EPISODE 05

Family Series 54810

Farhana Dhia keluar dari bilik Syakilla selepas selesai kan tugasnya dia awal pagi di dalam sana terlebih dahulu sebelum ia turun ke bawah dan sarapan pagi.

Amirah berlari mendapatkan Farhana Dhia di depan muka pintu. Ia tersenyum senang.

"Hi Aunty.. Selamat pagi."

"Hi waalaikumusalam, selamat pagi. Nak pergi sekolah dah ke.?"

"Ha'ah nak pergi sekolah dah kitorang masuk jam sembilan pagi."

"Ihik.. Mama sihat tak.?" Amirah menjenguk diri ke tepi pintu.

Farhana Dhia melihat ke jam dinding baru saja bergajak ke lapan suku pagi. Kini mereka masih ada masa untuk menjenguk Mama mereka di dalam.

"Kakak.." Amir mendekat.

"Shhttt.. Mama lagi tidur lah perlahankan suara tu boleh tak.?" Amirah menampar bahu Amir.

"Kakak ni dah kenape pukul orang!!"

"Sudah.. Jom masuk ke dalam, korang berdua dah breakfast ke.?" Farhana membawa anak-anak tirinya ke dalam.

"Sudah Aunty. Papa je tak turun makan lagi.. Padahal sebelum ini Papa tak pernah pun lambat breakfast." Amir mula mengadu pada Farhana.

Ia dapat rasakan Farhana Dhia orang yang baik walaupun dia baru saja hendak mengenali wanita itu.

"Aunty tidur di mana sebelum ni.? Sini ke." Amirah menjenguk wajah Farhana di tepi katil.

Ia tersenyum lagi.

"Ha'ah Aunty tidur sini dengan Mama tapi.."

"Aunty kan pembantu Mama, mana boleh tidur sekatil dengan Mama.!! Ish.." Amir tak puas hati.

Ia bercekak pinggang wajahnya di masamkan.

"Amir.. Aunty Hana tidur di atas sofa tu. Papa awak marah kalau Aunty tidur sekali di atas katil ni." Farhana mengusap kepala Amir.

"Um baguslah sedar diri sikit Aunty tu. Sudah lah kakak jom kite keluar dari bilik ni. Kite jangan ganggu Mama." Amir sempat memberi jelingan tajam pada Farhana sebelum dia menarik tangan Amirah keluar dari sana.

Dia terlalu sayangkan Mamanya. Jadi tak akan ada sesiapa pun boleh lakukan sewang-wenang nya.

Farhana Dhia hanya tersenyum nipis. Dia juga berjalan kearah pintu bilik yang terbuka sejak tadi. Ia menutup semula.. langkah di dekatkan pada Syakilla semula.

Minyak terapi khas di lumur pada tapak tangannya, langsung dia mengusap di bahagian kaki.

"Bagus anak-anak Datin, mereka tetap sayangkan Datin walaupun Datin terlantar sakit begini. Alhamdulillah.."

"Datin kene kuat semangat untuk anak-anak dan suami Datin ye. Saya doakan semoga Datin bakal sihat tak lama lagi. Aminn."

CLACK.

Farhana Dhia melihat kepada pintu bilik yang sudah terbuka. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

"Ehem.. Kau dah breakfast ke.? Kalau belum pergi lah breakfast dulu lewat nanti nak ke universiti lagi." Ikbal duduk di belakang Farhana.

"Kejap lagi saya keluar, saya nak mengurut Datin dulu ni."

"Turun breakfast dulu dah lewat ni nanti kau lambat masuk class. Hana." Suaranya sedikit tegas. Isterinya yang satu ini selagi dia tak bertegas selagi itulah tak bergerak.

Sampai saja kereta di depan pintu Gate universiti. Ikbal Fatah melepaskan diri Farhana Dhia keluar dari pelukannya.

"Saya dah sampai ni Dato.."

"Belum lagi. Kau tengok tu budak-budak pun jarang-jarang ada yang masuk lagi."

"Memang lah sebab saya bukan satu class dengan diorang, ya Allah.."

"Kejap saja Hana. Kau ni janganlah sombong sangat." Isterinya benar-benar sombong. Apa yang dia perasan sejak dia terpaksa memindahkan semua barang-barang Farhana ke bilik Syakilla.

Isterinya yang baru ini menggunakan peluang untuk menjauhkan diri darinya. Walaupun usianya hampir ke lima puluh tahun tetapi ingatan masih seperti orang muda.

Cergas.

Pantas.

Yang pasti dia masih ke gim dan makan ratusan herba dari kampung. Sebenarnya dia tak ingin pun berpisah tempat tidur dengan Farhana Dhia tetapi anak-anaknya berkeras.

Dia terpaksa merelakan Farhana Dhia tidur di bilik Syakilla sehingga sekarang. Dari hari ke minggu kiri sudah sebulan mereka benar-benar tidur berasingan.

"Aku dah bank in duit ke account kau Hana. Guna duit tu untuk keperluan harian kau dulu. Nanti duit nafkah dan duit kerja kau, aku bank in 30 hb ni okay.?" Ikbal menunjukkan bank in online kearah Farhana.

Dua ribu ringgit di transfer ke akaun Farhana Dhia sepuluh minit kemudian.

"Terima kasih. Saya minta diri dulu Dato."

"Eh nanti. Di luar aku tak nak kau panggil aku Dato.. Kau tahu panggilan tu tak romantik langsung." Ikbal terus menciumi pipi kiri kanan Farhana

Pemandu kereta di yang berada di depan hanya mendiamkan diri. Sedikit sebanyak lelaki itu memikirkan sesuatu.

"Hm yelah. Assalamualaikum Dato.. bye." Farhana beredar pergi.

"Hana!! Ish berapa kali aku nak ulang ni." Pehanya di tumbuk kuat.

Dia terlupa dia sudah berusia.

"Dato.. boleh kita pergi sekarang.?" Alan memerhati ke seat belakang.

"Baik lah kita pergi sekarang.." Ikbal sempat menoleh ke arah Farhana yang lagi berjalan masuk ke dalam.

"Itu isteri aku Alan."

Alan tergamam kerana kata-kata Ikbal Fatah.

"Ya tu isteri kedua aku, sekarang ni hanya kau saja yang tahu tentang kami berdua. Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku kahwin lagikan.. kau tahu tak kenapa aku kahwin dengan dia..?"

"Tak tahu Dato.." Alan kembali kepada pemanduan.

"Sebabnya aku nak dia jaga Syakilla yang terlantar sakit tu. Sekarang kau fahamkan."

"Oh jadi Dato bukan sengaja nak berkahwin lagi lah ni.?" Alan tersenyum lebar.

"Bukan. Aku sengaja kahwin dengan dia sebab Syakilla, aku sayangkan Syakilla.." Ia mengerling ke arah jam tangan.

DRTT

DRTT

"Aduh siapalah pula.." Ikbal terus mengeluarkan fhone dari poket baju.

[Dato, kerja aku dah settle ni sekarang aku nak baki yang kau janjikan tu.]

Ikbal Fatah tersenyum lebar. Tak sia-sia dia mengupah lelaki itu untuk lenyapkan kekasih hati Farhana Dhia. Ia segera transfer ke bank lelaki itu selebihnya.

Farhana Dhia di gempar beberapa berita mengaitkan dengan lelaki bernama Harif Irman hilang sejak dua hari lalu.

PLAK

"Kau yang menyebabkan kehilangan boyfriend aku Far!!!" Najuwa menampar tepat di sisi pipi kanan Farhana dengan kuat.

Farhana Dhia yang tak tahu apa-apa terus mengemam bibir. Pedih masih terasa di pipinya.

"Kenapa kau diam?! Kenapa Far..?" Najuwa menangis semahu-mahunya.

"Aku tak tahu apa-apa tentang hal ni.. Tapi sejak bila kau dengan Harif couple? Sedangkan dia dulu luahkan cinta dia pada aku Naj.."

"Hahaha. Kau memang bodoh Far. Kitorang dah lama couple, masuk bulan ni dah empat tahun pun. Isk.. Kau memang tak tahu malu Farhana. Puih." Najuwa bergegas pergi.

Tinggalkan Farhana Dhia dan rakan-rakan yang lain terkebil-kebil.

"Kau tak apa-apa ke Far? Merah betul pipi kau ni." Anis membelek pipi Farhana yang sudah memerah itu.

"Aku okay, cuma aku rasa terkilan sangat-sangat sebab Harif curang dengan aku nani.." Farhana menunduk wajah, sakit kepala bukan main.

"Aku dah cakap sebelum ni, jangan terlalu percayakan lelaki tu.. kau tengok sendiri apa dah jadi! Hm.." Natasha mengusap bahu Farhana, ia berharap rakannya yang satu ini baik-baik saja.

"Sekarang ni Harif dah hilang, dia salahkan kau pula! Nanti-nanti pakwe dia yang lain hilang pun salahkan kau juga.. bebal betul." Wanny menggeleng kepala.

"Kau jangan susah hati Far, lelaki banyak je nakkan kau cuma Arif bok-bok handsome tu selalu kongkong kau dua puluh empat jam. Kau kena ambil peluang ni cukup-cukup untuk enjoy tanpa mamat tu. Far.." Anis memeluk rakan karibnya itu dengan erat.

Farhana Dhia hanya mampu mengangguk saja, hilang kata-katanya untuk seketika kerana Harif Irman curang begitu.

Bagaikan jatuh di timpa tangga. Begitu sedihnya hidup Farhana Dhia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience