EPISODE 08

Family Series 54810

Ikbal Fatah sebagai seorang suami dan sponsor universiti itu. Dia takkan pernah gentar dengan sesiapa pun termasuk pegawai atasan.. Ia menarik kerusi lalu di duduk berhadapan dengan ketiga-tiga perempuan sebaya dengan isteri mudanya itu.

Lagaknya dia memang tak berpuas hati dengan mereka.

"Buka ikatan kepala mereka.." Arahnya dengan suara tinggi.

"Baik Dato." Mereka segera membuka pelitup wajah ketiga-tiga perempuan itu dengan serentak.

"Dato Ikbal.?"

"Dato apa yang kami buat sampai kami di seksa begini. Huh."

"Lepaskan kami !!! Apa salah kami Dato."

Mereka meronta-ronta untuk melepaskan diri masing-masing. Tetapi tidak semudah itu.

"Bawa isteri aku ke mari." Arah Ikbal lagi.

"Huh.? Isteri." Salah seorang dari mereka terkedu sendiri.

Emy membawa Farhana Dhia ke arah Ikbal Fatah. Ikbal Fatah tersenyum kembang bila isterinya mendekat.

"Kalau korang nak tahu, dia isteri aku.. aku takkan biar sesiapa pun mengutuk mengata Isteri aku yang satu ni. Ke korang memang nak mati.? Pilih." Ikbal bangun dari duduk dia menciumi ubun-ubun kepala Farhana.

Sebenarnya Ikbal Fatah sudah memberi amaran pada Farhana Dhia untuk mendiamkan diri sejak mereka di dalam sebuah gudang tersebut.

Jika Farhana Dhia berani bersuara, dia tak akan segan untuk memukul Amir dan Amirah di rumah nanti. Jadi sebab itulah kenapa Farhana Dhia hanya berserah apa yang suaminya lakukan hal begini.

"Jadi Far..?"

"Aku ingatkan jadi baby sugar.!! Rupanya bini."

"Wey mulut kau jangan celupar sangat. Kau nak mati ke.?"

"Mulut kalah longkang, aku rasa baik korang stay jelah sini hm. Tak mengapa lah alang-alang mulut korang tu boleh jinakkan anjing-anjing di luar sana." Ikbal menepuk bahu Farhana.

"Kita pergi ya sayang, tinggal mereka di sini biar di makan dek ular sawa di belakang sana." Ikbal membawa isteri nya beredar pergi.

"Baik abang.." Farhana sempat melihat ke tiga-tiga rakan Harif. Bagaimanapun ia terpaksa turuti semuanya kemahuan itu atas perintah Ikbal.

Sampai saja di rumah, Ikbal Fatah menarik tubuh Farhana Dhia bangun dari perbaringan. Wajahnya berseri-seri kerana sejak tadi Farhana Dhia hanya berserah nasib diri padanya.

"Thank you sayang, lepas ni jangan nakal-nakal lagi. Aku akan pastikan mereka zip mulut mereka seumur hidup.. hehe." Ia memeluk tubuh Farhana dengan erat.

"Abang janji jangan pukul anak-anak, mereka tak ada kena mengena dalam hal ni. Bolehkan.?" Ia menjenguk sedikit di atas dagu Ikbal.

"Boleh. Don't worry.. aku sentiasa menepati janji. Asalkan kita bahagia.."

Farhana Dhia hanya mampu mengangguk kepala dengan lemah. Dia percaya dengan kata-kata itu..

"Saya nak masuk dulu, nak jenguk anak-anak abang. Rasanya mereka dah balik ni." Ia kembali mengenakan hijab di kepala.

Kereta yang di naiki Ikbal Fatah sudah di upgrade, lelaki itu menyuruh Ivan membuat dinding di antara drive dan penumpang di belakang. Jika terjadi apa-apa.. Ikbal Fatah hanya menekan bell di tepi dinding jadi terhalang lah segala perbuatan lelaki tua miang itu di belakang bersama Farhana Dhia.

Sempat Ikbal Fatah tersenyum lebar melihat wajah pasrah isterinya yang sudah keluar dari perut kereta.

"Bye sayang, jumpa malam nanti.."

"Baik lah. Assalamualaikum abang.."

"Waalaikumussalam, malam nanti pakai cantik-cantik okay. Kita makan di luar."

Farhana Dhia hanya mempu mengangguk kepala saja. Malas dia mahu melayan kerenah suaminya yang gatal ini ia terus melangkah kaki ke pekarangan rumah besar itu.

"Aunty Hana..!!!" Amirah yang melihat wajah kusut Farhana pun dia bingung sendiri.

"Hi.. assalamualaikum awak dah makan petang ke.? Mana Amir." Sapa Farhana bila kakinya menapak ke arah pintu rumah.

"Amir ada mengaji dengan kawan-kawan dia, nanti pukul lima petang dia pulang. Ihik."

"Oh.. Mama macam mana dah makan ke.? Aunty ada hal di luar tadi tak sempat nak mandikan Mama."

"Tak pe Aunty.. Papa dah call maid tadi. Mulai hari ni kalau Aunty Hana balik lewat. Maid yang ade di dalam rumah ni kena jagakan Mama so don't worry lah eh hihi." Amirah menggenggam tangan Farhana, mereka berdua seiring masuk ke dalam rumah.

Farhana Dhia duduk di depan ruang tamu, manakala Amirah baringkan badan dan kepalanya di letak atas peha wanita itu.

"Baiklah kalau begitu.. Aunty nak naik ke atas dulu. Nak mandi nak solat.. Amirah. Jom kita naik solat sama-sama nak tak.? Kite berdoa untuk Mama sekali." Farhana memangku kepala Amirah tersenyum penuh ikhlas.

"Nak!!! Aunty ajarkan. Eh.." Amirah segera bangun dari baring atas riba Farhana.

"insya-Allah boleh sayang. Jom."

"Yeay... jom-jom." Mereka berdua beriringan tangan menuju ke bilik masing-masing.

Amir pulang ke rumah agak lewat, kerana seminggu ini hujan agak lebat. Mungkin di sebabkan pertengahan tahun. Amir ke bilik Papanya untuk memberi beberapa kertas kerjanya melukis.

TOK

TOK

TOK

"Papa.. Papa... Amir nak tunjuk sesuatu pada Papa ni buka lah pintu." Amir mengetuk pintu berkali-kali tetapi tiada siapa pun yang membuka pintu dari dalam.

Sejak pulang tadi dia agak terburu-buru untuk naik ke tingkat atas hanya kerana untuk menunjukkan lukisan yang di tanda cikgu mereka.

"En. Amir.. Papa tak ada." Rose melangkah kaki pada Amir.

"Papa ke mana.. Makcik.?" Ia muncungkan bibir.

"Tadi petang lepas Aunty Hana pulang ke rumah, tak lama lepas tu Aunty Hana bawa Cik Amirah pergi bersama Papa."

"Hm.. lama dah ke.?"

"Adalah dalam sejam lebih macam tu tadi, Aunty Hana nak tunggu En. Amir pulang dulu.. tapi Papa cakap nanti lambat." Terang Rose lagi.

"Oh.. hmm.." Amir terus berjalan ke biliknya. Ia terasa hati dengan Amirah dan Papanya sendiri.

Dia mula rasa kesunyian kerana selama ini Amirah tak pernah tinggalkan dirinya walaupun dia terlambat sejam ataupun dua jam.. Tetapi Amirah dah berubah.

"Awak jahat Amirah. !! Isk.. Mama tengok lah Amirah ni, dia sanggup tinggalkan Amir sendiri di rumah. Isk.." Amir terus berlari keluar dari bilik. Ia bergegas ke bilik Mamanya yang tidak jauh dari bilik mereka.

CLACK

"Mama.." Amir terus lari ke katil. Tetapi apa yang lagi mengejutkan, mamanya juga tiada di atas katil.

"Mama !!!! Isk.."

"Mama jahat !!"

"Amir tak suke hidup begini. Aaaaaa !!!!!" Ia berlari keluar dari bilik itu.

Rose melangkah cepat ke bilik Datin Syakilla. Ia melihat Amir menangis semahu-mahunya sejak keluar dari bilik itu. Siapa tak kasihan, kecil-kecil begitu sudah di abaikan.

FLASHBACK

Rose berjalan di hadapan Ikbal Fatah, Ia juga melihat wajah lelaki itu agak berseri-seri.

"Dato nak minum apa-apa dulu ke.?" Rose melangkah kaki ke belakang Sofa.

"Tidak. Aku nak bawa Hana pergi makan-makan ni, hari ni ulang tahun kelahiran dia. Rose."

Rose tersenyum simpuh.

"Oh hari ni ye.? Tapi En Amir tak balik lagi Dato. Dato nak bawa anak-anak sekalikan..?"

"Hm.." Ikbal Fatah mengangguk kepala tanpa menoleh ke belakang.

"Papa.." Amirah berlari anak mendapatkan Ikbal.

"Ya.. ini nak ke mana cantik-cantik ni siapa solekan.?"

Rose masih memerhati sikap Majikannya. Dia mula rasa pelik dengan Ikbal Fatah berbagai persoalan sesak di dalam otaknya.

"Aunty Hana yang make up. Cantikkan.."

*Aunty Hana.?! T-tapi.." Ikbal mula tak sedap hati sejak Amirah mendekat.

"Untuk apa.?!!" Ikbal bercekak pinggang. Habis plannya hendak mengurung isterinya di hotel nanti pasti kecundang.

Shit!

"Dato, jom kite.." Farhana tersenyum senang sambil menolak kerusi roda kearah Ikbal.

"Kau nak bawa diorang ni ke mana Hana.?" Ia juga melihat Farhana

"Tadi Dato cakap suruh kitorang siap-siap. Ini saya dah siapkan mereka sekaligus, nanti kita boleh pergi ambil Amir sekali." Farhana tersenyum senang.

Rose tersenyum lagi.

"Hujan lebat ni tak payah ambil Amir. Hm.." Ikbal keluar dari rumah dengan wajah masam.

Rose melangkah kaki ke bilik Amir, dia melihat anak lelaki itu tertidur sambil memeluk bantal dakapnya.

"Makcik pun tak tahu kenapa dengan Papa awak tu En Amir. Apa Papa awak penat bekerja tak.?" Rose menutup semula pintu bilik Amir.

Ina yang membawa beberapa cucian kering yang sudah di seterika ke bilik-bilik. Dia melihat Rose agak mengelamun jauh di depan bilik Amir.

"Cik Rose.."

"Ya Ina, ada apa.?"

"Kenapa tu.? Jauh betul termenungnya.."

"Dato, tinggal En Amir sesorang di rumah.. sepatutnya Dato bawa sekali anak dia ke majlis ulang tahun Cik Farhana.. CikRose kesiankan En Amir saja ni."

Ina mengangguk kepala, dia kenal siapa Rose.. wanita ini lah yang menjaga keluarga Syakilla sejak sepuluh tahun lalu.

Ikbal Fatah gatal !!! Geram ni haaaa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience