagi hari.

“ Aku nak kau buka radio sekarang. Siaran hot fm. Sekarang! Aku letak panggilan dulu. Buka ye! Bye.”

Aku jadi terpinga-pinga bila kena suruh macam ni. Tapi aku turutkan jua. Mujur aku bawa headset sentiasa. Aku kembali duduk di kerusi. Headset yang berada dalam handbag aku keluarkan.
Dengan penuh debaran aku mencucuk hujung headset ke lubang telefon aku. Siaran Hot FM aku cari sampai jumpa. Bila dah jumpa aku terus kuatkan volume. Apa yang penting sangat sampai Intan suruh aku buka ni?

“ Assalamualaikum semua. Ya. Kembali lagi bersama kami bertiga di pagi hot. Dengan topik hangat hari ni iaitu kasih sayang.”

Itu suara Fizie. Kenapa dengan kasih sayang? Semua orang berhak berkasih sayang.

“ Kita ada pemanggil ye Fizie. Helo. Siapa di sana?”

“ Saya Zain. Dari Kuala Lumpur. Boleh saya sampaikan ucapan buat seseorang?”

Aku tersentak. Zain? Ruzaini ke? Tak! Mesti bukan.

“ Of course. Silakan.”
“ Sebenarnya saya nak tujukan ucapan ini buat seseorang yang sudah lama bertakhta di hati saya. Sebabkan satu kesilapan dia benci saya. Dia tolak lamaran saya. Tapi saya tahu kalau jodoh tak ke mana. Jadi saya nak berusaha untuk tambat hati dia lagi.”
Aku mula rasa lain macam. Kenapa suara tu macam Zain? Adakah dia memang Zain?

“ Siapa orang yang special tu Zain? Boleh kami tahu?”

Aku menguatkan volume radio. Siapa?

“ Siti Hanis Humaira. Kalau awak dengar apa yang saya cakap ni. saya nak awak tahu saya akan sentiasa cintakan awak.”

Aku terbungkam. Ya Allah! Zain!

“ Hanis Humaira. Sudikah awak jadi isteri saya? Saya tahu awak masih cintakan saya lagi.”

Aku menggeleng perlahan. Terus aku tutup radio. Air mataku dah menitis ke pipi. Zain. Kenapa awak buat saya macam ni? Saya tak pernah benci awak Zain. Saya sayangkan awak. Cuma saya ego. Ego nak buat keputusan dan stay dengan awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience