EPISODE 07

Family Series 54810

Hampir sebulan Harif Irman di tahan oleh kuncu-kuncu Ikbal Fatah, selepas bulan kedua baru lah dia bebaskan. Walau bagaimana sekalipun dia di bebaskan dari tahana.

Ikbal Fatah turut memberi amaran keras bahawa jangan pernah menganggu Farhana Dhia lagi.

Dalam perjalanan ke dalam kelas masing-masing, tanpa sengaja Farhana Dhia terserempak dengan seorang lelaki di depan parkir kereta, ia yakin yang lelaki itu adalah Harif Irman

"Harif tunggu.." Farhana mengejar langkah lelaki itu yang semakin menjauh, dia hanya mahu bertanyakan sesuatu kepada lelaki itu.

Harif Irman yang kenal dengan suara lunak itu pun bergegas pergi meninggalkan Farhana Dhia di tepi parking lot kereta.

"Awak!! Tunggu.."

"Far!! Jangan kejar dia. Far!! Hati-hati.." Anis dan Natasha mengejar langkah Farhana dari parking lot.

"Hana tunggu." Seorang lelaki terus bercekak lengan Farhana dengan kuat.

Farhana Dhia yang lari tadi pun terkebil-kebil kerana lelaki itu dapat mengejarnya sehingga ke dalam loby.

"Kau buta huh. Kalau kau kena langgar tadi macam mana!!"

"D-dato.."

Ikbal Fatah mengenggam tangan Farhana Dhia dengan kejap. Dia tak sangka isteri mudanya sangat tergila-gilakan anak muda itu.

"Kau nak mati ke? Kalau ada kereta lalu tadi, roh kau pertama jumpa tuhan tau." Ikbal terus menolak tubuh Farhana jauh dari orang ramai.

"Tapi.."

"Tapi apa!! Kau lebih pentingkan jantan tu dari nyawa kau ke apa ni Hana."

"Saya nampak kawan saya tadi. Dato!! Ini universiti tau bukan tempat awam tolonglah jangan buat kecoh." Farhana Menolak tangan lelaki itu menjauh.

"Kau jangan nak melawan.. Hana!!!" Ikbal mengertap bibir dia tak suka situasi begini.

"Dato boleh pergi tak.? Ini bukan rumahlah, pergilah.." Farhana mengecilkan suaranya. Ia tahu jika suaranya nyaring pasti satu universiti ni tahu tentang mereka.

"Aku nak bagi kau amaran ya Hana!! Dengar baik-baik. Aku tak main-main. Kalau jadi apa-apa nanti. Jantan tak guna tu orang pertama aku cari.. faham."

"Kita bincang di rumah sajalah, pegilah balik Dato, tolonglah..!!!" Farhana segera menolak tubuh Ikbal jauh-jauh.

"Baiklah, kita bincang di rumah saja nanti, ingat aku akan tuntut apa yang kau cakap ni faham sayang. Bye I love you Hana.." Ikbal segera pergi.

"Apa-apa.?" Aien yang mendengar pun terkejut besar.

Dia tahu Dato Ikbal Fatah seorang lelaki kaya raya yang selalu sponsor universiti mereka ini. Tetapi apa kena mengena lelaki itu dengan Farhana Dhia.?

Ikbal Fatah melangkah kaki meninggalkan Farhana sendiri. Dia tahu cakap dengan isterinya pun seperti simbah air ke daun keladi.

Melainkan dia harus menghukum anak-anaknya di depan wanita itu barulah ia mengerti.

Sejam saja berita tersebar luas kerana Farhana Dhia bercinta dengan daddy sugar. Najuwa dan Harif Irman hanya jadi pendengar setia sedangkan rakan-rakannya sedang enak bergosip tentang Farhana Dhia.

"Hebat betul Far sekarang. Hahaha.. bertudung litup tetapi perangai hauk. Hahaha." Melly gelak mengekek, dia pasti akan sebarkan berita ini seluar-luasnya hingga dia berpuas hati.

"Allah.. Sekadar tutup kepala sampai ke pinggang tetapi bawah buka juga pun tak guna guna. Hahaha." Aien tergelak kecil.

"Tapi.. tapikan aku tak sangka Far begitu orangnya, nampak baik tapi minat daddy sugar juga." Melly menggeleng kepala, ia tak habis fikir dengan cerita yang di sebarkan oleh Aien.

"Asalkan duit banyak apade hal janji jalan. Fulus babe." Aien menambah lagi.

"Korang ni tak habis-habis mengutuk Farhana. Apa salah dia.?" Harif bercekak pinggang. Ia juga marahkan Farhana Dhia, tetapi bukan kerana gosip ini.

"Kau apahal ni nak marah kitorang.. Aien sendiri yang dengar Dato bagi amaran pada Farhana." Melly bersuara gedik.

"Dato tu orang kaya, mesti lah Farhana Dhia tu tergila-gilakan dia." Melly mengesat hidung dengan tisu. Dia bercakap memang tak fikir kiri kanan.

"Entah.. Farhana tu bukan main tutup litup tetapi perangai dia lagi teruk dari kitorang." Aien mencebik bibir.

PLAK

Harif Irman terus menampar pipi Aien dengan kuat, berbekas pipi beroma merah itu.

"Kau jangan sesekali nak cakap bukan-bukan tentang Farhana, macam mana sekalipun dia tetap kawan kau orang juga, sebelum ni.. korang yang boleh masuk ke sini pun sebab kepandaian dia juga. Sedar diri sikit!!" Harif mengungkit kesenangan mereka di saat ini.

"Kau apahal nak tampar dia!! Kita kawan-kawan kot." Melly menjauhkan Aien dari Harif.

"Sebab perempuan tu sanggup you tampar Aien.?" Najuwa menolak dada Harif menjauh, ia terpaksa masuk campur dalam pertengkaran ini.

"I fikir dia kawan kita I tampar muka dia, kalau bukan kawan dah lama dia rasa tapak kaki ni Naj.." Harif melangkah kaki keluar dari cafe.

Rakan-rakan Farhana Dhia mendengar semuanya, Natasha merakamkan semuanya.

"Sakit babe.."

"Itu lah kau cakap main lepas saja. Rasakan.." Melly mengesat pipi Aien yang lagi menangis di tempat duduknya.

Najuwa mengikuti langkah Harif Irman yang sudah jauh dari rakan-rakan nya yang lain.

"Sayang.. Wait."

"Apa lagi you ni.?"

"Babe janganlah emosi sangat.. I bukan nak masuk menyebelahi siapa-siapa. Tapi Aien tu kawan kita." Najuwa merangkul pinggang Harif.

"Tapi Farhana kekasih I. Sayang. Diorang dah melampau, suka-suka hati cakap bukan-bukan tentang dia."

"You kesiankan dia sebab you couple dengan dia. I kenal dengan you sayang."

"You tahu tapi tak marah.?" Harif hanya sekadar bertanya.

"I tahu, you lakukan itu sebab you nak lulus ujian ke doktor bukan.? Hihi.." Najuwa tergelak lucu, benar katanya kekasihnya yang satu ini hanya ingin mengunakan Farhana saja.

Harif Irman meneguk air liur kelat. Rupanya Najuwa sudah tahu bahawa dia menggunakan Farhana Dhia kerana kepandaian gadis itu.

"I gunakan dia kerana dia pandai dari you sayang. So jangan lupa siapa master di antara kita berdua."

"Ihik.. I faham sebab tu you selalu berkepit dengan dia. But you love me right.? Hahaha." Najuwa menepuk lengan Harif dengan tawa besar.

"Jadi betul lah selama ni kau gunakan Farhana demi kepentingan diri kau sendiri Harif!!!" Jasmine dan Anis termasuk Natasha berlari mendapatkan lelaki itu.

"Hye korang ni dah macam spy perempuan tu pula, ada jer di mana-mana. Kenapa nak kecoh ni.?" Najuwa meludah air liur ke tepi tembok putih.

Dia benci Farhana Dhia termasuk rakan-rakan gadis itu sekali.

"A-aku.." Harif menggeleng kepala. Dia sudah tersalah langkah kerana bercakap benar dengan Najuwa.

"Kau jangan risau Rif.. kitorang dah hantar semua video-video kau dan kawan-kawan kau yang mengutuk dia tadi."

"Lepas ni kau dan kau Najuwa.. sila berambus dari hidup Farhana aku yakin Farhana mungkin dah benci kau, apatah lagi kau Naj!!." Anis menepuk bahu Najuwa dengan kuat. Dah lama dia geram dengan Najuwa. Mahu saja di lumat-lumat bibir merah buntal itu dengan cili padi.

"Dengar baik-baik eh.. Korang memang tak layak jadi jadi kawan kitorang selama ni. Tak malu belajar tinggi-tinggi tapi menipu. Bye.." Jasmine menarik tangan Anis beredar pergi.

"Jasmine!!! Aku boleh terangkan semuanya. Anis tunggu..!!!"

"Sudah lah tu semua dah terbongkar. Kita cari orang lain jelah.." Najuwa menarik tangan Arifz ke tempat lain.

"T-tapi Farhana macam mana, habislah kalau dia tahu tentang kita Naj.."

"Sudahlah.!! Tak mati pun kalau dia tahu semuanya,sudahlah jom kita pergi. Tak payah nak layan diorang tu."

"Hmm yelah." Harif terpaksa mengalah dan pergi. Ia masih sayangkan Farhana Dhia. Tetapi niatnya sebelum ini benar-benar membuat dirinya mengila.

Selama ini dia sangat mencintai Farhana Dhia tetapi dalam masa yang sama dia menyukai Najuwa yang seksi itu.

Sekarang ini pula pastilah kekasihnya akan kecewa dengan sikap nya. Kerana dia mencintai dua wanita dalam satu masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience