EPISODE 02

Family Series 54810

Syakilla keluar dari rumah, ia melihat sebuah kereta berwarna hitam memasuki ke garaj besar di tepi rumah. Ia tahu itu adalah Ikbal Fatah.

"Baru balik you, lama outstation.." Syakilla mendekat. Tangan Ikbal Fatah di salam. Dia melihat ada beberapa buah tangan saja di dalam genggaman tangan pemandu.

"Sayang, I kena pergi outstation dekat-dekat sini saja. Barang yang di bawa untuk you pun tak berapa mahal. I'm sorry.. But I hope you like'it." Ikbal tersenyum lebar sambil berjalan masuk ke rumah.

Sebenarnya banyak saja buah tangan dari ia. Tetapi kebanyakan dari ini dia sudah memberi kepada isteri keduanya.

"Hm sikit nye.. baik tak payah beli." Syakilla mencebik bibir. Ia terus ke driver yang masih setia menanti dirinya di tepi kereta.

"Jom. I boring duduk dalam rumah ni. Bawa jelah I kemana-mana pun, please."

"Baik Datin, silakan."

Syakilla mengangguk kepala, ia masuk ke dalam perut kereta tanpa melihat barang apa yang di beri Ikbal Fatah padanya.

"Dato." Rose menunduk kepala.

"Hm.. aku tahu dia takkan pandang semua ni, kau bagi jelah bag-bag ni dekat anak-anak aku di dalam bilik sana." Arah Ikbal Fatah.

"Baik Dato, saya bawa naik ke atas dulu." Rose terus membawa bag-bag tadi ke atas.

"Papa.." Amir dan Amirah berlari mendapatkan Ikbal Fatah di depan ruang tamu.

"Korang dah turun.? Papa baru suruh Bibik letak barang tadi ke dalam bilik korang berdua."

"Hehe.. kitorang dah tahu tapi kitorang saja jer nak sapa Papa kite orang yang handsome ni. Kan kan.." Amir dan Amirah mengangguk serentak. Mereka anak kembar yang lahir di bedah.

Lepas kelahiran mereka, Syakilla terus membuang kilang peranakan nya. Katanya cukup lah dua orang saja.

"Hm yelah.. Dah mandi ke belum ni.?"

"Sudah. Tapi Amirah belum, dia baru bangun tidur.." Amir menunjuk kearah Amirah dengan tawa kecil.

Ikbal Fatah mengangguk kepala.

"Kalau macam tu Papa nak naik ke bilik dulu, nak mandi panas ni.. Nanti kita makan malam sama-sama okay.?" Ikbal terus bangun dari duduk.

Ia berjalan naik ke bilik.

"Okay Papa.." Amir dan Amirah mengangguk kepala. Mereka berdua terus berlari keluar dari rumah.

Usai makan malam yang penuh kesunyian itu. Ikbal Fatah teringat akan pada isteri muda nya. Sejak di kembali ke sini dia langsung tak sentuh Handfone apalagi untuk menghubungi sesiapa di waktu sekarang.

"Amir makan baik-baik tumpah tu. Hm."

"Maaf Papa, Amirah kacau Amir tadi."

"Takde lah mana ade, Amir pandai-pandai jer nak cakap bukan-bukan."

"Awak yang ganggu saya. Ih.."

"Saya makan baik-baik saja tadi."

"Tipu.."

"Ape pula.."

BRAK

Kedua-dua si kembar itu mengecut diri. Mereka saling berpelukan.

"Korang berdua ni sehari tak buat perangai tak sah. Papa balik penat-lelah korang nak bergaduh di meja makan.? Mana etika korang selama ni..?" Ikbal mula naik angin.

"Maaf Papa.."

"Maafkan kitorang. Papa.."

"Stop.. stop'it.. Papa malas nak balik ke rumah ni sebab ni lah. Sepatutnya kita sama-sama bergembira di sini satu keluarga, see mana Mama korang..? Stress aku macam ni." Ia terus beredar pergi.

"Papa.."

"Papa marahkan kite ke kakak.?"

"Tak. Papa letih tu.. nanti Papa dah membaik, kite pergi pujuk Papa eh.?"

"Okay.."

"Sudah. Habiskan makanan ni dulu tak baik membazir nak." Rose dan Rasidah memujuk kedua-dua si kembar itu.

Syakilla keluar bilik hotel bersama seorang lelaki. Ia puas bersama seorang gigolo muda, apatah lagi hebat di ranjang. Tapi suaminya lagi handal cumanya sibuk tentang kerja tak habis-habis.

Benar dia perlukan duit dan harta kekayaan lelaki itu. Tetapi bukan begini caranya.

"Thanks baby puaskan I lagi."

"You welcome, nanti bila-bila free call me again. I datang hangatkan ranjang you okay."

"Haha.. so sweet, I kena balik ni dah lewat nanti I call you soon bye."

"Bye." Mereka berdua terus berpisah di depan pintu lift hotel tadi.

Masing-masing membawa diri.

Syakilla melihat ada beberapa tompok pelajar yang keluar dari bilik hotel. Dia melihat semua perempuan, cantik-cantik juga bertudung litup. Tetapi dia masih tak di seru hidayah lagi.

"Hi.. korang dari mana ni.?" Syakilla melihat ke enam-enam mereka dengan anggukan kepala.

"Kami dari universiti Putra Firash. Ada kuliah berjemaah di sini.."

"Wah. Universiti tu memang agak popular dalam setahun dua ni ye, I ade dengar juga.."

"Ye, kami pun bangga dapat belajar di sana hihi.."

"Korang belajar baik-baik tau, nanti keluar dari sana korang mesti dapat kerja bagus bagus. Sekurang-kurangnya jadi HR ke atau CEO muda ke kan. Hihi.."

"Insha-Allah.. masin mulut Datin, kami pasti dapat kerjayaan yang bagus."

TING

"Jom masuk sekali." Ajak Syakilla.

"Tak pe Datin. Kami masih tunggu beberapa orang kawan-kawan di dalam sana. Diorang masih kerjakan solat maghrib tu." Aina menyahut lembut.

"Oh okay, kalau macam tu I masuk dulu bye.."

"Bye.." Mereka melambai tangan pada Syakilla.

Sedangkan Farhana Dhia baru saja keluar dari bilik itu bersama dua orang ustazah.

"Kenapa tak masuk lagi ni.?" Bahiyah mula menyapa.

"Kami tengah tunggu ustazah-ustazah lah.. Kita boleh masuk sama-sama."

"Haha balik sama-sama hihi.."

"Ke korang takut sesat..?" Farhana tergelak kecil.

"Eh sorry sikit. Kite ni ramai, awak tu sorang haa.." Alya memeluk lengan Farhana.

TING

"Sudah. Jom kite masuk.. Ustazah.." Aida menjemput kedua-dua ustazah itu ke dalam perut lift dahulu.

Sebaik saja Farhana Dhia keluar dari taksi di depan rumah. Beberapa deringan telefon mula berbunyi. Ia mengambil fhone di dalam bag tangannya. Ia terkejut sendiri.

"Suami kesayangan. Sejak bila aku letak nama suami kesayangan ni.? Aduhai ni pasti kerja dia."

CLIK

"Hello assalamualaikum abang." Langkahnya di panjangkan ke pintu besar yang telah di buka oleh seseorang pegawai polis.

"Waalaikumussalam. Pergi mana sejak tadi aku call tak berangkat dari." Suaranya agak kecemburuan begitu.

"Maaf.. tadi saya ada kuliah berjemaah di sebuah hotel ni. Kenapa.?"

"Silakan Puan.."

"Terima kasih." Ia masuk ke dalam.

"Sama-sama Puan.." Ia mengangguk kepala.

Pintu pagar tinggi di kunci rapat.

"Abang rindu."

"Huh..?"

"Sungguh.. aku rindu dengan kau kalau boleh aku nak stay sana lagi seminggu dua. Balik ke sini pun isteri ke mana, anak-anak pula buat hal. Hm.." Ia mengeluh berat sambil menutup laptop.

"Abang. Apa kata dalam rindu tu abang selit doa-doa untuk keluarga abang. Insha-Allah, selamat dunia dan akhirat abang.."

"Abang cuba nanti ya. Sayangku.." Ikbal terus tersenyum lebar bila mendengar suara isterinya berkata lemah lembut begitu.

Farhana Dhia tergamam lagi. Nasib saja lah dia sudah duduk di atas sofa kalau tak pasti dia dah tergolek di atas lantai.

"Um yelah.. saya nak naik ke bilik dah ni bye.. assalamualaikum." Hampir-hampir ia ingin menutup panggilan.

"Sayang, showoff dekat abang boleh tak.?"

"Ya Allah ape abang ni.. ?!! Berdosa lah." Hilang suku imannya di dada.

"Untuk suami tak apa bukan untuk orang lain pun. Please.."

CLACK

Farhana Dhia terus mematikan panggilan. Handfone di matikan.

Ini kerja gila. Dia tak pernah lakukan hal itu semua, merinding bulu romanya di dalam jubah tebal itu.

Ikbal... Ikbal.. Usia saja tua, tapi perangai macam orang muda. Risau betul dengan suami miang macam ni, mentang-mentang lah dapat pucuk muda. Ihhh....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience