EPISODE 03

Family Series 54810

Seseorang yang tidak berada jauh dari universiti Putra Firash, ia memberi maklumat kepada lelaki beristeri dua itu dengan lengkap.

"Hm biadap!! Dapatkan maklumat budak mentah tu segera."

CLACK

Ia mengetap bibir sendiri. Fikirannya melayang jauh entah ke mana.

"Argh biadap, aku mesti ajar kau cukup-cukup budak dasar!!" Ia tergelak sinis.

Kereta beransur pulang ke rumah isteri keduanya. Mereka harus bercakap depan-depan jika benar isterinya curang tahu lah apa dia bakal lakukan nanti.

Lama Ia menunggu di ruang tamu rumah, mandi pun tidak apa tah lagi untuk minum petang.

"Dato jemput minum, air dah sejuk ni." Sarah menunduk kepala.

Ia menghormati lelaki itu.

"Aku tak haus." Ikbal langsung tak beralih wajah. Ia masih menanti Farhana pulang ke rumah sejak tenggahari tadi.

"Dato ada masalah ke dengan Puan Farhana? Ke."

"Itu urusan aku, bukan urusan kau. Pergi."

Sarah mengundur diri ke belakang bila suara lelaki itu begitu tegas dalam kata-kata.

Ia menghubungi Farhana Dhia beberapa kali tetap isteri mudanya langsung tak menjawab. Apatah lagi untuk memberi sebaris ayat padanya.

"Kurang ajar, kau memang nak cari nahas dengan aku nampak gayanya."

Jam menunjuk lapan malam. Farhana Dhia berjalan masuk ke dalam rumah itu dengan terburu-buru. Pakaian basah sepenuhnya.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam, kau dari mana ni.?" Ikbal yang ada di depan pintu pun tergamam kerana pakaian Farhana sempurna basah.

"Kejap.. Saya nak salin pakaian dulu ni." Farhana terus berlari naik ke bilik.

"Hm.." Ia pun berjalan naik ke bilik.

CLACK

Perlahan-lahan ia membuka pintu bilik air. Jelas dia melihat isterinya tidak berpakai pun, sempurna kejadiannya.

"Hana.."

"Argh!!! Abang buat apa dekat sini.."

"Apa.? Kenapa kau terkejut tengok aku macam ni hm.."

"A-abang.. saya nak mandi dulu."

Ikbal Fatah tersenyum sumbing sambil berjalan ke arah Farhana Dhia. Dalam fikiran sudah membayangkan sesuatu yang lazat, tapi bukan makanan.

Sepatutnya dia harus memarahi isterinya kerana hal tadi. Tetapi bila dia sedar diri dari tertidur, mereka sudah terlena hingga subuh menjelma.

Ikbal Fatah menciumi ubun-ubun kepala Farhana Dhia. Ingin dia mengasari isterinya tetapi dia bukan kaki pukul atau baran seperti sesetengah lelaki di luar sana.

Kewajipan nya untuk menjaga keluarga. Tetapi dia juga bukan tunggul kayu yang boleh di bawa hanyut sesuka hati.

"Hurm abang dah bangun.?" Farhana memeluk pinggang lelaki sebaya ayahnya itu.

"Sudah.. jom bangun mandi, solat.." Ikbal Fatah menolak selimut tebal ke tepi. Ia mendukung tubuh Farhana ke bilik air.

Usai solat berjemaah.

Farhana Dhia menyalami tangan Ikbal Fatah. Mereka sempat berbual kosong sebelum mengangkat sejadah.

"Hana boleh aku tanya kau sesuatu." Ia betul-betul berada di belakang Farhana. Jarak jauh mereka hanya setengah meter saja.

"Tanya lah. Ada apa.?" Farhana hanya mengenakan solekan nipis di wajah. Dia terus melihat ke pantul cermin.

"Kau ada boyfriend.?"

Terdiam Farhana Dhia dengan soalan lelaki itu. Ia bangun dan berjalan ke tepi katil..

"Aku tanya ni kau ada boyfriend tak.? Jawab jelah."

"Kenapa abang mesti tanya soalan ni.? Abang tak ada hak nak atur hidup saya sikit pun."

"Farhana Dhia!! Aku ni suami kau Hana."

"Ye. Saya ada boyfriend, kami dah lama berkenalan.. puas hati abang."

"Kau.!!!" Ikbal menghampiri Farhana. Dia terus mencekak kuat leher Farhana hingga sang isteri terbaring atas katil.

"Aku suami kau Hana. Kau mesti taat kepada aku bukan kau cari jantan lain di luar sana."

PLAK

"Abang sakit.."

"Aku bukan tunggul kayu yang boleh kau tolak sana sini Hana."

PLAK

Sebelah tangannya naik menampar pipi Farhana Dhia dengan kuat.

"Argh sakit.."

"Kau sakit, hey perempuan tak reti bersyukur.. sini aku nak cakap. Kalau kau nak hidup senang kau jangan cari masalah dengan aku. Aku bukan tunggul kayu. Bangsat. !!!"

PLAK

"Berani kau cari jantan lain hum.."

"Argh.." Ia terus menolak bahu Ikbal jauh darinya.

Farhana Dhia menekup wajahnya yang jelas-jelas terasa sakit dan panas itu.

"Siapa jantan tu.?" Ikbal beralih ke belakang.

"Kalau awak nak tahu pergi lah tanya dia sendiri. Awak lelaki dayus. !!! Menyesal saya kahwin dengan awak Ikbal.!!" Ia meluahkan perasaan marahnya saat ini.

Wanita mana sanggup tahan dengan lelaki pukul dan kejam seperti ini.

"Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan perempuan jalang macam kau ni. Aku ada keluarga. Aku ada tanggungjawab yang perlu di pikul, sedangkan kau pula hanya mampu menyusahkan keluarga. Lagi memalukan. Hana." Puas dia memalukan isterinya saat ini.

"Saya lagi malu dapat suami macam awak Tuan. Sumpah isk.. Ceraikan saya Tuan. !!! Ceraikan saya.." Farhana berlari keluar dari bilik.

"Farhana !!!! Kau jangan biadap dengan akulah." Ikbal bercekak pinggang.

Ikbal Fatah masuk ke pejabat seperti biasa, tetapi moodnya lagi tak menentu kerana pertengkaran di awal pagi. Wajah isteri mudanya lebam sana sini kerana nya. Walau bagaimana pun Farhana Dhia tetap menyalami tangan lelaki yang memukul dirinya.

Ikbal Fatah ingin menciumi ubun-ubun kepala Farhana Dhia tetapi ia terlupa, mereka baru habis bertengkar.

"Ah... apa aku dah buat ni.? Patut ke aku carikan seseorang untuk lepaskan semua ni." Buntu akalnya seketika, semalam dia fikir semuanya sudah selesai. Tetapi..

TOK

TOK

"Siapa lah pula. Masuk.."

"Baik Dato.."

"Selamat pagi Dato.. ini ada minum dan sarapan pagi." Aidan meletak dulang di depan majikannya.

"Terima kasih, saya dah sarapan di rumah tadi."

"Oh dah sarapan.? Awalnya.. hehehe maaf."

"Hurm.. biasa lah isteri saya buatkan sarapan saya mesti jamah juga."

Aidan mengangguk kepala, selalunya majikannya itu tidak sarapan di rumah.

Tetapi ini..

"Kenapa.?" Ikbal tersenyum lebar.

"Jarang saya dengar Dato' minum awal-awal. Itu yang saya tengah fikirkan ni. Hehe.."

"Aidan.. awak percaya saya ada isteri muda.?"

"APA.?!! Dato' ada isteri muda." Aidan terus duduk tanpa di jemput.

"Ya. Kami baru berkahwin dua minggu lalu, sekarang saya sudah ada dua isteri. Awak mesti simpan rahsia ni Aidan." Ikbal menunjuk jari telunjuk pada Aidan.

GLUP

Aidan meneguk air liur payah.

"Cuma awak sorang saja yang tahu saya mempunyai dua isteri sekarang ni. Faham.." Ikbal mengangguk sambil memberi amaran.

"Erm.. faham Dato. Saya janji saya akan simpan rahsia ni sampai ke mati.." Ia mengangguk kepala sambil tersenyum lebar.

Ikbal Fatah tersenyum lagi. Kini dia akan ceritakan semuanya pada Aidan tak lama lagi.

"Sebenarnya, saya ada bertengkar dengan dia, kes saya tanya dia ada boyfriend ke tak. Dia cakap ia dia memang ada boyfriend. Awak tahu dia langsung tak jaga perasaan saya Aidan!'

"Jadi saya naik tangan pada dia, sekarang saya rasa menyesal pula. Hm.." Ikbal mengurut belakang lehernya dengan sedikit kuat.

Aidan mengangguk faham, yang dia tak faham kenapa majikkannya kahwin lagi padahal Datin Syakilla Emma cukup sempurna kejadiannya.

"Tuan, boleh saya sesuatu?"

"Erm tanya jelah. Apa.."

"Kenapa Tuan berkahwin lagi, datin tahu tak? And Tuan dengan isteri muda Tuan tu berkahwin paksa ke.?" Aidan memasang telinga dengan jelas.

"Hm.. Syakilla tak tahu pun, bapa kepada isteri saya tu berhutang dengan saya. Mereka tak mampu bayar jadi mereka serahkan anak perempuan mereka pada saya.. kami langsung berkahwin di thailand saja."

Aidan yang mendengar dengan teliti pun mengangguk kepala seperti burung belatuk. Ia memang tak sabar untuk mengeluarkan kata-kata sepakat dengan hati untuk lelaki itu.

"Oh senangnya mereka, lepas berhutang tak nak bayar! Anak di gadainya.. hahaha tak heranlah sekarang ni banyak anak-anak muda keluar duduk asing dari keluarga. Haha sekarang baru saya faham." Aidan meraup wajah dengan kasar, puas dia mengatur ayat tadi.

Menyirap darah Ikbal Fatah, ia terasa kerana mengahwini Farhana Dhia tanpa persetujuan wanita itu. Kini dia semakin terasa bersalah dengan keadaan.

"Kau ni perli aku ke Aidan? Sebelum aku minta surat berhenti kerja dari kau, lebih baik kau keluar dari sini sekarang! Keluar."

"Maaf.. saya cuma luah apa yang patut saja, ermm.. saya minta diri dulu." Aidan yang terkedu sendiri dengan kata-kata majikkannya itu.. ia segera mengangkat kaki beredar pergi.

Pukul.. pukul.. Kan Farhana dah minta cerai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience