Bab 9

Romance Completed 9996

BAB 9

Rutin harianku berjalan seperti sebelum ni. Biasa-biasa saja. Sampailah ke hari ni. Hari ni lain macam sikit bila masuk je ke pejabat, ada sekuntum bunga atas meja aku. Dengan tanda tanya aku membelek bunga tersebut. Ada kad kecil.

Selamat pagi kekasihku – Zain

Aku mengeluh kecil. Dia nak apa lagi? Kenapa dia buat aku macam ni? Ingatkan bila aku cakap macam tu tempoh hari dia akan betul-betul stop cari aku. Yala dah tiga hari berlalu tanpa khabar berita daripada dia. Aku ingat dah selesailah. Tapi hari ni? Oh tidak!

Tiba-tiba telefon bimbit aku pula berbunyi. Dengan perasaan malas aku menjawab panggilan tersebut.

“ Helo.”

“ Dah dapat bunga tu?”

Daripada aku tunduk tengok bunga terus berdiri tegak. Zain!

“ Nak apa lagi ni? Saya rasa awak silap alamat ni. Sepatutnya bukan saya tapi cinta hati awak kena terima ni. Remember yang kita dah tak ada apa-apa hubungan. Even berlakon sekalipun.” Aku bertegas. Aku dah malas berlembut. Nanti aku juga yang cair. Huh!

“ Nak testing. Nak tengok reaksi awak dulu sebelum tengok reaksi dia.”

Kali ni aku terus rasa tak berdaya. Zain! Awak buat lagi saya merana!

“ Zain! Please! Saya bukan bahan uji kaji awak!”

Terus aku matikan telefon. Tak lupa juga aku buang bateri handpone dan masukkan semula ke dalam handbag. Bunga tadi pula dicampak ke dalam tong sampah tepi meja kerja aku. Puas!

Tapi. Betul ke kau puas? Arh! Kenapa boleh rasa macam ni? Nak nangis!

Tok! Tok!

Ketukan pintu membuatkan aku terus menarik senyum. Tak boleh bermasam muka dengan pekerja. Tapi bila terjengul muka Hakim iaitu abang kesayangan aku tu. Mati terus senyuman aku.

“ Abang masuk ye.”

Tak payah minta izin pun dia tetap dah masuk. Siap duduk depan mata aku lagi. Tak lupa sengihan dia tu.

“ Kenapa? Tak ada kerja ke kacau orang ni?”

Aku menjeling dia dengan rasa ragu-ragu. Mesti ada apa-apa ni.

“ Kenapa buat Zain macam tu?”

See! Dah agak. Mengadu rupanya mamat tu.

“ Abang memang suka tengok adik abang menderita kan? Suka tengok adik abang ni kecewa kan? Kan?”

Abang tersenyum kecil. Tanganku digenggamnya erat.

“ Mestilah tak. Tapi abang lagi tak sanggup tengok adik abang ni menahan perasaan. Pendam.”

“ Habis abang nak adik buat apa lagi? Sudah-sudahlah tu bang. Adik dah penat. Adik dah redha yang Zain tu memang bukan untuk adik.”

Aku melepaskan genggaman. Aku mula mencapai dokumen-dokumen kerja dan mula meneliti. Tapi aku langsung tak boleh fokus. Asyik terfikirkan Zain. Arh! Kacau!

“ Adik tak pelik ke? Kalau betul dia dah ada cinta hati kenapa dia still kacau adik?”
Aku pandang abang dengan perasaan kosong.

“ Sebab dia nak jadikan adik ni bahan uji kaji dia je. Faham? Dah keluar.” Halauku tanpa perasaan.

“ Sebab dia memang sayangkan adik abang ni.”

Aku mencebik. Yela tu. Abang dengan Zain sama je. Annoying! Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience