Jilid Satu, Bab Dua

Science Fiction Series 1265

Saat dia membuka mata, alangkah terkejutnya dia kerana dia tidak berada di biliknya. Rin menengadah siling kayu, di mana bilah kipas angin berpusing. Dia termangu seketika, mata memandang belakang tapak tangan yang diangkat ke langit.
Rin tersedar. Aku dekat mana ni?
Dia pantas terduduk. Matanya laju meliar 360 darjah. Kain bersih yang bersepah menjawab persoalannya. Rin menghembus nafas lega. Bilik laundry rupanya. Dia menukar posisi kepada duduk. Ketawa kecil meletus dari mulutnya. Iya-iya saja mimpi semalam. Banyak sangat tengok filem.
Tanpa sedar, dia dibawa ke tempat lain, di mana letupan kuat sedang berlaku.
Api merebak dengan pantas. Rin hanya mampu berlari. Sehinggalah nasib membawanya bertemu lelaki tadi. Rin terkejut. Di sebelah lelaki tadi juga ada orang!
"Light!" jeritnya. Huh? Langkah Rin terhenti. Hatinya tertanya-tanya. Siapa Light?
"Jaga-jaga!"
Lelaki itu menggerakkan tangannya dan seterusnya angin mula bertiup kencang, menjadi penghadang supaya api tidak terkena Rin. Terkejut, Rin terus berlari mendekatinya.
"Siapa awak?" soal Rin selepas situasi kembali reda. Sepi tiga saat. "Apa?!" Masing-masing terkejut. Rin masih terkebil-kebil kerana tidak tahu apa-apa.
"Awak tak kenal saya?" Dia bertanya sekali lagi kerana tidak percaya.
Rin menggeleng.
Lelaki itu menepuk dahi. "Oh ya! Aku lupa kau ini manusia," gumamnya.
Rin yang masih keliru akhirnya bertukar menjadi ingin tahu.
"Apa maksud awak? Situasi apakah ini?" soalnya bertalu-talu.
Lelaki itu memandang Rin dengan pandangan tajam sebelum melepaskan keluhan.
"Dari mana kau datang? Macam mana kau boleh berada di sini?" soalnya pula.
Tidak ada pilihan, Rin akhirnya menceritakan semua peristiwa yang berlaku, bermula dari mimpinya yang aneh sehinggalah ke telinga dan hidung yang berdarah dan akhirnya berdiri di sisi lelaki ini. Lelaki itu hanya mengangguk sambil khusyuk mendengar. Sesekali dia terkumat-kamit, cuba mengingat sesuatu.
"Oh, sekarang kau dah jadi Nyawa." Ulasnya. Eh? Nyawa? Kiranya ini kali kedua Rin mendengar perkataan itu.
"Kau mungkin tak tahu, tapi Nyawa ini makhluk yang ada kuasa bergantung kepada genetik dan karakteristik seseorang. Panggil aku Micky, aku mengawal angin. Tadi itu, budak yang kau jumpa ialah Xing, mempunyai kemampuan mengawal besi. Untuk pengetahuan kau, Tekno tiba-tiba je mampu tangkap kita dan dia rebel. Sebab itu kita berada di sini. Untuk hentikan dia. Aku rasa dia dah mati. Zeno sangat-sangat membantu."
Oh, Rin mengangguk faham. Kira bolehlah itu, walaupun penjelasan macam tergantung sikit. Tapi yang selebihnya macam kuasanya itu sangkanya Rin yang harus mencari jawapannya sendiri.
Telefon bimbit diletakkan di sisi, sebelum Rin menghela nafas berat. Pening kepala masih belum hilang. Sudah dua hari peristiwa tersebut berlalu dan lelaki yang bergelar Pemilik Masa itu langsung tidak menjenguk. Rin hanya berkelakuan seperti biasa.
Peluh dingin memercik di dahi. Rasa tak sedap badan makin lama makin kuat. Daripada pening kepala bertahap migrain, terus ke rasa loya nak muntah. Rin menekup mulut menahan loya. Pantas dia berlari ke bilik air tatkala dia merasakan yang loyanya sudah mencecah paras had.
Rin mengucap syukur. Mujur sempat. Keluar juga akhirnya. Segala isi perut, hempedu dan angin semua keluar melalui mulut ke sinki. Matanya membulat apabila wajahnya di cermin. Jarinya mengesat hujung bibir yang berdarah. Ah, sudah...
Dengan penuh lemah longlai, dia bergerak keluar dari bilik air. Rin memegang kepala dengan penuh kasar. Ada kuasa pun tak guna, jatuh sakit juga.
Dia menapak perlahan-lahan menuju ke dapur. Tangannya mencapai paracetamol, dan sebelah tangan lagi memegang secawan air suam. Dia dah tak ada pilihan. Takkan dia nak ke hospital dengan badan macam ini kut!
Tatkala dia sedang meneguk air, terperasan sesuatu. Liana.
Kenapa dengan Liana? Dia seperti berahsia. Sebelum tutup pintu, Liana pandang ke kiri dan kanan dahulu. Macam nak buat serang hendap pula.
Akibat sifat ingin tahunya, Rin perlahan-lahan menapak ke pintu, ingin mencuri dengar.
"Eh? Rin? Buat apa ini?" Pintu terkuak. Rin terloncat. Tetapi dia berpura-pura seperti tiada apa-apa. Jeda lima saat.
"Bagus juga kau ada dekat sini. Mari masuk," pelawa Liana sambil menarik tangan Rin. Rin yang masih ralit terpaksa mengekorinya masuk.
Rin ditarik agar duduk di atas birai katil. Seusai mengunci pintu, Liana menyertai Rin di sebelahnya.
"Kau tahu tak, ada seorang lelaki ini, kacak betul dia. Lelaki ini minat dekat aku! Bahagianya aku!" Liana dah separuh menjerit.
"Habis itu, Fazumi nak letak mana?" soal Rin tanpa sedar.
Riak wajah Liana berubah, dia seperti tersedar dan teringatkan sesuatu.
"Aku tak tahulah nak kata apa, Rin. Aku sayangkan tunang aku, tapi aku tak boleh lupakan lelaki itu. Dia macam dah terlekat dalam fikiran aku. Tak apa, nanti aku bawa dia datang ke rumah. Aku yakin kau akan faham."
Rin tak tahu nak kata apa. Matanya memandang bilik Liana. Hiasan yang ringkas, bertemakan motif hijau dan krim. Di meja katil dan bingkai gambar keluarga dan bunga ros berwarna krim. Langsir pula diikat, dan berwarna hijau gelap. Katil bersaiz queen putih itu dibalut dengan cadar kosong berwarna hijau daun. Meja solek kayu elok dikemas bersebelahan dengan gerobok pakaian.
Rin kembali ke alam nyata. Liana dan Fazumi sudah bersama selama tujuh tahun. Dia mula berasa tidak sedap hati. Seperti sesuatu yang tidak elok telah berlaku kepada hubungan mereka berdua. Tetapi dia tidak tahu apa.
"Ala, kau jangan risaulah Rin. Nanti aku bawa kau jumpa dia."
Liana mengenyit mata. Huh, nak tak nak Rin anggukkan juga. Kemudian dia beredar.
Cuaca pagi ini cerah, secerah langit biru. Penat di badan masih belum hilang walaupun cuti sudah habis. Dari sampai akademi ini hinggalah ke waktu perhimpunan ini, dia ke hulu ke hilir mencari profesor yang bertugas. Dalam hati dia merungut. Kalau duduk dekat-dekat tak apalah! Ini ada yang duduk di pejabat, belakang podium dan yang dekat makmal pun ada. Sangkanya profesor yang berada di blok akademi itu bimbang ada pelajar yang ponteng perhimpunan.
Rin berjalan di belakang Hanis dan menuju ke mesin gegendang. Teman Hanis beli air. Walaupun tekaknya haus, membeli air bukan keperluannya kerana dia sudah membawa sebotol air mineral sebanyak satu liter dari rumah. Ingatannya terhadap peristiwa tadi masih belum padam.
Apa yang berlaku tadi? Tadi, semasa dia berada di dalam pejabat, wayar telefon pejabat mengeluarkan arus yang sangat kuat sehinggalah tubuh Rin turut bergetar.
Dalam keadaan begini, Rin merasakan bahawa dia haruslah mengawal kuasanya kerana dia bimbang persepsi rakan-rakan terhadapnya berubah sekiranya mereka mengetahui perihal peristiwa hari itu dan kuasanya.
Berbalik kepada topik asal, dalam keadaan tubuh yang bergetar-getar, Rin gagahkan diri untuk mendekati telefon yang terdapat di kaunter pejabat itu. Bersusah-susah payah tangannya berpaut pada kaunter, cuba untuk memeriksa telefon tersebut. Getar di tubuh itu tak payah cakaplah, gaya macam pesakit parkinson saja. Tapi tatkala dia menyentuh wayar telefon itu, dia seolah-olah dibawa merentas arus. Dalam terkejut Rin menutup mata. Hatinya berasa takut dengan situasi tersebut.
Apabila dia membuka mata, alangkah terkejutnya dia kerana sekarang dia berada di taman. Dia kenal buaian itu, papan gelongsor di sekitarnya dan yang paling penting, gelongsor berbentuk bukit. Rin memandang ke arah pakaiannya. Ah, sudah... Nanti dia dituduh ponteng pula.
Dengan penuh keliru Rin bergerak mendekati tiang lampu. Panas, sebab haba dari argon itu kut.
Telinganya sempat menangkap perbualan seseorang dari jauh. Siapa itu? Ada seorang lelaki. Berjaket hitam kulit dan kanvas. Perbualan dalam telefon, sebab Rin boleh mendengar suaranya.
"Hah. Menghendap!" Rin terlompat dek terkejut. Suara itu ketawa. "Siapa awak?"
"Eh? Awak tak kenal saya? Ah, awak budak baru itu. Ingat tak, Guruh?"
Angguk.
"Saya Light. Saya mengawal cahaya. Saya boleh buat cahaya makin terang dan makin malap. Tapi saya ni ceria orangnya."
Dalam diam Rin setuju. Memang cerah budak ini. Wajahnya pucat lesi, seperti orang sakit. Matanya biru muda, dan rambutnya berwarna perak. Wajahnya kebudak-budakan.
"Tengok apa itu?" soal Light, cuba menyertai Rin.
Niat untuk menghendap hilang. Perlahan-lahan Rin bersandar di tiang lampu. Light memandamkan lampu itu dengan kuasanya kemudian dia menyertai Rin.
"Hey, macam mana saya boleh sampai sini? Tadi saya duduk di pejabat akademi," soal Rin perlahan. "Setiap Nyawa ada karakteristik masing-masing. Contohnya saya, boleh bergerak dalam kelajuan cahaya. Tubuh saya juga akan menjadi panas sekiranya tenaga di dalam badan saya bertambah."
Rin mengangguk perlahan. "Jadi, saya mempunyai karakteristik guruh?" soalnya.
Light mengangguk laju.
"Macam mana kita nak mengambil kesempatan di atas karakteristik itu?"
"Awak hanya perlu fokus dengan gunakan kuasa awak. Apatah lagi, awak merupakan salah satu daripada lima elemen utama. Awak kena bersatu dengan kuasa awak." Itu jawapannya.
Rin hanya mendengar. Dia memandang lengannya. Fokus? Macam hari itu?
Rin memfokuskan tenaga di tangan. Cahaya seperti kilat mula keluar dan mengalir dari tangan kiri ke kanan. Cahaya itu hanya bertahan beberapa saat sebelum terpadam. Rin mencuba untuk kali yang kedua. Gagal. Peluh mula memercik di dahi. Dia mengeluh hampa.
"Nampaknya awak masih belum tahu apa had kuasa awak?" Rin mendengus sebelum memandang Light di sebelah. Budak itu dah tak ada. Besar bukaan mata Rin.
Rin tersedar. Dia memandang jam di permukaan tangan. Hatinya mula berasa resah. Dia harus pulang segera. Kepalanya puas berfikir.
Eureka! Rin teringatkan sesuatu. Kilat bergerak dengan kelajuan cahaya. Jadi dia pasti boleh melakukan hal yang sama. Soalnya bagaimana?
Dia melangkah sekitar taman, mencari wayar elektrik. Datang dengan cara yang sama, balik pun dengan cara yang sama. Nasibnya beruntung kerana ada gerai menjual minuman yang ketiadaan orang menjaganya. Rin menggunting wayar lampu gerai. Suis dihidupkan. Kedua-dua belah tangannya memegang bucu wayar yang telah dipotong. Dia memfokuskan tenaga sehingga dahinya berpeluh. Matanya dipejamkan kerana takut. Terasa badannya ditarik magnet. Arus elektrik Metropolis dan arus di badannya bersatu. Rin membuka mata.
Bibirnya menghembus nafas lega. Dia sudah berada di bilik PA system bersama Din dan Thivya. Rin memandang ke arah mereka berdua lambat-lambat sebelum memandang ke arah tubuhnya. Bagus! Tak ada perubahan.
"Rin, awak okay ke?" Perlahan-lahan Thivya bertanya kerana risau. Rin memandang Thivya sambil mengukir senyum. "Jangan risaulah. Saya okay," balas Rin sambil mengenyit mata. Barangkali merahsiakan peristiwa tadi merupakan tindakan yang baik di pihaknya.
Haih, Rin mengeluh. Sudah beberapa bulan berlalu semenjak peristiwa tempoh hari. Dalam keadaan sekarang dia masih lagi tak percaya bahawa dia bukan lagi manusia biasa. Hatinya berasa penat, tetapi tubuhnya sudah sembuh sepenuhnya. Seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.
Rin juga perasan akan sesuatu. Setiap kali tubuhnya terluka akibat digaru, kulitnya sembuh seperti sedia kala semula. Tanpa dia letakkan apa-apa ubat pun! Sistem imun dalam tubuhnya seperti semakin kuat. Seolah-olah seperti sakit apa pun tubuhnya akan sembuh.
Baru-baru ini ketika pemeriksaan kesihatan berkala, dia perasan berat dan tingginya tak berubah walau satu zarah pun. Mujurlah rakan-rakan sekelasnya tak beri perhatian sangat pun, kalau tidak jenuh mahu dia jelaskan.
Haih, Rin mengeluh lagi.
Awan hitam di luar menarik perhatiannya. Pantas dia bangun dari tempat duduknya. Langkah dibawa ke tingkap. Hatinya tertanya-tanya, ada tak Nyawa yang mengawal hujan? Kalaulah ada dan Rin berpeluang untuk bertemu dengannya, mesti baguskan?
Bunyi bising di luar membuatkan Rin membuka pintu bilik dan mengintai dari dalam. Siapa yang datang?
Alangkah terkejutnya Rin apabila orang yang datang itu ialah lelaki. Kepalanya teringatkan sesuatu, Liana!
"Oit!" Rin menggamitnya yang sedang sibuk di dapur. "Siapa itu?" Muncung mulutnya bertanya.
Teruja agaknya, Liana menarik tangan Rin supaya mendekatinya. Rin hanya mengikut sahaja rentaknya.
"Eh, kenapa ini?"
Dek kerana geram, dia meminta Liana melepaskan genggaman tangannya.
Tapi Liana tak ambil pusing, malah dia menarik tangan Rin supaya mudah hendak dia berbisik kepada Rin.
"Itulah lelaki yang aku cerita pada kau itu! Yang suka dekat aku itu!"
Walaupun Liana hanya berbisik, tapi Rin taklah selambat mana yang tak boleh kesan betapa terujanya Liana.
Rin memanjangkan leher, memandang ke arah lelaki yang sedang bersembang dengan ibu mereka di ruang tamu.
"Habis itu, macam mana dia boleh rapat dengan mak pula?"
Soalan itu lebih kepada diri sendiri.
"Itulah sebabnya!" Liana menggoncang bahu. Adeh, nak sengal bahu ini dibuatnya.
"Rin, kau rasa macam mana? Okay tak?"
"Okay tak? Hmm..." Rin terdiam seketika. Membuat pertimbangan. Kemudian dia mengalihkan pandangan memandang ke arah lelaki itu.
Entah kenapa, terasa seperti ada sesuatu yang sedang cuba untuk menguasai mindanya membuat keputusan. Seolah-olah bahawa orang itu boleh membaca fikirannya. Takkanlah.
"Rin? Kau kenapa? Buang tabiat?" soal Liana sebaik sahaja terperasankan riak wajah Rin yang berubah.
Rin mengangkat muka memandang Liana. Tak boleh! Lelaki itu masih belum sedar akan kewujudannya!
"Tak ada apa. Aku nak masuk bilik. Jangan kacau aku."
Rin memegang bahu Liana, cuba meyakinkan yang dia okay. Hatinya risau kerana jika Liana risau akan dirinya, lelaki itu akan sedar akan kewujudannya di dalam rumah itu.
Setiap sahaja dia menutup pintu, Rin terus bersandar pada dinding pintu. Tubuhnya terduduk akibat dinding pintu yang licin. Segala perkara yang bermain di minda cuba dia kosongkan. Tak boleh. Cis! Rin menumbuk dinding.
Tak ada pilihan, Rin menyusup ke bilik air. Mungkin curahan air atau derusan mandian boleh menyejukkan otak dan seterusnya mengosongkan minda yang kusut.
Rin membuka pili air mandian. Membiarkan curahan air mandian berlari dari kepala hingga ke kaki. Agak lama juga dia berada di bawah air mandi. Agak-agak bila lenguh, barulah dia keluar.
Alamak! Lelaki itu berada di dapur pula! Sudahlah laluan ke biliknya itu berada di situ. Bagaimana dia nak ke biliknya?
Tersedar akan kesilapannya, Rin menampar pipi sendiri. Dia telah membuat silap. Dia tak sepatutnya berfikir langsung. Nanti dia sedar akan kewujudannya.
Perlahan-lahan Rin merapati dinding, cuba mendengar perbualan mereka. Tetapi dia tak peduli akan isi perbualan tersebut.
Jari telunjuk dan jari hantu dia talakan ke arah lelaki itu. Tanpa membuang masa, Rin terus menembak petir dari dua jarinya. Lelaki itu menepis. Alamak! Itu maknanya lelaki itu tahu akan kewujudan Rin di sini.
Rin mula berasa resah. Apa dia nak buat ini?! Kalau dia silap langkah dia boleh dijumpai di sini. Yang penting sekarang, dia kena ke tempat yang memang dia tak boleh pergi, biliknya sendiri. Persoalannya, macam mana aku nak ke sana?
Kipas angin yang berdekatan menarik perhatiannya. Rin berfikir seketika. Tangannya menyentuh soket yang hidup dengan tangan basah. Zup! Terasa seperti tubuhnya telah disambungkan ke arah seluruh litar di dalam rumah. Rin cuba menggambarkan litar di dalam rumah. Dari ruang tamu ke ruang rehat, ke bilik utama, tandas utama, ruang makan, dapur, bilik tidur Liana dan Lin, tandas di tingkat atas dan biliknya.
Dia membuka mata. Aha! Dia cuma perlu bergerak dari kipas angin ini ke pengecas telefon di biliknya yang masih hidup. Itupun, harap-harap sahajalah. Pengalaman menggunakan kuasanya tempoh hari mengajarnya untuk menggunakan kuasanya ini.
Rin bergerak ke bilik air semula. Tubuhnya dibasahkan sebelum dia bergerak ke soket terdekat. Soket dihidupkan. Tangan menyentuh soket itu. Terasa seperti ada magnet yang menarik tangannya agar memasuki ke dalam soket itu. Rin memejamkan mata.
Apabila dia tersedar, dia sudah berada di biliknya. Dia memandang ke arah suis pengecas telefon sebelum mematikan suis tersebut. Pintu bilik dan tingkap dikunci serta-merta. Pendingin hawa dihidupkan. Tubuh dibawa duduk di atas katil. Rin mengeluh berat. Sudah dia agak, lelaki itu mempunyai kuasa mengawal fikiran. Pasti dia yang mengawal fikiran Liana dan Mak agar mereka menerimanya. Mustahil hubungan tujuh tahun itu boleh retak dengan begitu mudah sekali. Rin mengeluh lagi tanpa sedar. Kepalanya kusut memikirkan bagaimana ingin dia lindungi keluarganya daripada lelaki itu.
Tetapi dia melepaskan nafas lega juga akhirnya. Sekurang-kurangnya sekarang dia mampu berbuat sesuatu. Dalam hati dia bertekad. Ini misi pertamanya sebagai Nyawa!

Alhamdulillah, dh lama planned nak edit semula novel ni. punyalah lama brainstorming.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience