Jilid Satu, Bab Satu

Science Fiction Series 1265

Dia tersentak. Matanya terbuka luas. Nafasnya dalam, seperti Laut Cina Selatan. Mozaik berwarna hijau laut singgah di matanya. Aku kat mana ni? Jelas di wajahnya raut panik. Seketika kemudian, sengih lebar terukir di wajahnya. Aduh! Aku ada di jamban rupanya!
Dia menekan punat flush lalu membasuh tangan. Sempat dia merenung wajahnya di cermin, kepalanya ditelengkan ke kiri sedikit, bahana rambut separas bahu yang sudah menghalang penglihatan.
"Rin!"
Gadis itu mengusap rambutnya ke belakang. Dari luar, Lin sudah menjenguknya di muka pintu. Wajah cemberut itu ditenungnya dengan sengih sumbing. "Rambut tu dah macam hantu dah."
Rin ketawa kecil. "Sesuai apa dengan stail aku!"
Dua gadis yang berwajah serupa itu berpandangan sesama sendiri. Walaupun kedua-duanya berambut hitam, penampilan mereka berdua begitu berbeza. Rin lebih gemarkan penampilan boyish kerana lebih selesa, misalnya seluar khakis yang longgar, dan rambut berwarna separas bahu yang langsung tidak dijaga bahagian depannya, kekadang sampai menutup mata. Lin pula sangatlah mementingkan kekemasan, rambutnya yang turut panjang di bahagian dahi diikat stail tocang. Bahagian lebihan rambut dibiarkan jatuh sehingga keparas bahu, klip rambut dengan corak bowtie diletakkan di bahagian tepi kanan kepala, dan Lin kelihatan begitu comel sekali. Rin menutup pintu bilik air lalu berjalan mendapatkan Lin yang sedang menunggunya.
"Cepatlah! Mak dah bising tu!"
Rin tersengih lagi. Tak pasti sama ada sengih itu penuh dengan rasa bersalah atau tidak. Dia mengekori Lin yang dah mempercepatkan langkahnya dari belakang.
Kedua-duanya menaiki kereta berlatar belakangkan leteran mak. Rin mengisyaratkan Lin supaya tidak bersuara. Dia lebih berminat dengan pemandangan di luar berbanding melayani kembarnya dan leteran ibunya.
Huarggh! "Pukul berapa kita akan sampai nanti?" Rin menyentuh bahu kusyen pemandu. Dia memandang Lin yang sudah terlena dibuai mimpi. Cet! Tak adil! Lin dapat tidur free! "Kenapa? Tu lah, semalam bukan main lagi bantai tengok kartun dan baca komik. Kan hari ni dah lambat? Nanti sampailah tu." Wajah cemberut Rin masih tidak berubah. Dia menyandarkan tubuhnya ke sofa kereta. Matanya dipujuk agar dapat dipejamkan.
"Memanglah dah cuti. Cuti panjang pula tu. Mestilah nak bantai layan internet time ni."
"Cuti pun waktu yang sesuai untuk menziarahi saudara kita yang jauh."
Rin tak menjawab. Dia terlalu mengantuk untuk berasa sentimental sekarang ini.
Mereka tiba di destinasi ketika matahari sudah berwarna merah. Rin menggoncang bahu Lin dan memanggilnya.
"Hmm?" Gadis itu terkebil-kebil memandang kembarnya.
"Kita dah sampai. Jom."
Dua beradik itu disambut oleh sepupu mereka, Ain.
Rin menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ain. Dia terkebil-kebil memandang Ain yang menuju ke arah kakaknya yang jauh lebih tua, Liana.
"Kak Ain! Lamanya tak nampak!" Suara Lin membawanya ke alam nyata. Dia menggelengkan kepala laju lalu mendekati Lin, Kak Ain dan Kak Liana.
"Kak Liana apa khabar?"
Rin menelan air liur yang terasa pahit.
"Sihat je. Kebetulan cuti sekali, kitorang baliklah sini."
Rin mengangkat muka, memandang pemandangan sekeliling. Kampung halaman keluarga besar kami, desisnya.
Matanya tertancap ke arah sebuah rumah yang aneh.
Rumah itu, dikelilingi oleh sungai halus di sekitar parameter. Memang menarik dan cantik. Bangunannya menarik dengan gabungan warna kuning cair dan batu bata berwarna hitam. Sedikit sahaja, dalam 90 ke 5 ratio. Design bangunan itu kelihatan tua, walau masih kekal utuh dan kemas.
Tepukan di bahu membuatnya tersentak. Dia memandang Lin yang sedang tersenyum. "Jom masuk. Nanti dah malam."
Tubuhnya dibawa masuk ke dalam rumah ibu saudaranya. Tetapi fikirannya sudah mula terbang ke rumah aneh itu. Rumah siapa tu? Kenapa dia tak pernah tahu pun tentang kewujudan rumah tu? Hatinya meronta-ronta ingin bertanya Kak Ain tentang kewujudan rumah itu.
Tubuh wanita separuh usia menyambut mereka dari dapur. "Mak cik, apa khabar?"
Wanita itu menoleh. Wanita itu berwajah hitam manis dan kulitnya sedikit kusam. Sangkaan Rin, berpuluh-puluh tahun turun berkebun menyukarkannya untuk menjaga kulit. Tak seperti Kak Ain yang sangat urban.
"Okay je. Rin pula macam mana? Mak cik masak laksa ja hari ni." Suaranya deras sambil dia menumpukan perhatiannya ke arah pinggan yang perlu dibasuh.
Rin meletakkan beg pakaian di tepi dinding. Dia melipat kaki seluar khakisnya sehingga ke tahap yang tak mampu dikotorkan lantai. Lengan turtle-necknya juga dilipat.
Bunyi bising suara budak perempuan mendekati dapur membuatkan Rin tersenyum.
"Jom makan!" Suara itu seperti matahari, memberi tenaga dan hidup ke dalam hati.
"Hah, makanlah. Panggil Kak Liana sekali."
Malam menjelma. Tilam nipis dihamparkan di atas lantai papan di tingkat dua. Rin berbaring di sebelah Lin di bahagian kanannya, dan Kak Ain di sebelah kirinya. Kak Ain begitu khusyuk dengan game di smartphonenya sehinggakan tidak perasan akan lamunan Rin yang melangkaui rumah yang diduduki mereka.
"Kak Ain, rumah siapa tu?"
"Huh?" Kak Ain menanggalkan earphone.
Dia kemudian menumpukan perhatian semula kepada game.
"Ah... Rumah kosong. Tuan rumah dia dah pindah tiga tahun lepas. Mama kata tuan dia nak jual rumah tu. Cuma sampai sekarang rumah tu macam tak ada orang duduk."
Jawapan yang tidak berjaya menjawab tanda tanya Rin. Rin merehatkan dagu di atas bantal, sambil memandang Lin yang sudah terlena. Cet. Cepat betul budak ini tidur.
Tubuhnya dibawa bangun. Kak Ain langsung tidak menghalang. 'Dia ingat aku nak pergi tandas kut.'
Dengan penuh hemah dia mengatur langkah turun.
"Rin?" Suara wanita separuh usia membuatkannya menoleh lalu tersengih. "Eheh?..." Peluh sejuk mengalir di dahi.
"Buat apa tu?" Mak Cik menggosok mata dalam ngantuk. Dia menguap.
Rin mengalihkan tangannya daripada tombol pintu. Dia memandang jam di dinding. Pukul 12 tengah malam. Kemudian dia tersengih.
"Eh... Nak keluar, ambil barang, tertinggal dalam kereta." Sedaya upaya dia cuba untuk mengalihkan pandangan mata mereka berdua daripada bertentangan sesama sendiri.
"Ah, nanti dah masuk kunci pintu. Malam-malam ni binatang banyak, orang pun banyak." Tubuh tinggi yang berkain batik itu menghilang ke pintu bilik.
Rin mengeluh lega lalu memulas tombol pintu.
Di depan matanya kelihatan sebuah rumah yang agak victory-esque. Dengan bumbung berbentuk kon yang berwarna merah, dan berdinding kuning. Dinding batu-bata rumah itu yang begitu ganjil kalau dibandingkan rumah berdinding papan yang menjadi pilihan majoriti penduduk di situ. Rin membawa smartphone yang dilengkapi dengan torchlight, langkahnya kelihatan agak berhati-hati, sedikit demi sedikit sambil dia mendekati rumah misteri itu.
Gasp! Langkahnya terhenti apabila dia mendapati kaki kirinya mula basah. Dia membuat muka. Seluar khakisnya turut basah! Refleks dia mengangkat kaki kiri dan menepuk-nepuk seluarnya dengan harapan air berhenti menitik dan seluar akan lebih cepat kering. Selepas memerah hujung kaki seluarnya, dia melipat kedua-dua belah kaki seluar dan meneruskan langkah.
Ada aliran air di sepanjang parameter, tetapi tidak dalam. Hanya beberapa meter saja seluarnya basah, tidak sampai ke paras lutut pun.
Dia cuba menolak tombol pintu rumah itu.
Serta-merta, di depannya ada sebuah televisyen berskrin besar, di sebelahnya ada seorang lelaki yang kelihatan seperti sudah worn-out. Baju lelaki itu koyak rabak, dan ada seorang budak perempuan bawah umur yang kelihatan seperti pelarian perang. Gadis itu sedang duduk dalam keadaan bulat di tepi bucu dinding. 'Aku dekat mana ni?'
Refleks dia mengangkat tangan untuk menyentuh skrin televisyen itu, kerana sifat ingin tahunya.
"Bodoh!"
Jeritan itu tak membantu pun. Tangannya seolah-olah diserap masuk ke dalam skrin televisyen itu. Begitu kuat, ibarat daya magnet sedang menarik tubuhnya. Argh! Dia menahan kesakitan. Kuat betul, macam ditarik dengan magnet.
"Oi, Guruh! Pegang tangan aku!"
Huh? Tangannya tiba-tiba dipegang lelaki yang serabai itu.
Seperti ada angin yang berderu di dalam pegangan tangan tersebut yang menghalangnya daripada diserap masuk ke dalam skrin televisyen itu. Dia memandang lelaki itu lalu mengukir senyum terima kasih. Pandangan mereka berdua bertemu.
"Bodoh, patutnya kau tak cas tenaga kau ke dalam tu."
Suara kanak-kanak bawah umur membuatnya menoleh. Memandang kanak-kanak ibarat pelarian perang itu. Matanya kelihatan seperti orang yang tidak bernyawa langsung.
Dia kemudian memandang tangannya yang hampir dekat dengan skrin televisyen, lalu menariknya sekuat mungkin. Televisyen skrin itu gelap dan mati.
"Cepat! Kita kena keluar dari sini!"
"Huh? Tapi macam mana dengan budak tu?!" Matanya masih tidak lari daripada memandang budak yang tidak bernyawa itu. 'Kita kena selamatkan dia!' Pandangan matanya memberitahu lelaki yang memegang tangannya itu.
Lelaki itu tidak menjawab, dia menarik tangan Rin sambil mengatur langkah dengan laju, memaksa Rin untuk mengikut rentaknya.
"Kita kena keluar, sebab Zeno akan habiskan semua ni. Dia akan bakar satu bangunan ni!"
Huh? Refleks Rin menarik tangannya yang berada di genggaman lelaki yang sedang bersuara itu.
"Apa yang sedang berlaku ni?!"
"Shin sedang memberontak. Tugas kita dah selesai. Kita kena keluar kalau tidak mahu terperangkap dalam api Zeno." Nafasnya deras tetapi suaranya teratur.
Rin meneruskan langkahnya, mengekori langkah lelaki misteri itu.
Gasp! Apa yang sedang berlaku ni?!
Rin memandang pintu rumah aneh itu lagi. 'Tadi aku ada dekat mana?!'
"Hello, Guruh. Aku ialah Pemilik Masa. Aku mengawal masa. Aku datang ingin memberitahu yang kamu adalah Guruh yang baru."
Suara itu terngiang-ngiang kedengaran, tak pasti sama ada di telinga atau di kepala. Rin memegang kepalanya dengan kuat, sehingga dia terduduk.
Seketika kemudian, figura seorang lelaki yang berjubah putih dengan wajah yang menyenangkan mata muncul di hadapannya. Rin terpaksa mengecilkan matanya untuk melihat lelaki tersebut kerana cahaya putih yang terpancar di seluruh tubuhnya.
"Pemilik Masa awak cakap? Apa dia ni?! Saya tak faham!" Suaranya penuh dengan kekeliruan dan agak kedengaran seperti dalam kegusaran.
"Saya dah beritahu, saya ialah Pemilik Masa dan saya mengawal masa. Mulai dari hari ini, awak adalah Guruh."
Rin membuka mata luas-luas dan mendapati bahawa dirinya berada di pekan yang sunyi-sepi dan terabai. Tiada siapa pun di situ, pekan itu sudah mati! Matanya membulat. Apa yang dia pasti ialah lorong itu merupakan kawasan perumahan, cuma dia tidak yakin kawasan perumahan terletak di mana. Rumah-rumah yang terbina di tepi jalan kesemuanya berdua tingkat, dengan binaan bermotifkan gothic. Cahaya malap menyukarkannya untuk mengenal pasti warna bangunan tersebut, tetapi sekali pandang dia begitu yakin yang sekarang dia tidak berada di Tenggara. Mustahil Tenggara yang terkenal dengan landskap taman hijau boleh berubah menjadi suram, kelam dan memurungkan seperti lorong ini. Dia mendongak ke atas dan langit berwarna ungu menyapa pandangannya. Warna itu lebih menyukarkannya untuk mengenal pasti sama ada adakah sekarang ini siang ataupun malam, apatah lagi sekarang dia tidak tahu adakah dia berada di masa silam atau masa depan!
"Oi! Pemilik Masa!" Dia menyeru.
"Sekarang, gunakan kuasa yang awak ada dan berlatih."
Dia terkebil-kebil memandang pekan yang mati itu. Apa? Gunakan kuasa? Gasp! Dia menutup mata dan telinganya apabila terdengar bunyi petir, dan apabila dia membuka matanya pintu sebuah bangunan di kirinya kelihatan sudah hangus. Rin memandang tangannya dengan penuh tidak percaya. Mustahil kilat boleh terhasil dengan tangan!
Dia menghalakan penumbuknya ke hadapan dengan kuat, dan pancaran kilat keluar dari penumbuk itu, mengena jalan. Jalan itu hangus. Sekali lagi dia memandang tangannya dengan penuh tidak percaya. Tangan itu mengeluarkan cahaya biru di sekitar permukaan kulit jari dan di tengah-tengah telapak tangan. Apabila tangan itu berhadapan dengan satu sama lain, cahaya biru seperti urat mula keluar dari hujung jari-jemari dan bertembung, cahaya dari arah jari kanan bertemu dengan cahaya dari hujung jari kiri, menghasilkan arus elektrik.
Sekali lagi dia memandang tangannya, tetapi kali ini perasaan itu berubah.
Dia menggenggam tangannya erat, melihat urat biru bercahaya di lengannya, dan menggunakan dua jari untuk menghasilkan kilat.
Perbuatan ini diulang sehingga dia hilang kesedaran tentang masa.
Rin tersedar. Kepalanya berpinar-pinar. 'Urgh, mimpi ke semalam?' Dia tersengih. Tak sangka, dalam banyak-banyak orang, dia sendiri boleh bermimpi seperti itu. Dia menggagahkan dirinya untuk bangun. Kepalanya yang berpinar-pinar menyukarkan pergerakannya dan dia terhuyung-hayang mencari painkiller.
Langkahnya terhenti di hadapan sinki. Dia memandang cermin kabinet lalu mencapai botol kecil dan mengambil isinya.
Wajahnya kelihatan lebih jelas di hadapan cermin. Matanya yang berwarna hitam kelihatan makin tidak bernyawa, seolah-olah telah lebam, kerana banyak tidur, atau menangis. Dia sendiri tidak pasti. Kepalanya digerakkan sedikit ke kiri sambil tangan membetulkan rambut yang sudah menghalangi pandangan.
Dia memicit kepalanya yang mula menunjukkan simptom migrain. Uhuk! Uhuk! Dia terbatuk-batuk ke dalam sinki. Matanya terbuka luas apabila melihat apa yang ada di dalam sinki. Alangkah terkejutnya dia, darah!
Ah, sudah... 'Fenomena apa yang sedang berlaku sekarang ni?' Dengan penuh lemah-longlai dia melangkah ke arah dapur. Wajahnya sudah dibasuh dan rambutnya yang menutupi mata dibawa ke belakang dengan telapak tangan.
Dia membuka peti sejuk.
Pandangan matanya tertancap ke arah sebuah pintu bilik.
'Kak Liana?' Kotak susu yang sudah kosong direnyuk dan dibuang ke dalam tong sampah. Pintu bilik Kak Liana didekatinya.
Telinganya sibuk mencuri dengar dari tepi pintu.
'Suara apa tu?'
Kedengaran suara seorang lelaki. Tetapi yang mengejutkannya adalah kelainan suara lelaki tersebut. Dia terhenti seketika, cuba berfikir.
'Macam mana Kak Liana boleh sembunyi-sembunyi bercakap dengan lelaki selain Fazumi?'
Dia mendekatkan tubuhnya dengan pintu sekali lagi.
"Thank you, honey. I sayang you sangat-sangat."
"You're welcome. I pun. Tak sabar nak jumpa family you."
Perbualan itu begitu jelas, seolah-olah dia sendiri berada di situ, di tengah-tengah perbualan mereka.
Gasp! Tengah-tengah perbualan?! Kepala yang tadinya okay, mula berdenyut-denyut kembali. Refleks Rin memegang kepalanya dengan kuat. Suara-suara itu mula kedengaran di telinganya dengan lebih jelas.
"Berita jam 1 hari ini. Tiga orang lelaki berjaya ditahan..."
"Dung du du dush..."
Rin menekup telinganya yang sudah mengeluarkan cecair pekat dan hangat. Bau hamis itu membuatkan dia refleks mencelup jarinya ke dalam cecair. Bulat matanya memandang cecair itu, darah?
Nafasnya turun naik dengan perubahan ketara ini. Dia buntu, tetapi tubuhnya tetap dibawa mencari sinki terdekat, di dapur. Pili air dibuka, air menderu laju dan dia menadah tangannya, lalu Rin mencuci telinganya yang hangat dengan cecair merah pekat itu. Aneh, walaupun darah mengalir dari telinganya, tetapi gegendang telinganya seperti normal, dan tiada kecederaan pendengaran berlaku. Seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Mustahil! Tangannya semakin laju. Telinga aku berdarah! Dia menadah air dan tangan itu dibawa ke telinga. Kenapa telinga aku tak sakit apa pun? Air yang terpercik ke sinki bertukar warna, daripada merah darah ke warna jernih.
Tangan yang dibawa turun ke bawah mengeluarkan bunyi getaran laju yang aneh, dan perlahan-lahan dia memandang ke arah jari kirinya.
Tangan bergerak di rambut berdekatan ke telinga, turun ke muka, bunyi gegaran mula menyentuh kulit pipi, dan apabila tangan mula berada di pandangan, panahan kilat berwarna biru mula mengena mata, dan apa yang paling mengejutkan ialah matanya langsung tidak sakit!
Tubuhnya sihat walafiat, tetapi dia ingin tidur. Dalam hatinya dia berharap agar apa yang dia lalui sekarang ini hanyalah halusinasi, dan selepas terlena, dia akan tersedar dan kembali ke alam nyata. Kakinya perlahan-lahan mengatur langkah dengan penuh longlai menuju ke bilik tidur yang terletak bersebelahan dengan bilik Kak Liana. Sempat dia menoleh, melihat pintu berwarna coklat di sebelah biliknya dengan pandangan kosong. Kepalanya buntu, sekarang tak ada masa nak menyibuk hal peribadi orang. Rin melangkah masuk lalu mengunci pintu. Dia inginkan privasi. Sebiji pil berwarna biru dicapai dari dalam plastik, dan pil itu dimasukkan ke dalam mulut, kemudian Rin menelan air putih. Seketika kemudian, pil itu sudah menunjukkan keberkesanannya. Pandangan mula kabur, dan dia berbaring di katil, dengan tangan diletakkan di bawah pipi. Tubuhnya membujur, dengan harapan esok, apabila dia bangkit, semua yang dia alami hanyalah mimpi, atau khayalan semata-mata.

Alhamdulillah, selepas dua tiga hari edit. penulis bercadang nak edit semula semua bab dalam siri Keabadian ini sbb gaya penulisan yg sangat mediocre...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience