EPISODE 04

Family Series 54810

Ikbal Fatah berlari masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa. Dia dapat berita mengenai Syakilla yang tiba-tiba rebah di dalam bilik mereka pagi tadi, apa yang lagi dia terkejut. Syakilla di percayai terkena strok lumpuh seluruh badan. Anak-anaknya pula tak henti-henti menangis kerana Mama mereka di timpa musibah begitu rupa.

CLACK.

Dia melihat ada seorang doktor wanita dan dua pesakit lagi memeriksa isterinya di dalam bilik mereka.

"Dato.." Seorang nurse menunduk kepala. Dia memberi ruangan kepada lelaki itu.

"Dr.. macam mana dengan Syakilla.?" Ikbal segera duduk di samping ruang katil.

"Saya harap Dato, bawa Datin ke hospital untuk rawatan khas di sana. Saya cadangkan segerakan hal ini Dato." Doktor wanita itu bangun dari duduk.

"Tapi Dr.. I sibuk dengan urusan kerja, bibik-bibik lain ada kerja sendiri. Takkan tak ada cara lain.?" Ikbal memicit kening. Pening kepala di buatnya.

"Untuk sementara waktu saja Dato. Lepas tu kita kena rujuk pada pakar pula.. Jika boleh di bawa pulang baru Dato cari seorang lagi pembantu rumah untuk menjaga Datin."

"Jujur saya cakap, sakit ini bukan main-main. Lihat wajah dan bibir Datin tak sama seperti asal.." Doktor wanita itu mengusap lembut Pipi Syakilla.

"Tak ada cara lain ke. Dr.?"

"Memang tak ada cara lain Dato.."

"Hm.. I masih sibuk dengan kerja Dr.. I tak mungkin boleh jaga dia sepenuh masa."

Syakilla mengetap bibir sendiri. Sanggup Ikbal Fatah berkata begitu, dia yang lahirkan anak-anak buat lelaki itu. Tetapi lelaki ini balas begini.

"Kita terpaksa bawa Datin ke hospital dulu Dato, tak kira lah walau apapun terjadi. Jika tidak. Datin akan lambat membaik Dato." Doktor wanita iaitu segera beredar pergi.

Sebulan kemudian..

Segala-galanya bermula di sini. Isteri keduanya di bawa ke rumah nya. Pelengkap Farhana Dhia juga turut di bawa pindahkan ke sini.

"Ini rumah kita.. syurga kita sayang." Ikbal membawa isterinya ke dalam room king ia dan Syakilla dulu. Kini biliknya nya dan Farhana Dhia pula.

"Ini.?" Farhan melihat wajah Ikbal.

"Datin pula tidur di mana.?" Farhana agak kekok di rumah besar itu. Kenapa lah perlu ada rumah besar-besaran ini tetapi sunyi.

"Dia ada di bilik depan tu, kita masuk mandi dulu lepas tu kau pergi lah jenguk dia. Hurm.." Ikbal berpimpin tangan dengan Farhana ke bilik.

"Oh.. okay abang. Tapi saya nak pergi jenguk Datin dulu.." Farhana pergi meninggalkan Ikbal bersendirian di muka pintu.

"Farhana tunggu lah. Ish." Ikbal berjalan mendapatkan tubuh Farhana.

Farhana Dhia berjalan ke bilik yang di tunjukkan oleh suaminya. Beberapa orang maid membawa masuk barangannya Farhana Dhia ke dalam bilik itu.

Di bawah tadi mereka sempat berbisik sesama sendiri.

CLACK.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

"Huss.. terkejut saya, abang ni dah kenapa.?!" Farhana mengurut dada. Lemah imannya seketika.

"Terkejut kenapa..? Bukan ada apa-apa pun dalam bilik ni. Tu cuma ada mayat hidup saja di sana." Ikbal mengusap pinggang Farhana dari belakang.

"Abang. Tak baik cakap macam tu." Farhana menolak tangan Ikbal yang lagi meraba tubuhnya.

"Tak percaya pergi masuk and kau tengok sendiri. See.. tidur macam orang mati."

"Abang.. macam mana pun Datin tetap isteri abang."

"Hmm.." Ikbal Fatah bercekak pinggang.

"Papa..." Amir dan Amirah menjerit kuat memanggil.

"Yaa Allah.." Sekali lagi Farhana terkejut besar.

"Ada apa.? Tu Papa dah bawa Nurse untuk rawat Mama.." Ia duduk di atas sofa. Ia melihat belakang tubuh Farhana.

"Oh. Cantik macam Mama.." Amirah memuji.

"Tapi Mama lagi cantik." Amir bercekak pinggang.

"Ye Mama lagi cantik, jangan ganggu Mama tau Mama nak rehat ni." Farhana tergelak kecil.

"See betul Amir cakap Mama lagi cantik. Mata awak tu buta Amirah.."

"Sudah !!! Sudah bising lah.. keluar sana." Ikbal berdecit geram. Anak-anak itu tak habis-habis memekak.

Farhana Dhia terus bangun. Dia berjalan kearah sofa ia menarik tangan Ikbal Fatah dan anak-anaknya lelaki itu keluar dari sana.

Dia baran taw.

"Mama.."

"Mama..."

"Papa.."

"Hana. Tunggu.." Ikbal menepuk daun pintu.

"Bising.." Farhana terus tutup pintu dengan rapat serta di kunci pula. Ia berjalan ke katil semula.

"Maaf Datin, saya terpaksa nyahkan mereka dulu jika tidak nanti Datin tak selesa. Maaf tau."

"Kejap ya saya chek keperluan Datin dulu." Ia mengambil kesempatan untuk meneliti beberapa ubat di atas meja. Jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar sudah di belek lama sambil ia mengangguk kepala.

"Sekarang baru pukul dua petang jadi kena bagi mandi air suam.. Datin jangan risau ya, saya ambil kost kedoktoran. Insha-Allah Datin pasti baik-baik saja dengan saya.." Ia tersenyum lebar.

Syakilla hanya mampu mengerdipkan mata. Dia perasan sejak tadi suaminya langsung tak bertanya kabar tentang dirinya walaupun sepatah.

Usai ia menyiapkan tugasannya di dalam bilik itu, pintu bilik di buka semula. Ia sudah selesai urusan Datin Syakilla.

"Aik takkan takde yang datang ke.? Ini dah petang takkan takde siapa hantar makanan kot hurm pelik.? Sememangnya dalam jadual ni mesti di tanda. Aduh.." Farhana menepuk dahi.

Dia terpaksa keluar dari bilik. Ia baru teringatkan kata-kata Ikbal Fatah. Untuk sekian kalinya tiada siapa yang mahu jaga Syakilla, sejak isterinya terlantar sakit begitu rupa. Dia juga tak hingin duduk lama-lama di dalam bilik itu, kerana bilik itu pasti sudah ada kuman.

Farhana Dhia ke dapur. Ia melihat tiada siapa di sana sedangkan ini sudah jam empat lebih.

"Maksudnya tiada makan petang lah.? Kan." Ia mengomel sendiri.

"Hm.. kenapa tutup pintu tadi.?" Ikbal Fatah terus memeluk tubuh Farhana.

"Argh.!!!! Ya Allah abang ni.." Farhana memukul lengan lelaki itu. Suka buat dia terkejut begini.

"Rindu.."

"Jangan sini. Anak-anak abang nampak nanti.."

"Sepuluh minit.."

"No.. !! Abang.."

"Hm. Kau tahu tak ini pertama kali aku ke dapur sebab kau masak, kalau nak harapkan Syakilla. Mati dulu pun belum tentu dia nak masuk dapur untuk masak macam ni." Ikbal menciumi pipi kiri kanan Farhana.

Orang tua begitu lah miang. Nasib baik lah sudah halal kalau tidak terus mandul lelaki bernama Ikbal Fatah ini.

"Abang. Ih merinding bulu roma saya ni, abang."

"Hurmm.. lima minit sayang." Tak habis-habis ia ingin bermanja dengan Farhana begini.

"Jangan lah saya takut tahu tak.." Farhana sudah naik seram dengan suara berat lelaki itu.

Cepat-cepat ia menolak tangan lelaki itu menjauhi di bahagian perut, seram bukan main! Walaupun sudah berkahwin, itu bukan lesen untuk lelaki itu bersenang hati untuk menyentuhnya.

Rose yang berlalu untuk ke dapur, dia melihat majikannya lagi berpelukan dengan seorang wanita di depan dapur gas. Ia mendekat lagi untuk mendengar suara dari sana..

"Malam ni jangan tidur di dalam sana, kau tidur dengan abang jelah ya."

"habistu.. macam mana keadaan Datin nanti kalau dia haus ke atau nak ke bilik air.?"

"Hana.."

"Saya tak boleh nak cakap lebih-lebih, sebab abang cakap dekat budak-budak tu saya ni Nurse Mama mereka! Lupa ke.?"

Ikbal Fatah bercekak pinggang, apa yang di katakan Farhana Dhia benar belaka. Jadi dia memang silap berkata-kata..

Rose mengangguk kepala, tetapi yang dia tak faham kenapa wanita itu seperti ingin menjauhkan diri. Dia juga binggung dengan tiba-tiba saja majikkannya membawa seorang wanita masuk ke dalam rumah ini dengan senang hati.

"Kau dengar sini Hana.. kau tu.."

Belum lelaki itu menghabiskan ayat, Farhana Dhia terus menutup mulut suaminya. Apa suaminya lupa mereka sedang ada dimana sekarang ini.

Ulat gonggok sudah naik daun..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience